Follow by email

Assalammualaikum & Hei Kau orang !


“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)


Keluarga mana yang tak excited dengan kehadiran si kecil, si ibu dan si bapa lagilah teruja sampai semua jenis majlis berkaitan si kecil kami nak buat sebagai tanda syukur selepas Ju selamat melahirkan pada Februari lepas dan Majlis Akikah adalah salah satu daripadanya. Tapi disebabkan Corona, semua batal. Ju taklah kecewa bila semua rancangan tu tak jadi; berbanding rancangan kami, lebih banyak majlis besar di luar sana yang juga terkesan dengan si Corona. Ju lebih bersyukur sebab disebalik wabak yang kian menular sebelum PM umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas tu terselit hikmah. 

Bagi Ju hikmah tu; Suami dapat cuti 2 bulan dan bersama dengan Ju sepanjang berpantang. Waktu ni juga, ruang Ju lebih privasi dengan keluarga sebab takda terima kunjungan luar kecuali masa dekat hospital. Taklah risau si kecil kena gomol-gomol haha ! Selain tu, jimat kos. Perbelanjaan khas yang disediakan untuk majlis, separuh kita orang masukkan dalam tabung anak dan selebihnya bayar kos kepada Aqiqahcentre.com untuk jalankan ibadah akikah anak bagi pihak kami.

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)


Mudahnya Ibadah Akikah dalam talian dengan Aqiqahcentre.com

"Akikah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai. Tapi ada yang tak mampu disebabkan kos, masa dan keadaan yang tak sesuai seperti penularan Covid sekarang ni" -Aqiqahcentre.com-

Mula nya tak tahu pun ada alternatif macam ni, melaksanakan ubadah akikah bagi pihak keluarga secara dalam talian. Ju jumpa Aqiqahcentre.com ni dekat Instagram. Mula tu rasa was-was juga tapi lepas lawati laman web dia orang dan baca review peserta sebelum ni, alhamdulillah rasa yakin nak guna khidmat dia orang semakin membuak-buak. Selain pakej ubadah akikah, dia orang juga sediakan pakej ibadah Qurban. Semuanya 100% dalam talian ! Dan dilaksanakan di tanah suci, Mekah. Mudah kan ? Lepas bincang dengan suami, Ju pun teruskan dengan pendaftaran ibadah akikah Jasmine Hanani.

Cara daftar dengan Aqiqahcentre.com sangat mudah, kau orang cuma perlu ikut 3 langkah dibawah ni;

  1. Isi maklumat dekat sini  <<PENDAFTARAN AQIQAH>> bersama alamat untuk penghantaran sijil. Kemudian selesaikan bayaran melalui sistem dalam talian yang disediakan
  2. Ibadah aqiqah dilakukan pada setiap hari bekerja, setiap minggu pada hari Jumaat
  3. Peserta akan menerima bukti video penyembelihan dan sijil 2 minggu selepas pelaksanaan akikah/Qurban

Sijil Penyertaan berupa Ukiran Kayu dari Aqiqahcentre.com



Cara pasangkan Sijil Premium Ukiran Kayu dari Aqiqahcentre.com 

Kebiasaan sijil berbentuk kertas, namun sijil penyertaan dari Aqiqahcentre.com ni menunjukkan perbezaan daripada yang lain dengan menampilan ukiran kayu bernilai RM 40 sebagai cenderahati kepada peserta. Sijil ukiran kayu dari Aqiqahcentre.com ni Ju terima sekitar pertengahan Jun lepas. Comel sangat; bolehlah letak dekat ruang tamu bila duduk rumah sendiri nanti. Insyallah.







Done !

Ju daftarkan si kecil untuk ibadah Akikah ni pada 23 Mei 2020 dan dapat video penyembelihan beserta sebutan nama dalam tu pada 5 Jun 2020, alhamdulillah terlaksana juga ibadah akikah Jasmine Hanani pada musim Corona. Insyallah diterima ibadah akikahnya dan dalam lindungan Allah swt selalu, amin ya rabb. 

Umum maklum, minima harga kambing masa sekarang ni mencecah RM 800 - RM 900 seekor. Tidak termasuk kos majlis lagi, so bila jumpa saluran macam ni yang memudahkan ibadah akikah dengan pakej RM 499; terasa lebih ringan dan kurang pembaziran. Tak perlu runsing nak cari masa sesuai untuk laksanakan akikah anak dalam waktu sekarang ni. 

Kau orang yang tengah survey harga dan rancang nak buat ibadah akikah, Ju rekomen ambil pakej dengan Aqiqahcentre.com. Permudahkan mana yang boleh dimudahkan. 

Stay safe kau orang, jaga jarak sosial tau !

5 comments:

  1. Murahnya..terfkir juga mau amik pakej ni tuk baby edan dan adiknya..nnt bncng dgn suami cmna tq sharing

    ReplyDelete
  2. harga memang affordable.
    dulu Iman buat aqiqah, kambingnya memang cecah RM800 seekor.
    Now alhamdulillah dah option aqiqah yang menyenangkan.

    ReplyDelete
  3. skrng mudah kan.. banyak urusan boleh diselesaikan atas talian.
    harga pun sangat berpatutan. comel lagi diorang hantar macam tu..

    ReplyDelete
  4. anak kakakku pun mcm ne juga Jun.
    xpa la buat begini lebih mudahkan sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Harga sangat berpatutan, dan tiada masalah nak buat akikah sekarang nie, sebab dah ada dalam online.. Apapun cenderahati tue yang ekslusifnya..

    ReplyDelete