Assalammualaikum & Hei Kau Orang


Antara JENAMA, HARGA dan FUNGSI dining chair atau kerusi makan untuk si kecil; Mana satu utamakan dulu ? PERLU ke kerusi makan ni untuk si kecil ? Umur berapa anak aku ni boleh duduk kerusi makan ? Haih confused la. Semua soalan ni bermain difikiran mak bapak lagi-lagi "FIRST TIME PARENT".

Pendapat peribadi Ju sebagai "First Time Parent" haruslah dahulukan fungsi, kedua harga dan last sekali jenama. Bukan dalam pemilihan dining chair saja tapi konsep inilah yang Ju terapkan sebelum nak beli sesuatu barangan. Anak sekecil tu tak kenal barang branded, so nak berbelanja kenalah bersesuaian dengan poket sendiri. Zero pengalaman nak besarkan anak ni, semua cedok ilmu dari mak dan mak mentua. Lepas dah pindah dan tinggal sendiri masa Jasmine sekitar 4 bulan, Ju banyak baca mengenai Parenthood life dari pelbagai sumber, The Asian Parent salah satunya dan join group media sosial juga untuk tambah pengalaman sebagai First Time Parent. Kebanyakan yang Ju join adalah mereka yang terdiri dari Prof, Doktor dan pakar Kanak-Kanak. 

Tak semestinya bila kita cedok ilmu boleh praktikkan semua yang kita baca, setiap anak tu tak sama tapi sekurangnya ada ilmu untuk lebih memahami behaviour si kecil dan perbetulkan info-info yang dimomokkan kepada "First Time Parent". 



Bagi Ju, dining chair adalah satu keperluan sebab kita latih anak untuk faham waktu makan. Latih dan bantu tingkatkan kemahiran motor si kecil (Kekuatan jemari untuk memegang objek, Koordinasi mengawal jemari dan sensori mengesan objek). Umur berapa si kecil boleh duduk kerusi makan ? 

"There is no set age to do this; its depends mostly on what type of high chair you have, how you use it, and how ready your baby is to sit in it"
Momlovesbest.com

Ju biasakan Jasmine dalam kerusi makan ni, seminggu selepas dia genap 6 bulan dimana waktu ni adalah fasa perkenalkan solid food kepada si kecil.


Multi-Functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.my

Ju survey dining chair start Jasmine berumur 4 bulan sebab nak buat perbandingan harga dan sediakan bajet juga. Masa ni tak fikir pun nak yang hipster bagai, cukuplah asal ada kerusi makan. Jollybee ni recommended seller dekat Shopee, so Ju klik dan baca feedback pelanggan. Seriously Ju terus tertarik hati nak purchase kerusi makan dari Jollybee.my dan sepantas kilat, Zuuupp masuk dalam Cart haha ! 

Kenapa Multi-functional Baby Safety Dining dari Jollybee ni jadi pilihan Ju ?  Sebab Multi purpose 3 IN 1 Chair : 
  • Baby High Chair
  • Booster Seat
  • Writing/Dining Chair
Nak beli item seperti kerusi makan ni kena fikir long term juga sebab anak makin membesar. Kerusi makan Jollybee boleh tampung berat sehingga 75 KG. So anak bolehlah pakai sehingga umur 6 tahun, insyallah. Dan ketinggian kerusi makan ni boleh ADJUST ikut keperluan dan keselesaan si kecil dan ibu bapa juga.


Nampak tak struktur kaki kerusi makan ni ? Sokongan segi empat atau bentuk Trapezoid tak dinafikan memang kukuh dengan steel pipe yang jadi dasar pada kerusi makan ni. Untuk tapak steel tu pula adalah non slip. So letak permukaan lantai camana pun, Multifunctional Baby Children Safety Dining dari Jollybee ni takkan jatuh punya.



Selain tu, kerusi makan dari Jollybee.my ni juga miliki 5 Seat belts Full of Security. Direka bentuk untuk melindungi bayi yang aktif dalam kerusi makan. Panjang belt tu adjustable, kau orang boleh adjust ikut saiz dan keselesaan si kecil bila letak dalam tu. 

Tray table atau meja dulang untuk kerusi makan ni double sided. Yang berwarna untuk waktu makan dan putih pula untuk masa bermain kalau ikut description. So kau orang boleh letak si kecil dalam ni bila-bila masa yang bersesuaian dan switch tray table ikut suka kau orang hehe. Selain tu, tray table ni juga best sebab boleh remove kalau nak anak makan sekali dengan ibu bapa dekat meja makan keluarga. 

Ruang simpan dibawah kerusi makan, ni sangat membantu Ju masa fasa clingy Jasmine. Ju simpan mainan atau benda yang boleh bantu Ju hiburkan dia bila merengek taknak duduk dalam kerusi tu. Waktu makan juga kadang tu Jasmine berdrama tak nak makan, so Ju pun kenalah jadi penyanyi pulak depan dia. Capai ja apa yang ada dekat ruang simpan tu, takpayah terkakai cari mainan dia dekat rak. 
 



Ju suka part cleaning Multi-functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.My ni sebab cover seat dia jenis kulit, tak perlu nak gosok atau masuk mesin. Mudah nak tanggalkan kotoran even sedegil mana pun, Ju cuma lap 2-3 kali confirm hilang takda tinggal kesan pun. Lepastu kalis air dan minyak juga. Biasa kalau Ju bersihkan, tanggal habis dari kerusi sebab tak susah pun nak buka dan pasangkan semula.

Ada masa tertentu, Jasmine sangat behave dalam kerusi dia. Aman damai menikmati makanan dia tapi bila dah datang dia punya drama, sampai Ju sendiri pun boleh kecut jantung dengan kelasakan dia..erk ! Bawah ni Ju kongsikan fasa clingy Jasmine yang sempat Ju snap. Memang rasa berbaloi dan tak menyesal beli Multi-functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.My. Aktif camana pun anak, tak perlu risau anak jatuh atau tergelincir. 






Part pakaikan seatbelt ni bila ada sekali dua tu Jasmine tak terkawal sampai tray table pun dia nak panjat, haih tak sesuai dengan ciri sumandak mu, nak ! Haha. 

Untuk kerusi makan ni, Jollybee.My sediakan 3 pilihan warna iaitu Pink, Blue dan Brown dengan harga RM 338.88 tidak termasuk Postage ke Sabah. Masa Ju shopping, Jollybee tengah buat SALE, so harga Ju beli adalah RM 118.80 dengan postage RM 78.33. Ju pilih warna pink sebab dusty, pastel gitu. Tak ambil masa lama pun sampai Sabah sebab Jollybee.My ni adalah local seller.

Semoga perkongsian kecil Ju ni dapat membantu ibu bapa diluar sana yang masih keliru nak pilih kerusi makan terbaik untuk anak masing-masing. All the best !

1 ulasan: