Sabtu, Mei 01, 2021
Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
Assalammualaikum & Hai Kau orang
Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik | Siapa saja tak kenal pengasas kosmetik adik beradik The Melvins iaitu Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin yang trending pada tahun 2019 dengan produk kecantikan pertama mereka, lip matte edisi terhad yang boleh didapati dalam 4 warna pilihan dan krim foundation dengan harga mampu milik.
Sejak tu, pelbagai jenis produk kosmetik lagi dia orang tawarkan dan edisi terbaharu untuk tahun ni sempena Aidilfitri 2021 adalah "Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition"
Menggunakan tagline #SatuKekasihCukupKe bagi produk dia orang, Ju pada awalnya tak sangka pula itu adalah produk kosmetik. Sesuai dengan keadaan semasa, strategi marketing pun kenalah kreatif untuk tarik pelanggan lagi-lagi yang baru berkecimpung dengan dunia perniagaan.
Syatilla Melvin ni dah kira ada pelanggan dia tersendiri yang terdiri dari peminat dia sebab bermula dari dunia hiburan, pengaruh artis pun salah satu sebab pelanggan berpusu-pusu nak cuba sesuatu produk tu tapi dek terlalu banyak kosmetik yang hampir sama di pasaran, kadang kala buat pelanggan keliru nak pilih mana yang terbaik.
Oleh tu, perbezaan dari segi kandungan produk dan ciri-ciri tersendiri juga amat penting untuk menarik pelanggan. Apa yang membezakan kosmetik Kekasih by The Melvins dengan produk lain ? teruskan bacaan kau orang tau dekat bawah ni.
Keunikan paling ketara produk kosmetik The Melvins ni adalah pada nama setiap produk dia. Sentiasa berkaitan antara satu sama lain dan berpasangan, sesuai lah dengan manusia yang berkasihan diciptakan berpasangan. Haa gitu pula hiks.
Eksklusifnya Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition by The Melvins bukan setakat pada bungkusan tetapi didatangkan sekali dengan Eyelash Curler berwarna keemasan ! Sesuai sangat di jadikan koleksi peribadi atau berikan sebagai hadiah untuk mereka yang tersayang lagi-lagi nak dekat raya ni, sweet sungguh ! Antara kelebihan menggunakan Hijab Mata Kekasih Maskara ni ialah :
- Melebatkan bulu mata
- Melentikkan bulu mata
- Mata lebih terserlah dan memukau
- Kesan Big eye
- Mudah tanggal
- Kualiti fiber
- Tidak menghitamkan bawah mata