• Home
  • About Jun-Zie
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
Enter your keywords
Junzie || Life is a Beautiful Struggle

Isnin, Ogos 26, 2019

Menarik di Sabah : Mandalipau White Water View & FishPond, Papar

Assalammualaikum

Monday Blues ke you ? Hoho. Hari ni nak kongsi salah satu tempat mandi best dekat Kota Kinabalu, Sabah. Masih terpelihara keindahan dan kebersihan alam semula jadi dan Ju sudah pun beberapa kali pergi Mandalipau White Water View & Fishpond, Papar ni sekitar viral tahun lepas. Sejujurnya tak pernah pun mengecewakan dan lokasi ni adalah pilihan terbaik sekiranya kau orang nak beriadah berjemaah dengan keluarga atau pun kawan-kawan.

Terletak 48 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan memakan masa perjalanan sekitar 60 minit bergantung pada keadaan lalu lintas. Ju bertolak dari Putatan, so jarak tu taklah jauh sangat dan kurang dari 45 minit dah boleh sampai cuma bila memasuki kawasan Papar kau orang kena berhati-hati sebab keadaan jalan yang sedang dinaiktaraf. Banyak laluan baru kena follow.


Dengan keadaan cuaca yang tak berapa nak stabil sekarang ni, suhu panas yang agak melampau, mendorong Ju keluar cari tempat mandi manda macam ni untuk sejukkan badan dengan cara natural. Even dalam rumah pun rasa panas ! Suhu sekarang ni boleh cecah 40 celcius menjelang tengahari, huhu. Beroperasi setiap hari dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang, kau orang boleh rujuk dekat bawah ni bayaran yang dikenakan beserta kemudahan yang disediakan :

Yuran Kemasukan:
  • RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
  • RM2 (Kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun)
  • Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (56 tahun ke atas) dan OKU]

Lain-Lain :

  • Jaket Keselamatan (Wajib Pakai) - RM 5 sehari
  • Cermin menyelam - RM 5/1 jam
  • Pelampung tiub (RM 5 saiz kecil/RM 10 sederhana/RM 15 besar)
  • Pelampung Budak - RM 8
  • Boat Kayak - RM 20/1 jam
  • Kayak Fiber - RM 35/1 jam
  • Sampan - RM 20/ 1 jam










Mandalipau White Water View & FishPond, Papar | Kemudahan yang Tersedia

Mandalipau White Water View & Fishpond ni terlindung dengan hidupan hijau terutama dikawasan pondok kanopi berdekatan sungai, so memang takkan rasa haba panas terik tu. Malah permukaan rata dikawasan ni juga pada pendapat Ju menjadi salah satu faktor pilihan pengunjung datang beriadah. Bukan sekadar mandi sungai, pelbagai aktiviti kau orang boleh rancang bersama keluarga dekat sini lagi-lagi jika kau orang merancang untuk bermalam pada hujung minggu atau cuti jangka masa panjang dan nak rasa "natural vibes" tu, pihak pengurusan ada menyediakan perkhidmatan Homestay, perkhemahan dan Sulap.

Rujuk dekat bawah ni untuk senarai harga (sebarang perubahan, tertakluk terma dan syarat pihak pengurusan).

Kemudahan Disediakan :
  • Khemah (Kanopi) + meja + kerusi
  • Kanopi muat 5 -6 orang : RM 15 sehari
  • Khemah (Tent) + tapak + elektrik
  • Kem muat 5 - 6 orang : RM40/malam
  • Elektrik : RM 15
  • Sulap Family (Pondok) + meja + kerusi
  • Sulap muat 8 - 10 orang : RM 30 sehari


  • Sleeping bag - RM 15/sehelai/malam
  • Sleeping pad - RM 5/sehelai/malam
  • Kerusi - RM 1
  • Meja - RM 10
  • BBQ set + 1kg arang - RM 20
  • Padang Futsal RM 10/sehari
  • Tapak khemah RM 15/sehari
  • Arang 2kg - RM 12 paket


  • Karaoke set RM 50
  • Karaoke - RM 1 / 1 lagu
  • Memancing di kolam (ikan Talapia/Patin/Keli) - RM 15
  • Bekalan elektrik di sediakan - RM 15 sehari
  • Sewa Dapur - RM 100/sehari
  • Mini Dewan Anjung Sungai - RM 100/sehari
  • Pondok Santai - RM 75/sehari
  • Dewan Terbuka (birthday party, family day, etc) - RM 150/sehari
  • Homestay - RM 380/sehari


Kena bijak atur perjalanan dan percutian sebab lokasi ni memang padat apatah lagi musim cuti atau hujung minggu, pernah sekali tu Ju dan keluarga datang beriadah sehari tapi lambat sampai sekitar jam 10 pagi, semua pondok kanopi hampir penuh. Dan nasib kita orang sempat grab pondok yang last tau ! pondok kanopi dekat sini semuanya "First come, First serve". Takda istilah booking untuk pondok kanopi melainkan bagi perkhidmatan bermalam.

