Follow by email

Assalammualaikum

Monday Blues ke you ? Hoho. Hari ni nak kongsi salah satu tempat mandi best dekat Kota Kinabalu, Sabah. Masih terpelihara keindahan dan kebersihan alam semula jadi dan Ju sudah pun beberapa kali pergi Mandalipau White Water View & Fishpond, Papar ni sekitar viral tahun lepas. Sejujurnya tak pernah pun mengecewakan dan lokasi ni adalah pilihan terbaik sekiranya kau orang nak beriadah berjemaah dengan keluarga atau pun kawan-kawan.

Terletak 48 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan memakan masa perjalanan sekitar 60 minit bergantung pada keadaan lalu lintas. Ju bertolak dari Putatan, so jarak tu taklah jauh sangat dan kurang dari 45 minit dah boleh sampai cuma bila memasuki kawasan Papar kau orang kena berhati-hati sebab keadaan jalan yang sedang dinaiktaraf. Banyak laluan baru kena follow.


Dengan keadaan cuaca yang tak berapa nak stabil sekarang ni, suhu panas yang agak melampau, mendorong Ju keluar cari tempat mandi manda macam ni untuk sejukkan badan dengan cara natural. Even dalam rumah pun rasa panas ! Suhu sekarang ni boleh cecah 40 celcius menjelang tengahari, huhu. Beroperasi setiap hari dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang, kau orang boleh rujuk dekat bawah ni bayaran yang dikenakan beserta kemudahan yang disediakan :

Yuran Kemasukan:
  • RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
  • RM2 (Kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun)
  • Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (56 tahun ke atas) dan OKU]

Lain-Lain :

  • Jaket Keselamatan (Wajib Pakai) - RM 5 sehari
  • Cermin menyelam - RM 5/1 jam
  • Pelampung tiub (RM 5 saiz kecil/RM 10 sederhana/RM 15 besar)
  • Pelampung Budak - RM 8
  • Boat Kayak - RM 20/1 jam
  • Kayak Fiber - RM 35/1 jam
  • Sampan - RM 20/ 1 jam










Mandalipau White Water View & FishPond, Papar | Kemudahan yang Tersedia

Mandalipau White Water View & Fishpond ni terlindung dengan hidupan hijau terutama dikawasan pondok kanopi berdekatan sungai, so memang takkan rasa haba panas terik tu. Malah permukaan rata dikawasan ni juga pada pendapat Ju menjadi salah satu faktor pilihan pengunjung datang beriadah. Bukan sekadar mandi sungai, pelbagai aktiviti kau orang boleh rancang bersama keluarga dekat sini lagi-lagi jika kau orang merancang untuk bermalam pada hujung minggu atau cuti jangka masa panjang dan nak rasa "natural vibes" tu, pihak pengurusan ada menyediakan perkhidmatan Homestay, perkhemahan dan Sulap.

Rujuk dekat bawah ni untuk senarai harga (sebarang perubahan, tertakluk terma dan syarat pihak pengurusan).

Kemudahan Disediakan :
  • Khemah (Kanopi) + meja + kerusi
  • Kanopi muat 5 -6 orang : RM 15 sehari
  • Khemah (Tent) + tapak + elektrik
  • Kem muat 5 - 6 orang : RM40/malam
  • Elektrik : RM 15
  • Sulap Family (Pondok) + meja + kerusi
  • Sulap muat 8 - 10 orang : RM 30 sehari


  • Sleeping bag - RM 15/sehelai/malam
  • Sleeping pad - RM 5/sehelai/malam
  • Kerusi - RM 1
  • Meja - RM 10
  • BBQ set + 1kg arang - RM 20
  • Padang Futsal RM 10/sehari
  • Tapak khemah RM 15/sehari
  • Arang 2kg - RM 12 paket


  • Karaoke set RM 50
  • Karaoke - RM 1 / 1 lagu
  • Memancing di kolam (ikan Talapia/Patin/Keli) - RM 15
  • Bekalan elektrik di sediakan - RM 15 sehari
  • Sewa Dapur - RM 100/sehari
  • Mini Dewan Anjung Sungai - RM 100/sehari
  • Pondok Santai - RM 75/sehari
  • Dewan Terbuka (birthday party, family day, etc) - RM 150/sehari
  • Homestay - RM 380/sehari


Kena bijak atur perjalanan dan percutian sebab lokasi ni memang padat apatah lagi musim cuti atau hujung minggu, pernah sekali tu Ju dan keluarga datang beriadah sehari tapi lambat sampai sekitar jam 10 pagi, semua pondok kanopi hampir penuh. Dan nasib kita orang sempat grab pondok yang last tau ! pondok kanopi dekat sini semuanya "First come, First serve". Takda istilah booking untuk pondok kanopi melainkan bagi perkhidmatan bermalam.

Kebiasaan beriadah ni memang masak dan bawa makanan sendiri dari rumah tapi kalau kau orang jenis yang "tiba-tiba plan last minit" takda bawa makanan, jangan risau sebab dekat sini ada juga disediakan kedai runcit. Surau pun ada juga 😙

Mementingkan langkah keselamatan, juga salah satu sebab Ju suka datang ke sini, pengunjung yang datang untuk mandi diwajibkan pakai jaket keselamatan memandangkan paras air yang dalam di sesetengah bahagian sungai dan dengan cuaca tak menentu, kita takkan dapat jangka arus air tu. Bagi ibu bapa yang bawa anak-anak bawah 15 tahun, mereka disarankan mandi di tepian sungai dengan pantauan penjaga masing-masing. Walau sekadar dekat tepi pun, kena juga pakai jaket keselamatan tau. Beriadah dekat sini, terutama di bahagian sungai, kau orang akan nampak penjaga keselamatan ke hulu ke hilir memerhatikan pengunjung bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak di ingini.

























Hunting tempat menarik sekitar Kota Kinabalu, Sabah ? Kau orang boleh rujuk entri dekat sini >> Senarai Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Entri terbaru ni pun Ju update dekat senarai ni juga. Sebarang pertanyaan berkenaan Mandalipau White Water View & Fishpond, hubungi media sosial dia orang dekat bawah ni. Have a nice day, kau orang !



Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

11 comments:

  1. Cantiknya kawasan rekreasi ini..

    ReplyDelete
  2. Kan dear, luas lagi.. puas hati ba kalo bawa family bjemaah hehe

    ReplyDelete
  3. Mcm siok saja ni .. sekali sekala pigi mandi sungai ok juga kan 😁

    ReplyDelete
  4. cantiknya tempatnya. belum pernah lagi datang sini

    ReplyDelete
  5. waahhh bestnya kak.. hari tu plan mau pi sana.. tp belum ada rezeki lagi

    ReplyDelete
  6. cantiknyaa air dia. seronok dpt pi sini, betul betul release tension ni.

    ReplyDelete
  7. Wah ctknya view nya babe..sbh mmg byk tmpt menarik..xabis jln2 lg ni hhahh

    ReplyDelete
  8. sungguh menajubkan pemandangannya...

    follback #271

    ReplyDelete
  9. teringin betul i babe p sini tpi busy ja ba klu balik kmpg.

    ReplyDelete