Follow by email

Assalamualaikum 

Pernah dengar tak Megaklinik Zahran ? Satu program larian santai telah dianjurkan oleh Megaklinik Zahran pada 13 Oktober 2019 (Ahad) lepas yang bertempat di Bandar Baru Bangi dan sambutan peserta untuk tahun ni sangat luar biasa tau ! 


Aktiviti FunRUN di ceriakan lagi dengan senaman pagi untuk aktiviti pemanasan badan. Sangat sempoi dan sporting kepada semua peserta pada hari itu

Turut hadir sama untuk memeriahkan program ini ialah CEO MEGAKLINIK ZAHRAN,YB AHLI Dewan Undangan Sungai Ramal,En,Mazwan Johar.




Ada beberapa kategori larian yang diketengahkan iaitu larian 3km,larian 5km serta larian 10 km yang melibatkan semua kategori umur. Larian ini sangat memberi manfaat kepada smua perserta malah berpeluang membawa pulang hadiah yang diberikan seperti cabutan bertuah. Salah satunya adalah cabutan tiket penerbangan ke Bali.




Selain itu juga, kelihatan artis jemputan seperti Ashraff Muslim sekeluarga dan artis lain hadir memberi sokongan dalam usaha menjayakan program fun run ini. Matlamat kempen ini bertujuan memberi kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat khusus bagi golongan rakyat Malaysia

Larian Fun Run Zahran 2019 ni masuk tahun ke-3 dianjurkan oleh Megaklinik Zahran, seramai 1,500 peserta dicatatkan menghadirkan diri dalam program kali ni, wow ! 

Selain aktiviti larian, kelihatan banyak booth dibuka untuk orang ramai mendapatkan info tentang kesihatan , jualan makanan dan minuman dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya , hadiah-hadiah yang sangat lumayan dan menarik juga diberikan untuk para pemenang larian mengikut kategori dengan keseluruhannya bernilai RM25,000 dan sesi cabutan bertuah yang sudah semestinya dinanti-nantikan para peserta.

Pengacara yang memainkan peranan penting sepanjang aktiviti Fun Run 2019; Radin (Stesen Radio Era) dan Falyq Hilkyle (Stesen Radio Zayan) kelihatan serasi bersama menghangatkan dan memceriakan FunRun 2019

Antara Pemenang Cabutan Bertuah

Peserta Bertuah memenangi Cabutan Percutian Ke Bali, Indonesia
Selain beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga dengan aktiviti sihat macam ni, kau orang juga berpeluang menang pelbagai hadiah yang ditawarkan. Follow media sosial mereka bagi kau orang yang nak join tahun hadapan atau mahukan perkembangan terkini dari masa ke semasa mengenai program anjuran Megaklinik Zahran.

3 comments:

  1. bestnya family tu dapat pergi Bali! Bertuah sangat dapat beriadah dengan family, dapat menang hadiah pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya design baju dia.. Hadiah pun lumayan..
    sehat dan bergembira..

    ReplyDelete