Kebiasaan beriadah ni memang masak dan bawa makanan sendiri dari rumah tapi kalau kau orang jenis yang "tiba-tiba plan last minit" takda bawa makanan, jangan risau sebab dekat sini ada juga disediakan kedai runcit. Surau pun ada juga 😙

Mementingkan langkah keselamatan, juga salah satu sebab Ju suka datang ke sini, pengunjung yang datang untuk mandi diwajibkan pakai jaket keselamatan memandangkan paras air yang dalam di sesetengah bahagian sungai dan dengan cuaca tak menentu, kita takkan dapat jangka arus air tu. Bagi ibu bapa yang bawa anak-anak bawah 15 tahun, mereka disarankan mandi di tepian sungai dengan pantauan penjaga masing-masing. Walau sekadar dekat tepi pun, kena juga pakai jaket keselamatan tau. Beriadah dekat sini, terutama di bahagian sungai, kau orang akan nampak penjaga keselamatan ke hulu ke hilir memerhatikan pengunjung bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak di ingini.

























Hunting tempat menarik sekitar Kota Kinabalu, Sabah ? Kau orang boleh rujuk entri dekat sini >> Senarai Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Entri terbaru ni pun Ju update dekat senarai ni juga. Sebarang pertanyaan berkenaan Mandalipau White Water View & Fishpond, hubungi media sosial dia orang dekat bawah ni. Have a nice day, kau orang !

Facebook : Mandalipau White Water View & Fishpond
IG : Mandalipau White View


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi
Baca lagi »
on Isnin, Ogos 26, 2019 10
Share this!
Label:
Featured, lokasi menarik di sabah, Menarik di Kota Kinabalu, Tempat menarik di sabah, Viral
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia

Jumaat, Ogos 23, 2019

The Marriage Box

Most people get married believing a myth that marriage is a beautiful box full of all the things they have longed for; companionship, intimacy, friendship, etc.

The truth is marriage at the start is an empty box. You must put something in before you can take anything out. There is no love in marriage. Love is in people. And people put love in marriage.

There is no romance in marriage. You have to infuse it into your marriage. A couple must learn the art and form the habit of giving, loving, serving, praising keeping the box full. If you take out more than you put in, the box will be empty.

Baca lagi »
on Jumaat, Ogos 23, 2019 9
Share this!
Label:
Wordless
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia

Khamis, Ogos 22, 2019

Senarai Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah

Assalammulaikum

Hey kau orang ! Entri kali ni Ju nak kongsi ringkasan senarai tempat menarik Ju pergi sebelum ni. Bila ada senarai pendek, lebih senang nak rujuk tempat best sekitar Kota Kinabalu. Kebanyakan entri Ju buat ni adalah masa viralnya tempat-tempat ni dan ada juga entri ni yang Ju kumpulkan dari tahun 2016 dan tempat yang dinyatakan tu masih beroperasi sehingga sekarang.



Ju pasti beberapa perubahan naik taraf dilakukan agar lebih menarik dan selesa untuk para pengunjung. So kau orang yang was-was dengan perubahan harga terutamanya, Ju sarankan terus hubungi pihak berkenaan. Insyallah di setiap entri Ju ada selitkan details dia orang. Sekiranya details tersebut tak dapat dihubungi, kita visit Official Pages mereka 💓 Nowadays, Semua kan di hujung jari 😁

  1. Menarik di Kota Kinabalu : Rabbit Garden Lokkawi
  2. Menarik di Sabah : Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud
  3. Menarik di Kota Kinabalu : My Nurul Homestay, Papar
  4. Menarik di Kota Kinabalu : Espace Synthetic Ice Skating Rink, Grand Merdeka Mall | Tuaran, Kota Kinabalu
  5. Menarik di Kota Kinabalu : Akuarium & Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah


