Follow by email

Assalammualaikum & Hei Kau orang !

Kebanyakan barangan bayi sebelum ni Ju beli sebagai hadiah untuk anak-ank buah. Merekalah tempat menumpang kasih, tapi bila ada bayi sendiri; aura beli belah tu lain macam. Dalam hati "Oh begini rupa nya perasaan shopping ibubapa" hehe. Bayangkan lah belum jadi mak bapak pun, bila nampak barang bayi dah teruja. Ini kan pula nak beli barang untuk anak sendiri, rasa nak grab semua barang-barang bayi yang ada depan mata.

Selain Shoppe, platform beli belah Ju untuk barangan bayi adalah Instagram dan Facebook. Entri hari ni nak kongsi dengan kau orang set headband comel dan murah dari Qalana yang Ju jumpa dekat facebook, kebetulan masa tu juga tengah riang ria buat SALE Head to toe QALANA iaitu headband, rompers dan stokin. Ju tertarik nak beli headband Qalana ni sebab dia orang jual mengikut set. Dalam 1 set tu ada 3 headband dengan harga RM 20. Set yang dia orang dah sediakan ni, tak boleh request nak tukar corak atau warna.




Bukan saja murah bagi Ju, malah corak headband Qalana ni pun comel dan menarik. Menurut seller; headband ni bergetah dan mudah cuci malah terdiri dari 2 jenis iaitu cotton dan super soft nylon. Boleh pakai lama dan takda lah mendatangkan rasa sakit pada bayi kan. Lepas hampir sejam cuci mata, Ju pilih untuk beli 5 set dengan kuantiti 15 pc headband bersamaan harga RM 100 tidak termasuk kos penghantaran berjumlah RM 13 ke Sabah. 

Impak dari PKP, hampir 3 minggu selepas tempahan; baru Ju dapat headband dari Qalana. Bila sampai ke tangan, Ju sangat berpuas hati dengan apa yang seller maklumkan sebelum pembelian berkenaan butiran headband ni. Berbaloi tunggu lama.

Selain headband, rompers dan stokin; Qalana juga sediakan bermacam-macam lagi fesyen baju untuk si gadis kecil kau orang. Lawati laman sosial dia orang untuk sebarang kemas kini terbaru


Stay safe kau orang, jaga jarak sosial tau !

5 comments:

  1. I really loved reading your blog. It was very well authored and easy to undertand. Unlike additional blogs I have read which are really not tht good. I also found your posts very interesting. In fact after reading, I had to go show it to my friend and he ejoyed it as well! click this link

    ReplyDelete