Follow by email

Assalammualaikum & Hei Kau orang

Sebut COSMODERM, semua dah kenal dengan jenama tempatan bertaraf antarabangsa ni. Diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia dengan hanya menggunakan bahan-bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak pokok Teh dari Eropah, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional Manjakani dari Malaysia sendiri malah bebas dari paraben dan sulfat menjadikan produk Cosmoderm halal dan selamat digunakan untuk para pengguna.

Tahu tak kau orang, Cosmoderm telahpun berjaya menghasilkan dan memasarkan lebih dari 50 produk kecantikan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa sejak penubuhan jenama ni pada tahun 2001. 

Dan jika kau orang adalah pengguna setia COSMODERM atau baru nak mengenali jenama ni pasti maklum dengan pelancaran produk baharu COSMODERM PERFECT BALANCED pada minggu lepas. 




COSMODERM PERFECT BALANCED | Set Penjagaan Wajah Terbaru dengan Rumusan Prebiotik & Calamine

Alahai comel sungguh packaging produk terbaharu COSMODERM PERFECT BALANCED ni ! walau berwarna merah jambu, lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesihatan kulit wajah pun boleh guna tau. Paling best tu set penjagaan wajah terbaru ni sesuai dengan semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dengan mengandungi 2 rumusan utama iaitu

  • Prebiotik adalah bakteria baik dan Ju teringat pula pada iklan susu kultur 😅 untuk kulit wajah dalam set ni, prebiotik bertindak membantu ekosistem kulit mikro dengan merangsang pertahanan semula jadi kulit, mencerahkan kulit dan menyeimbangkan mikrobioma bagi mengelakkan kegatalan dan kerengsaan pada kulit wajah. 
  • Calamine berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit wajah, mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan serta memberi perlindungan kepada kulit kesan dari pendedahan cahaya matahari. 





4 Langkah Mudah Untuk Kulit Sihat dengan 4 Produk Asas COSMODERM PERFECT BALANCED  


1. Perfect Balanced Foaming Cleanser - 120 ml





Perfect Balanced Foaming Cleanser ni bebas paraben, fragrance, pewarna tiruan dan SLS/SLES. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dengan membersihkan cela dan kotoran pada wajah secara mendalam, sekali gus mengurangkan masalah minyak berlebihan pada wajah. 

Kaedah gunakan Perfect Balanced Foaming Cleanser ni, Ju cuma guna kuantiti sikit pun dah hasilkan banyak buih (rujuk gambar di atas) kemudian cuci muka dan bersihkan dengan air bersih macam biasa.


2. Perfect Balanced Toning Lotion - 120 ml



Usai cuci muka tadi, Ju apply Perfect Balanced Toning Lotion yang berbentuk cecair berwarna dusty merah jambu ni dekat tapak tangan kemdian tepuk secara perlahan pada wajah. Hanya beberapa saat, dah serap pada kulit wajah dan kau orang akan rasai kesegaran tu.

Diformulasi dengan Calamine dan 20,000ppm prebiotik yang berfungsi melegakan kemerahan, meningkatkan kelembapan dan merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit serta meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Toner ni juga bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.


3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream - 50 ml



Lepas toner tadi menyerap sepenuhnya, teruskan apply Soothing WOW cream ni pula yang bertindak sebagai pelembap kulit wajah. Krim pelembap ni boleh pakai pada waktu siang dan malam, apply secara rata di kulit wajah kau orang termasuklah leher.

Nama pun dah WOW, krim pelembap Soothing WOW ni membekalkan 3x ganda peningkatan kelembapan kulit, mengembalikan kelembapan kulit dan berupaya mengurangkan cela pada kulit wajah kau orang menerusi kandungan Calamine dan 30,000ppm prebiotik


4. Perfect Balanced Sun Milk SPF25 PA++ - 50 ml



Langkah terakhir nak dapatkan kulit wajah sihat dan cantik dengan Set Penjagaan Wajah terbaru COSMODERM Perfect Balanced ni, kau orang apply secara rata  Sun Milk di wajah mengikut kuantiti sesuai. Kalau Ju tak perlu nak guna banyak sangat sebab tekstur Sun Milk ni dipertengahan antara cair dan likat, guna sikit pun dah cukup untuk wajah Ju. 

Perfect Balanced Sun Milk ni bertindak melindungi kulit wajah daripada  sinar UVA dan UVB yang memudaratkan kulit.

Produk dah tip top, kau orang cuma perlu gunakan secara kerap dan sabar menunggu hasil yang kau orang nakkan. Ju pun tengah pakai ni sekarang, nak atasi masalah kulit kering Ju ni, huhu.

Bagi kau orang yang nak dapatkan COSMODERM PERFECT BALANCED | Set Penjagaan Wajah Terbaru dengan Rumusan Prebiotik & Calamine bolehlah berkunjung ke Watson, Guardian atau secara dalam talian, lawati terus  laman web : https://www.cosmoderm.com.my/  untuk dapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini mereka.


1 comment:

  1. suda cuba..memang best perfect balanced ni..really love how it works on my skin^^

    ReplyDelete