    1. Menarik di Kota Kinabalu : 3D Wonders Museum @ Rumah Terbalik, Tamparuli
    2. Menarik di Kota Kinabalu : Borneo Ant House, Tuaran
    3. Menarik di Kota Kinabalu : Sungai Tagal Dolungan Sumbiling, Kimanis
    4. Menarik di Kota Kinabalu : Sabandar Leisure Ride, Tuaran
    5. Menarik di Kota Kinabalu : Sinilou Kibambangan Water Park, Penampang

    1. Menarik di Kota Kinabalu : Muzium Sabah - Kampung Warisan (Part 3)
    2. Menarik di Kota Kinabalu : Muzium Sabah - Galeri Keretapi (Part 2)
    3. Menarik di Kota Kinabalu : Muzium Sabah - Bangunan Utama (Part 1)
    4. Menarik di Sabah : Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau
    5. Menarik di Sabah : Arnab Village, Ranau
    6. Menarik di Sabah : Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau
    7. Menarik di Sabah : Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau
    8. Menarik di Sabah : Poring Hot Spring, Ranau
    9. Menarik di Sabah : Mandalipau White Water View & FishPond, Papar

Ju ada pergi beberapa tempat baru sepanjang 2019 ni tapi belum ada kesempatan share dekat blog. Insyallah siap nanti, Ju akan update dekat sini. Seriously, dekat Sabah ni macam-macam tempat best muncul. Belum dapat pergi yang satu, satu tempat yang lain lagi viral, bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Seiring dengan masa; tempat-tempat best yang baru pun dihipsterkan namun masih mengekalkan penjagaan alam semula jadi tu. Proud to be Sabahan. Have a nice day kau orang ! Jumpa dekat next entri nanti 😘
Baca lagi »
on Khamis, Ogos 22, 2019 16
Share this!
Label:
Featured, Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Tempat menarik di sabah, Viral
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Author

Author

Welcome

Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com

Popular post

  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...
  • Minuman Soda Pink Grapefruit dari Bundaberg Brewed Drinks
    Assalammualaikum 💕 Alhamdulillah rezeki semalam dapat satu minuman botol soda dari teman sekerja Ju. Masuk minggu kedua ni tak berapa ban...

Jejari Runcing

  • Blog by Ana Suhana
  • Me y la Memoria
  • Starlavenderluna's Journal Of Life
  • Love Is Simple
  • Mayy Jie's Random Thoughts
  • ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

  • Adi Channel
  • Blog sofinahlamudin.com
  • Sii Nurul
  • Cerita Cinta Surirumah
  • Nour Adieb
  • Mia - Memories of Mine
  • YatieOwner
  • Belog Kak Gojes
  • ..............warna warni hidupku..............
  • ETUZA
  • Ceritera Liza Si Puteri Bunian
  • Fiqa story
  • All About Love
  • Ini Kisah Tia
  • Elih Japahar
  • ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
  • Lanseikong
  • ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪
  • The Jesselton Girl
  • Sweet red cherry
  • SABAHAN BLOGGER
  • Haslina Kasbulah
  • Syuhada Salleh
  • Kayu manis semanis hidupku
  • RAHMAD GRAPHIC
  • Anum Abdullah
  • Dedaun Comel
  • Asha Lya
  • Hunyeda
  • Life Full Of Lesson
  • ☞❁ NN Izati ❁☜
  • BlogNm
  • ASEAN TRAVELLER
  • Hidayah Suhailee
  • Cik Itah Personal Lifestyle Blog

Jejari Emas

  • ROTIKAYA
  • Blog Sihatimerahjambu
  • Mia Liana
  • KISAHEMASPUTIH
  • Lulu-Pages

Pengikut

ARCHIVE

  • ►  2021 (8)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2020 (7)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
  • ▼  2019 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ▼  Ogos (3)
      • Menarik di Sabah : Mandalipau White Water View & F...
      • The Marriage Box
      • Senarai Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (36)
    • ►  November (7)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2017 (158)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (15)
    • ►  Mei (26)
    • ►  April (22)
    • ►  Mac (15)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2016 (23)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (4)

About Me

Junzie | Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com
read more

Popular posts

  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...
  • Minuman Soda Pink Grapefruit dari Bundaberg Brewed Drinks
    Assalammualaikum 💕 Alhamdulillah rezeki semalam dapat satu minuman botol soda dari teman sekerja Ju. Masuk minggu kedua ni tak berapa ban...
  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...

Tags

Blogger Giveaway Lifestyle Lokasi bercuti di sabah review

Arkib Blog

Dikuasakan oleh Blogger.
Ⓒ 2018 Junzie || Life is a Beautiful Struggle. Design created with by: Brand&Blogger. All rights reserved.