• Home
  • About Jun-Zie
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
Enter your keywords
Junzie || Life is a Beautiful Struggle

Jumaat, Disember 18, 2020

Shopee Review : Multi-functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.My

Assalammualaikum & Hei Kau Orang


Antara JENAMA, HARGA dan FUNGSI dining chair atau kerusi makan untuk si kecil; Mana satu utamakan dulu ? PERLU ke kerusi makan ni untuk si kecil ? Umur berapa anak aku ni boleh duduk kerusi makan ? Haih confused la. Semua soalan ni bermain difikiran mak bapak lagi-lagi "FIRST TIME PARENT".

Pendapat peribadi Ju sebagai "First Time Parent" haruslah dahulukan fungsi, kedua harga dan last sekali jenama. Bukan dalam pemilihan dining chair saja tapi konsep inilah yang Ju terapkan sebelum nak beli sesuatu barangan. Anak sekecil tu tak kenal barang branded, so nak berbelanja kenalah bersesuaian dengan poket sendiri. Zero pengalaman nak besarkan anak ni, semua cedok ilmu dari mak dan mak mentua. Lepas dah pindah dan tinggal sendiri masa Jasmine sekitar 4 bulan, Ju banyak baca mengenai Parenthood life dari pelbagai sumber, The Asian Parent salah satunya dan join group media sosial juga untuk tambah pengalaman sebagai First Time Parent. Kebanyakan yang Ju join adalah mereka yang terdiri dari Prof, Doktor dan pakar Kanak-Kanak. 

Tak semestinya bila kita cedok ilmu boleh praktikkan semua yang kita baca, setiap anak tu tak sama tapi sekurangnya ada ilmu untuk lebih memahami behaviour si kecil dan perbetulkan info-info yang dimomokkan kepada "First Time Parent". 



Bagi Ju, dining chair adalah satu keperluan sebab kita latih anak untuk faham waktu makan. Latih dan bantu tingkatkan kemahiran motor si kecil (Kekuatan jemari untuk memegang objek, Koordinasi mengawal jemari dan sensori mengesan objek). Umur berapa si kecil boleh duduk kerusi makan ? 

"There is no set age to do this; its depends mostly on what type of high chair you have, how you use it, and how ready your baby is to sit in it"
Momlovesbest.com

Ju biasakan Jasmine dalam kerusi makan ni, seminggu selepas dia genap 6 bulan dimana waktu ni adalah fasa perkenalkan solid food kepada si kecil.


Multi-Functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.my

Ju survey dining chair start Jasmine berumur 4 bulan sebab nak buat perbandingan harga dan sediakan bajet juga. Masa ni tak fikir pun nak yang hipster bagai, cukuplah asal ada kerusi makan. Jollybee ni recommended seller dekat Shopee, so Ju klik dan baca feedback pelanggan. Seriously Ju terus tertarik hati nak purchase kerusi makan dari Jollybee.my dan sepantas kilat, Zuuupp masuk dalam Cart haha ! 

Kenapa Multi-functional Baby Safety Dining dari Jollybee ni jadi pilihan Ju ?  Sebab Multi purpose 3 IN 1 Chair : 
  • Baby High Chair
  • Booster Seat
  • Writing/Dining Chair
Nak beli item seperti kerusi makan ni kena fikir long term juga sebab anak makin membesar. Kerusi makan Jollybee boleh tampung berat sehingga 75 KG. So anak bolehlah pakai sehingga umur 6 tahun, insyallah. Dan ketinggian kerusi makan ni boleh ADJUST ikut keperluan dan keselesaan si kecil dan ibu bapa juga.


Nampak tak struktur kaki kerusi makan ni ? Sokongan segi empat atau bentuk Trapezoid tak dinafikan memang kukuh dengan steel pipe yang jadi dasar pada kerusi makan ni. Untuk tapak steel tu pula adalah non slip. So letak permukaan lantai camana pun, Multifunctional Baby Children Safety Dining dari Jollybee ni takkan jatuh punya.



Selain tu, kerusi makan dari Jollybee.my ni juga miliki 5 Seat belts Full of Security. Direka bentuk untuk melindungi bayi yang aktif dalam kerusi makan. Panjang belt tu adjustable, kau orang boleh adjust ikut saiz dan keselesaan si kecil bila letak dalam tu. 

Tray table atau meja dulang untuk kerusi makan ni double sided. Yang berwarna untuk waktu makan dan putih pula untuk masa bermain kalau ikut description. So kau orang boleh letak si kecil dalam ni bila-bila masa yang bersesuaian dan switch tray table ikut suka kau orang hehe. Selain tu, tray table ni juga best sebab boleh remove kalau nak anak makan sekali dengan ibu bapa dekat meja makan keluarga. 

Ruang simpan dibawah kerusi makan, ni sangat membantu Ju masa fasa clingy Jasmine. Ju simpan mainan atau benda yang boleh bantu Ju hiburkan dia bila merengek taknak duduk dalam kerusi tu. Waktu makan juga kadang tu Jasmine berdrama tak nak makan, so Ju pun kenalah jadi penyanyi pulak depan dia. Capai ja apa yang ada dekat ruang simpan tu, takpayah terkakai cari mainan dia dekat rak. 
 



Ju suka part cleaning Multi-functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.My ni sebab cover seat dia jenis kulit, tak perlu nak gosok atau masuk mesin. Mudah nak tanggalkan kotoran even sedegil mana pun, Ju cuma lap 2-3 kali confirm hilang takda tinggal kesan pun. Lepastu kalis air dan minyak juga. Biasa kalau Ju bersihkan, tanggal habis dari kerusi sebab tak susah pun nak buka dan pasangkan semula.

Ada masa tertentu, Jasmine sangat behave dalam kerusi dia. Aman damai menikmati makanan dia tapi bila dah datang dia punya drama, sampai Ju sendiri pun boleh kecut jantung dengan kelasakan dia..erk ! Bawah ni Ju kongsikan fasa clingy Jasmine yang sempat Ju snap. Memang rasa berbaloi dan tak menyesal beli Multi-functional Baby Children Safety Dining dari Jollybee.My. Aktif camana pun anak, tak perlu risau anak jatuh atau tergelincir. 






Part pakaikan seatbelt ni bila ada sekali dua tu Jasmine tak terkawal sampai tray table pun dia nak panjat, haih tak sesuai dengan ciri sumandak mu, nak ! Haha. 

Untuk kerusi makan ni, Jollybee.My sediakan 3 pilihan warna iaitu Pink, Blue dan Brown dengan harga RM 338.88 tidak termasuk Postage ke Sabah. Masa Ju shopping, Jollybee tengah buat SALE, so harga Ju beli adalah RM 118.80 dengan postage RM 78.33. Ju pilih warna pink sebab dusty, pastel gitu. Tak ambil masa lama pun sampai Sabah sebab Jollybee.My ni adalah local seller.

Semoga perkongsian kecil Ju ni dapat membantu ibu bapa diluar sana yang masih keliru nak pilih kerusi makan terbaik untuk anak masing-masing. All the best !

Baca lagi »
on Jumaat, Disember 18, 2020 1
Share this!
Label:
Parenting Tips, review
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia

Isnin, Disember 14, 2020

Raikan Penghujung Tahun 2020 bersama Yoodo !

 Assalammualaikum & Hei Kau Orang 

Pertama kali dengar pasal Yoodo  dari kalangan kaki gamers PUBG. Ju bukan kaki gamers tapi dikelilingi dengan pemain-pemain PUBG sebab tu familiar dengan nama Yoodo sebagai penaja permainan trending ni sekitar 2018.

Tak terlintas nak ambil tahu lebih lanjut mengenai Yoodo masa tu sebab kurang terdedah dengan pelan data yang dia orang sediakan, ingatkan untuk kaki gamers saja yang dapat kelebihan bila apply Yoodo. Dan fikir masa tu, elehh tak kisah lah berapa harga pelan data sekarang ni. Takda hal pun nak bayar. Bila hadap pandemik ni, baru mula berkira nak bayar bil telco sendiri sampai terkakai-kakai cari yang lebih murah untuk kepuasan tanpa had bila layari internet huhu.

Mengenai YOODO 

Yoodo bukan sekadar penaja dan tulang belakang sukan dalam talian. Yoodo merupakan telco yang beroperasi sebagai perkhidmatan digital mudah alih pertama memberikan kawalan sepenuhnya kepada pengguna untuk memiliki dan mengubahsuai pelan mudah alih sendiri tanpa sebarang caj tersembunyi dan tanpa kontrak

Kau orang bebas menentukan jumlah data internet, bilangan panggilan telefon dan SMS mengikut keperluan bulanan masing-masing. Tak cukup data, kau orang sendiri buat adjustment nak data berapa banyak tanpa risau caj tambahan. Paling best tu, tak perlu tunggu hujung bulan nak tukar atau upgrade data, kau orang boleh lakukan penukaran atau penambahan data pada bila-bila masa dan dimana saja bila kau orang perlukan.


Bernaung dibawah CELCOM, semestinya Yoodo juga memiliki rangkaian yang kukuh. So kalau tempat kau orang line CELCOM memang cun, line Yoodo pasti cun juga. Bukan saja berfungsi sebagai penaja permainan trending PUBG. Yoodo turut menawarkan pelbagai aplikasi muat turun percuma dan menyediakn product offering, features dan add ons untuk permainan game, percutian serta hiburan. So just install mana yang kau orang nak sesuai dengan keperluan  dan minat masing-masing

Raikan Penghujung Tahun 2020 bersama Yoodo !

Beberapa hari lepas, Ju berpeluang bertemu Mr Chow Tuck Mun, CEO Yoodo menerusi meeting dalam talian berkenaan pakej Yoodo, siri promosi serta peraduan yang dia orang sediakan untuk pengguna baharu dan pengguna sedia ada bagi raikan penghujung tahun 2020. Mula tu rasa cuak sebab meeting dengan CEO tau ! Sepanjang talk tu, makin lama makin selesa sebab CEO sangat santai dan nampak friendly berbanding dari apa yang Ju bayangkan haha ! 

"2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami. Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami" 

Chow Tuck Mun | Ketua Yoodo



HO! HO! Holiday Giveaway

Raikan penghujung tahun 2020 bersama Yoodo dimulakan dengan kempen musim perayaan HO! HO! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan Disember iaitu Apple iphone 12pro, Samsung Galaxy S20 plus, Apple Airpods pro dan In-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang

Nak jadi salah seorang pengguna bertuah miliki hadiah gempak ni ? Kau orang cuma perlu berbelanja sebanyak RM 50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Syarat bergantung pada kategori juga, so pastikan kau orang ikut syarat-syarat yang diberikan, mana tau tuah milik kau orang kan hikhik. Kempen ni berakhir pada 31 Disember 2020.


Raikan Wira-Wira Kita

Yoodo memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisatif Raikan Wira-Wira Kita istimewa untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo. Mereka akan menikmati kredit Boost sebanyak RM 30 PERCUMA yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka dimana Inisiatif khas ini bermula pada 7 Disember sehingga 31 Disember 2020.

Menerusi kempen ini, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang terutamanya mereka yang bertugas jauh dari kediaman. 

"Yoodo berterima kasih atas usaha gigih petugas barisan hadapan sama ada mereka Pakar Perubatan, Polis atau Penghantar Makanan yang berani menanggung risiko menghadapi virus tersebutuntuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini"

Chow Tuck Mun | Ketua Yoodo

Raikan Penghujung Tahun 2020 bersama Yoodo bertambah meriah dengan pengumuman promosi baharu Yoodo - Double Special. Bagi masa yang terhad, para pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan, fuhh ! Dengan Promosi baharu ni, kau orang menikmati gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB dengan harga RM55 dibawah pelan yang disyorkan. Kau orang bebas mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan kau orang sendiri mengikut keperluan masing-masing, best kan ! Pengguna Yoodo hanya perlu memilih senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi Yoodo apabila kau orang mendaftar dan menyesuaikan pelan data.

Selain daripada promosi sepanjang musim perayaan bersama Yoodo, kau orang patut tahu jugak mengenai pelancaran Yoodo 2.0 - Lebih Pilihan, Lebih Kawalan dan Lebih Kuasa. Kelebihan Yoodo 2.0 ni adalah seperti berikut :

  • Yoodo Unlimited - Kau orang pilih sendiri tahap kelajuan internet, kuota hotspot, panggilan suara dan SMS. Pengguna Yoodo Unlimited juga akan menerima minit panggilan suara percumadan kuota hotpsot percuma sebagai sebahagian daripada pakej Yoodo Unlimited
  • Renew Anytime - Pengguna bebas memperbaharui pelan data mudah alih pada bila-bila masa kau orang perlukan. Tak perlu tunggu hujung bulan, kau orang boleh upgrade on the spot
  • Power Pass - Add-On yang memberi kau orang data berkelajuan tinggi dalam masa terhad iaitu 100GB data tambahan dengan harga hanya RM 2, berpatutan sangat dengan maximum connectivity !
  • Yoodo Rewards - Dengan setiap pembelian 10 Add-Ons, Yoodo rewardkan kau orang dengan 1 Add-Ons percuma tau. Siapa saja yang tak suka reward ? dapat percuma 1 pun dah cukup bagi kita rasa gembira tu milik kita selamanya haha.



Add-Ons merupakan Additional data pocket iaitu pilihan tambahan kepada pengguna tanpa mengganggu data pelan sedia ada.

  • Gaming - Aplikasi Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang memberikan 20GB data kepada pemain dengan harga RM5 sahaja. Malah, Add-Onterbaru ni turut merangkumi permainan trendy yang lain seperti PUBG MOBILE dan Arena Of Valor
  • Entertainment - Duduk rumah semasa pandemik tak membosankan  dengan Add-On TikTok, Viu, Dimsum, Astro go dan Joax yang disediakan oleh Yoodo
  • E-Dagang -  Kini semua memilih untuk shopping atas talian, Add-On Boost oleh Yoodo memberi kemudahan maksimum kepada pengguna untuk semua keperluan membeli belah. 

Nak jimatkan perbelanjaan telco dan tambah keperluan data tanpa bayar lebih dari yang kau orang guna ? Jadi pengguna bijak. Kuasa di tangan kau orang tau, YOODO it now ! Download aplikasi Yoodo sekarang. Untuk maklumat lebih terperinci, layari laman web dan laman media sosial Yoodo

Laman Web | Instagram | Facebook

Baca lagi »
on Isnin, Disember 14, 2020 1
Share this!
Label:
collaboration
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Author

Author

Welcome

Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com

Popular post

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...

Jejari Runcing

  • Love Is Simple
  • Me y la Memoria
  • Blog by Ana Suhana
  • Starlavenderluna's Journal Of Life
  • Mayy Jie's Random Thoughts
  • ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

  • Adi Channel
  • ..............warna warni hidupku..............
  • Sii Nurul
  • Cerita Cinta Surirumah
  • Ceritera Liza Si Puteri Bunian
  • Blog sofinahlamudin.com
  • All About Love
  • Nour Adieb
  • Mia - Memories of Mine
  • YatieOwner
  • Belog Kak Gojes
  • ETUZA
  • Fiqa story
  • Ini Kisah Tia
  • Elih Japahar
  • ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
  • Lanseikong
  • ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪
  • The Jesselton Girl
  • Sweet red cherry
  • SABAHAN BLOGGER
  • Haslina Kasbulah
  • Syuhada Salleh
  • Kayu manis semanis hidupku
  • RAHMAD GRAPHIC
  • Anum Abdullah
  • Dedaun Comel
  • Asha Lya
  • Hunyeda
  • Life Full Of Lesson
  • ☞❁ NN Izati ❁☜
  • BlogNm
  • ASEAN TRAVELLER
  • Hidayah Suhailee
  • Cik Itah Personal Lifestyle Blog

Jejari Emas

  • ROTIKAYA
  • Blog Sihatimerahjambu
  • Mia Liana
  • KISAHEMASPUTIH
  • Lulu-Pages

Pengikut

ARCHIVE

  • ►  2021 (8)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
  • ▼  2020 (7)
    • ▼  Disember (2)
      • Shopee Review : Multi-functional Baby Children Saf...
      • Raikan Penghujung Tahun 2020 bersama Yoodo !
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
  • ►  2019 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (36)
    • ►  November (7)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2017 (158)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (15)
    • ►  Mei (26)
    • ►  April (22)
    • ►  Mac (15)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2016 (23)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (4)

About Me

Junzie | Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com
read more

Popular posts

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...
  • Minuman Soda Pink Grapefruit dari Bundaberg Brewed Drinks
    Assalammualaikum 💕 Alhamdulillah rezeki semalam dapat satu minuman botol soda dari teman sekerja Ju. Masuk minggu kedua ni tak berapa ban...

Tags

Blogger Giveaway Lifestyle Lokasi bercuti di sabah review

Arkib Blog

Dikuasakan oleh Blogger.
Ⓒ 2018 Junzie || Life is a Beautiful Struggle. Design created with by: Brand&Blogger. All rights reserved.