Assalammualaikum & Hai Kau orang

Terkumpul segala kekuatan untuk berkongsi pengalaman hidapi Cyst dan kehamilan kali pertama Ju sendiri untuk bacaan kau orang. Sebulan sebelum kehidupan Ju berubah 360 darjah, Ju kena cramp attack bahagian bawah perut semasa di tempat kerja sampai tak dapat nak berdiri dan bergerak. Bayangkan sehingga perlu gunakan wheelchair masa kawan-kawan kerja bawa ke klinik terdekat. Kebetulan Ju period pada masa ni, tapi nak kata period cramp. I said to myself, familiar rasa sakit ni dan yang pasti bukan period cramp. Absolutely No

Daftar masuk Permai Poliklinik Kota Kinabalu berdepan Suria Sabah masa tu sebab kawan kerja Ju ada kenalan dengan doktor dekat sana. Tapi bila sampai turn Ju kena check, Doktor takda buat scan apa walau Ju dah request benda tu, dia cuma tanya beberapa soalan :

  • "berapa lama kahwin" 
  • "berapa orang anak"
  • "7 tahun  kahwin, takda buat checking ka suami isteri ?"
  • "cycle selalu on time atau camana?"
  • "selalu rasa period cramp setiap kali period?"

Dan akhirnya cuma bagi ubat tahan sakit dan cuti rehat 2 hari sebab suspek Ju cuma period cramp. "What the ****" dalam hati masa tu. Rasa tak puas hati dan naluri kuat katakan "Ini bukan period cramp". Ju nekad pergi Rafflesia Medical Centre, Kepayan untuk buat further checkup sebab semua rekod perubatan Ju ada dekat situ.

Check out Klinik Permai Poliklinik, Ju check in pula Rafflesia Medical Centre. Dekat situ, lepas bersoal jawab dengan doktor pasal keadaan yang Ju lalui, Doktor terus buat imbasan ultrasound dan menerusi screen monitor tu, Doktor sahkan Ju ada Simple Cyst Ovary sebesar 3.0 cm. "aku agak suda benda ni !" dalam hati masa tu. Patut rasa sakit tahap nak terbang, rupanya Cyst melawat lagi dalam rahim Ju. Lagi ? Erm.. Ya ni kali ke - 2 Ju kena Cyst, kali terakhir sekitar tahun 2015 - 2016 dengan saiz 1.8 cm.

Nasihat Doktor, jaga pemakanan dan makan ubat tahan sakit bila perlu. Alhamdulillah, kali kedua dapat tahu hidap Cyst pun benda ni masih dalam fasa awal macam yang pertama dulu. So tak perlu ubat kecut atau operation sebab Simpe Cyst akan hilang sendiri dalam beberapa bulan. Takda perasaan sedih atau kecewa bila dapat tahu kena Cyst lagi, yang ada cuma ialah perasaan bimbang dengan kesihatan diri sebab Ju tahu Simple Cyst bukan punca kami belum dikurniakan anak masa ni dan cuma berkongsi kepada beberapa orang yang berkenaan saja tentang keadaan Ju masa tu. 


UPT Positif Selepas Sebulan Disahkan Hidap Simple Cyst Ovary

Sore nipples, 5 hari sebelum period. Mula tu cuma rasa ini Premenstual Syndrome (PMS) sebab bagi pasangan Trying to Conceive (TTC) seperti kami yang sudah makan masa bertahun-tahun, tanda macam ni dah rasa sinonim. No more excitement bila period delay sebab at the end bila check UPT "SILA CUBA LAGI" ๐Ÿ˜‚ hanya mereka yang lalui akan faham perasaan ni. 

Period lewat 2 hari. Tapi kali ni, entah kenapa ada selombok perasaan luar biasa yakinkan Ju bahawasa nya ada yang bernyawa dalam rahim. Tak pernah rasai pun perasaan tu untuk beberapa tahun sebelum ni.  Tapi pada masa yang sama "Takkan kau pregnant pula masa ada cyst ni ?" Geram berteka teki tambahan lagi sore nipples makin menjadi-jadi. Ju nekad beli UPT waktu lunch hour, beli jenis strip saja dekat Watson dan laju ke tandas awam. Keputusannya ? Positif dengan line kedua masih kabur mungkin sebab Ju check waktu tengahari. Perasaan masa tu, lebih banyak rasa nak pitam, menggigil dan peluh sejuk sebab terkejut. Tahap terkejut tu sampai beli Clearblue Digital Pregnancy Test untuk buat test kali ke - 2 dan pastikan test strip awal tadi bukan invalid result. 

