Follow by email

Assalammualaikum

Pejam celik kita dah masuk bulan Disember, bulan terakhir untuk tahun 2019 ni. Bukan saja bulan terakhir malah bulan ni juga bulan perayaan bagi mereka yang merayakan Hari Natal pada tanggal 25hb setiap tahun. Kebiasan awal bulan Disember ni, kau orang akan mula nampak mana-mana taman tema, shopping mall, hotel gamat mendekorasi dengan tema perayaan Hari Natal malah lagu-lagu Jingle Bell pun dah siap berkumandang kan ? 😘

Ahamdulillah, semalam Ju berkesempatan hadirkan diri ke Majlis Menyalakan Cahaya Pokok Krismas yang diadakan secara tahunan di Hyatt Regency Kota Kinabalu. Majlis ni sebagai tanda bermulanya musim perayaan dan tema Krismas mereka bagi tahun ni ialah "Mengimbau Memori Krismas Zaman Kanak-Kanak Anda bersama Hyatt Regency Kinabalu" yang mana juga sebagai memperingati sambutan perayaan Krismas yang telah dilakukan sejak 40 tahun lalu. Wow !

Turut hadir menyaksikan majlis malam tadi selain daripada Ju dan rakan media adalah mereka yang terdiri daripada pengunjung Tanjung Ria Kitchen restoran dan pelanggan hotel Hyatt Regency Kinabalu. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengurus Hotel; Encik Thor Gervasi, diikuti dengan tradisi perasmian menyalakan cahaya Pokok Krismas.





Kawasan lobi hotel Hyatt Regency Kinabalu ni telah ditransformasikan kepada sebuah taman tema dengan Pokok Krismas setinggi 12 kaki dengan hiasan tumbuh-tumbuhan seperti poinsettia, cypress lemon, dan pokok pain salji putih yang disusun disekeliling pokok Krismas disertai dengan dekorasi lampu-lampu bagi menghidupkan lagi suasana Krismas tu.

Selain deko Pokok Krismas, yang paling menarik perhatian Ju dalam majlis ni adalah dekorasi "Gingerbread House" atau Rumah Roti Halia yang berada di The Lounge. Malah, juga terdapat dekorasi orang salji dan pokok krismas di sepanjang kawasan lobi hotel yang diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu tayar terpakai yang mana diwarnakan semula agar jadi lebih menarik bersesuaian dengan tema Krismas. Kreatif sangat ! Bagi Ju dengan pendedahan macam ni dari pihak Hyatt Regency Kinabalu adalah sebagai tanda sokongan mencegah pencemaran alam sekitar malah dapat membuka mata pelbagai lapisan komuniti mengenai kesedaran penggunaan bahan-bahan terbuang boleh dijadikan sesuatu yang bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul.






"Krismas adalah mengenai pemberian, kasih sayang dan penjagaan. Pada tahun ini, kami akan terus mengumpul hadiah Krismas untuk kanak-kanak dari pelbagai rumah anak yatim. Kami juga akan memperkenalkan program 'Adopt-a-Tree' di mana para tetamu akan menerima melalui sumbangan dan kami akan menanam pokok-pokok di hutan terpilih. Marilah kita membuat perbezaan dalam kehidupan anak-anak yatim dan alam sekitar dengan kemurahan hati kita"
Thor Gervasi | Pengurus Besar Hyatt Regency Kinabalu.



Bagi kau orang yang tak sempat bersama menyaksikan majlis semalam bersama kami, boleh lawati Hyatt Regency Kinabalu untuk pengalaman Krismas yang unik dari 1 Disember 2019 dan seterusnya menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk para tetamu serta pengunjung pada Malam Krismas dan Hari Krismas nanti !

Datang tau sebab kau orang juga berpeluang menyaksikan majlis berprestij Hyatt Regency Kinabalu cuba memecahkan rekod dunia untuk kek Yule Log terpanjang pada 11 Disember, 5:00 petang di Kimanis Ballroom. Woooww !!

Bazar Krismas akan dihoskan pada hari yang sama dengan percubaan rekod tu, di mana kau orang yang hadir boleh membeli pelbagai barangan Hari Natal untuk dibawa pulang dan berkongsi dengan rakan-rakan serta keluarga. Kau orang juga akan dihiburkan dengan carols Krismas yang mengasyikkan oleh Angkasa Choir di The Lounge dari 22-24 Disember, dari jam 7:30 petang hingga 8.30 petang. Menarik kan ? Mark your calendar now !









Sebut pasal Krismas ni sebenarnya bukan saja mereka yang beragama Kristian meraikan perayaan ni. Kepada keluarga yang terdiri dari keluarga campur misalnya ahli keluarga yang convert dari Kristian ke Muslim mesti sambut juga kan, macam keluarga Ju.  

Sangat jarang-jarang Ju berbicara berkenaan hal peribadi dalam blog ni, so kali ni nak kongsi sedikit dengan kau orang hehe. Ayah Ju asalnya beragama Kristian sebelum kahwin dengan mak kami. Walau dah masuk Muslim, perkara tu tak menghalang ayah kami dari terus melawat dan juga meraikan bersama perayaan Krismas bersama keluarga sebelah ayah Ju yang masih beragama Kristian. Dan kitaorang ni pun sebagai anak-anak turut didedahkan dari kecil sambutan perayaan Krismas ni bersama keluarga mendiang nenek Ju sebelah situ. Dia orang pun faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk kami, so mana yang tak sesuai tu memang diasingkan awal-awal. 

Bila musim perayaan Krismas ni sememangnya mengimbau pelbagai memori terutama bersama mendiang nenek Ju. Teringat masa kecil, memang tiap tahun akan balik ke kampung dan setiap tu juga lah mendiang nenek akan sediakan pelbagai hidangan manisan untuk cucu-cucu dia. Masing-masing dapat habuan, tak kira agama yang penting keseronokan dan ikatan sillaturrahim tu tetap terpelihara.

Hyatt Regency Kinabalu merupakan sebuah hotel 288 bilik. Terletak di tengah-tengah pusat perniagaan, membeli-belah dan hiburan Kota Kinabalu malah menghadap Laut China Selatan dan pulau-pulau karang yang indah di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Hyatt Regency Kinabalu menawarkan bilik-bilik yang baru diubahsuai, perkhidmatan yang luar biasa, keselesaan moden dan pilihan masakan tempatan dan antarabangsa yang mempesonakan. Tempahan untuk Hyatt Regency Kinabalu boleh dibuat dengan menghubungi +60 88 22 1234 atau kau orang boleh lawati kinabalu.regency.hyatt.com untuk sebarang maklumat lebih lanjut.

4 comments:

  1. unik sangat pokok krismas tu. sebelum ni tak pernah lagi jumpa pokok krismas macam tu. hehehee

    ReplyDelete