Follow by email

Assalammualaikum

Hello Julai ! Bulan baru untuk Ju; Si kecil genap 5 bulan kurang dari seminggu lagi dan kurang dari 4 bulan juga akan berpindah ke tempat baru. Fuh ! Entri kali ni nak kongsi sikit cerita si kecil Jasmine Hanani, alhamdulillah mula aktif bertiarap sendiri lepas beberapa hari genap 4 bulan. Sebelum tu, Ju biasakan dengan aktiviti "Tummy time" masa umur 2 bulan 20 hari. Agak lewat mula sebab lambat tahu pasal "tummy time". Ni pun tahu dari seorang kawan dekat instagram, lepas tu baru Ju sibuk Google cari segala bahan artikel pasal Tummy Time. Sungguh ruginya waktu sebelum tu tak buat Tummy time dari awal. Tu lah kurang membaca hukhuk !

Tummy Time dikenali juga sebagai Floor Time; pendek kata senaman awal untuk si kecil dimana posisi mereka diletakkan bertiarap ketika dalam keadaan berjaga. Aktiviti ni kau orang boleh lakukan bersama si kecil sekurang-kurangnya 15 minit setiap sesi. Si kecil kena lah di awasi sentiasa tau sepanjang aktiviti ni. Ju mula nya tu ;

"eh bolehkah aku buat ni ?" "anak aku boleh buat ni, apasal aku yang takut pula ?"

Rasa masih cetek ilmu pasal "Tummy time", lagi-lagi nak buat dengan anak pertama ! So Ju teruskan lagi baca artikel dan tonton Youtube berkaitan dengan "Tummy time". Bukan kau orang sesuka hati saja main letak anak tu terus buat Tummy time ya, ada langkah-langkah yang kau orang kena buat. So berpandukan dari yang pakar dekat Youtube, alhamdulillah Ju dedahkan si kecil dengan Tummy Time 15 minit per sesi sebelah pagi dan petang, setiap hari. RUJUK DI SINI >The Ultimate Tummy Time Guide<

Kelebihan "Tummy Time" :
  • Merangsang Komunikasi - Meniarap sambil cakap dengan bayi dengan bertepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ si bayi.
  • Menguatkan Otot leher, Dada, Bahu dan Lengan - berikut adalah otot-otot utama yang membantu si bayi belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
  • Stimulasi sensori dari persekitaran - bayi dapat melihat persekitaran dan akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya
  • Mengelakkan "FLAT HEAD" - ‘Flat Head’ atau kepala rata ni bukan untuk nampak kepala bayi tu cantik bulat sahaja. Bila otot leher bayi tidak kuat, bayi berisiko untuk baring di sebelah bahagian. Mengakibatkan bahagian tersebut "flat" 
  • Kurangkan kembung perut 


Salah satu aspek penting "Tummy Time", kau orang kena sediakan kawasan yang rata dan peralatan yang sesuai untuk keselesaan si kecil. So untuk tu, Ju beli Safety Baby Play Mat Waterproof Crawling Pad dan terbaru ni pula Inflatable Tummy Time Premium Water Mat dari SHOPEE !


Safety Baby Play Mat Waterproof Crawling Pad dari B-Yoki | Shopee

Lepas gigih buat perbandingan harga antara Seller tempatan dan Seller Luar negara, Ju beli play mat waterproof crawling pad ni dengan harga RM 44.80 tidak termasuk kos penghantaran berjumlah RM 6 dimana harga asal adalah RM 89.60. Sepanjang tempoh PKP, tak kisahlah tempatan atau luar. Dua-dua urusan penghantaran pun ambil masa lebih dari 3 minggu untuk sampai. So teruskan ambil dengan Seller luar negara sebab harga jauh lebih murah.


Depan / Belakang Play mat berbeza warna dan corak

Ju beli pada 13 Mei 2020 dan sampai ke tangan pada 9 Jun 2020, fuh ! Berbaloi tunggu lama, play mat yang Ju dapat ni memang terbaik ! Depan belakang permukaan play mat ni terdiri dari corak dan warna berbeza, so bolehlah tukar view bila perlu. Malah buat Ju suka tu, jimat ruang penyimpanan sebab play mat ni mesra lipat.

Butiran Baby Play Mat Waterproof Crawling Pad dari B-Yoki ni ialah ;
  • Berukuran 200 lebar x 150 tinggi x 1cm tebal
  • Bahan XPE Foam
  • Ringan, mudah dibersihkan
  • Sesuai untuk bayi berumur 1 bulan ke atas dengan pengawasan ibu bapa



 Inflatable Tummy Time Premium Water Mat dari Ainna Book Store | Shopee

Jumpa kedai ni masa Shocking Sale 12 Jun 2020 dan kebetulan juga Seller dari semenanjung, so taklah susah hati nak tunggu lama sangat. Harga asal water mat RM 64.80 dia orang turunkan kepada RM 29.16 tanpa kos penghantaran ke Sabah. Jumlah Ju bayar masa tu cuma RM 28.16 dengan penggunaan baucar RM 1. 



Butiran Inflatable Tummy Time Premium Water Mat dari Ainna Book Store ni pula;
  • Berukuran 66 cm tinggi x 50 cm lebar
  • Bahan PVC dengan jaminan tidak akan bocor 
  • Dekorasi lautan dengan penyedian 4 mainan spans berbentuk ikan timbul ke permukaan
  • Mudah alih; senang dibawa ke mana saja dengan saiz kecil dan mudah lipat
  • Air di isikan menerusi laluan yang telah disediakan, tips mengelakkan lumut tumbuh di dalam Water mat; letakkan 1 sudu kecil cuka.
  • Air cuma disikan di bahagian tengah Water Mat (kawasan dekorasi ikan berwarna biru gelap) manakala untuk bahagian tepi tu, kau orang cuma perlu isikan dengan angin
  • Sesuai untuk bayi berumur 3 bulan ke atas dengan pengawasan ibu bapa




Dua jenis play mat yang berbeza untuk si kecil, rugi kah ? Sudah tentu TIDAK. Ju beli untuk beri galakan pergerakan si kecil di kawasan rumah yang terhad. Selain tu, dengan ada nya dua jenis play mat ni dapat dedahkan si kecil dengan dua jenis permukaan yang berbeza juga hehe.

Mudah dan selesa bermain dengan si kecil bila ada peralatan macam ni, rasa lebih selamat sambil tu si kecil belajar banyak benda baharu lagi-lagi melibatkan daya motor, daya sentuh dan daya penglihatan. Alhamdulilah dapat rasa dan lihat sendiri perkembangan anak. Jumpa kau orang lagi dalam entri seterusnya 😉

Stay safe kau orang, jaga jarak sosial tau !

2 comments:

  1. Owh, ada sebab jugk eh parents2 letak baby mcm tu. ingatkn suka2 jer, kite lagi noob sbb ank bongsu. Nsib baik Ada anak saudara, itu pun skrng semua dah besar2 😌

    ReplyDelete
  2. Another very interesting feature of baby mats these days is the incorporation of innovative overhead construction that comes attached to bars. baby play mat

    ReplyDelete