Bila nampak result Digital Pregnancy Test tu, rasa macam dia paparkan "Tahniah, anda berjaya hamil untuk sekian kalinya !" Tuhan saja yang tahu perasaan Ju masa tu, bayangkan seorang diri dalam tandas dan hari bekerja. Rasa nak jumpa, peluk dan nangis sepuasnya depan pasangan masa tu. Perasaan tu semua pada tahun 10 June 2019 yang lepas, si kecil dalam rahim ni pun dah 1 tahun 2 bulan sekarang tapi apa yang Ju rasa masa tu semuanya masih ada hingga sekarang dan Ya, sampai akhir nafas mungkin.





Risiko Hamil dengan Cyst Ovary

Perkara pertama Ju nak buat bila tahu ada nyawa dalam rahim adalah buat temujanji dengan Doktor untuk ketahui risiko hamil dengan Cyst Ovary. Masa buat imbasan ultrasound minggu ke - 9, Doktor sahkan Simple Ovary Cyst hilang sepenuhnya dan yang ada hanyalah si kecil yang sedang membesar dalam rahim. Alhamdulillah.

Doktor maklumkan, Cyst Ovary TIDAK menjejaskan kesuburan dan jika didapati hamil dengan Cyst Ovary; si ibu akan diberikan pemerhatian ketat dan bergantung kepada risiko si ibu juga. Sekiranya tiada risiko, Doktor cuma gunakan kaedah "Tunggu dan lihat" sama ada cyst berupaya berikan kesan sampingan buruk kepada si ibu. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?" - Ar Rahman : 13

Alhamdulillah sekali lagi, Ju tergolong bersama mereka yang menghidap Cyst Ovary sebelum hamil dan Cyst hilang setelah hamil. Terdapat kes yang ibu alami Cyst ketika hamil dan Cyst tu membesar bersama anak dalam rahim, selamat melahirkan tapi nahuzubillahminzalik, tak dapat bayangkan kesakitan berada tempat ibu-ibu yang mengalami keadaan tu ๐Ÿ˜“




Tips Hamil Lepas 7 Tahun Trying To Conceive 

Tiada tips khusus untuk dikongsi. Bukan semudah kau tidur bersama kemudian hujung bulan UPT Positif. 

"Eh sana ada tukang urut, si anu berurut terus mengandung."  dan jalan kami bukan semudah itu, lepas 2-3 jumpa pakar urut terus dapat UPT positif. 

"Nda betul kali teknik kau ni, tambah bantal ba". Dan untuk dapatkan anak bukan semudah tips tambah bantal untuk naikkan peranakan kemudian berjaya hamil.

"Buat appointment, jumpa doktor." Dan bukan juga semudah itu untuk perolehi komitmen yang sama dengan pasangan. 

"Kau suru bini makan tu ubat, si anu ada try itu. Berapa tahun suda belum ada anak, lepas makan itu, ada suda anak durang."

Mungkin untuk anda, beberapa kaedah di atas berjaya namun tidak dengan kami. Sebab tu Ju tiada tips khusus untuk dikongsi. Namun apa Ju dapat kongsikan, yang merealisasikan segalanya adalah kepercayaan, keyakinan, "give and take" sesama pasangan dan itulah sebenarnya perlu ada dalam perhubungan sehingga mimpi yang semakin pudar untuk miliki anak darah daging sendiri akhirnya jadi kenyataan.

6 ulasan:

  1. syukur la setelah 7 tahun menanti kan jun. org lain senang2 dera anak..buang anak.. padahal ada di kalangan kita yg berusaha inginkan zuriat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Ju.
    Sabar dan taqwa.
    Allah bagi bila masanya sesuai gitu.

    BalasPadam
  3. Rezeki Allah siapa yg boleh menidakkan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dik..

    BalasPadam
  4. uii sama ta, ada cyst. but now totaaly teda. struggle more than 6months juga ada cyst ovary ne. Paling sakit bila period, kadang mmg rasa ndak mau perioddddd. klu time kerja, mmg habis kelas lari balik ruma ambik ubat tahan sakit. Nasib pascapkp last year xbyk kelasku.

    skkrg, teda sudah cyst. dua kali pergi doktor scan teda cyst. yeah!

    BalasPadam