Assalammualaikum 💕
Masih melekat ketat dengan produk skincare dari Korea;
Hansaegee Nature. GUESS WHAT sehingga hari ni Ju kekal jadikan produk ni rutin
wajib pakai tau. Bila puas hati dengan pelembab Aqua Whitening Cream, Ju
upgrade penggunaan produk skincare dari Korea ni dengan menggandingkan Aqua
Whitening Cream bersama AC Clean Bubble Cleanser pula. Pendek kata, ini pencuci muka dan moisturizer yang bagus Ju cuba setakat ini !
Ju pakai dalam tempoh
tak jauh dengan pelembab Aqua Whitening Cream ni sebab dari apa Ju baca
feedback dekat Instagram @Hansaegeenature; ramai yang berpuas hati guna pencuci
muka Aloe Vera ni sekali dengan pelembab Aqua Whitening Cream. So entri kali ni nak highlight dengan kau orang feedback
Ju guna kedua-dua produk BEST SELLER dari Hansaegee Nature ni.
Pencuci Muka dan Moisturizer Yang Bagus | Hansaegee Nature
Sesiapa pun tak kira lelaki atau wanita mahukan kulit
wajah cantik, bersih dan paling penting sihat.Sebelum purchase mana-mana produk
skincare, sangat penting bagi kau orang untuk kenali jenis kulit dan kandungan
sesuatu produk tu. Ju miliki jenis kulit kering, ditambah lagi dengan umur dah
masuk 30 an dan persekitaran tak berapa nak sihat memang beri kesan dengan
kulit muka. So sangat perlukan skincare yang mengekalkan kelembapan pada kulit
muka Ju bukan hanya pada pelembab tapi juga dengan pencuci muka.
Mengandungi 10 ekstrak herba terpilih dengan kandungan
utama Aloe Vera dan Tea Tree oil, pencuci muka ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ni
bukan setakat wangi malah juga berfungsi
- Merawat masalah jerawat dan mengawal kulit berminyak
- Membersihkan sehingga ke liang pori, melembutkan kulit wajah
- Memberi dan mengekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit wajah walau selepas mencuci muka
Tea
tree oil sinonim digunakan untuk mencegah dan merawat masalah jerawat so dengan
gabungan Aloe Vera bukan saja dapat mengawal masalah sebum dan minyak
berlebihan dekat muka kita, malah jadikan kulit lebih sihat ! Pendek kata,
sangat sesuai dengan semua jenis kulit kau orang sama ada berminyak, kulit
kering atau kombinasi. Jimat kan dekat situ.
Jenis : Membersihkan
Wajah
Kegunaan : Muka
Tekstur : Buih lembut dan ringan
Isipadu : 150ml, Size 5.29 fl.oz.
Isipadu : 150ml, Size 5.29 fl.oz.
Waktu Pakai : Siang
dan malam
Packaging Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni bagi Ju senang nak bawa jalan,
tak ambil banyak ruang penyimpanan. Jenis botol pump plastic long neck siap
cover dengan penutup jenis transparent tu. So tak akan ada istilah terhimpit
dan terpicit keluar hehe.
Tekstur pula kalau dalam botol packaging
ni berbentuk air, yes Ju dah goncang manja dan memang dengar bunyi cecair tu
tapi bila kau orang pump; masa keluar tu tekstur cecair tadi akan berubah kepada tekstur buih
serta merta. Habit Ju kalau bab pencuci muka sebelum ni memang pilih jenis foam
sebab suka main dengan buih tapi dengan AC Clean Bubble Cleanser ni tak payah
dah nak gosok-gosok dekat tapak tangan lagi hehe.
Selain tu,
buih ni juga rasa ringan dan mudah juga nak ratakan dekat kulit wajah. Setiap
kali Ju siap cuci muka, bestnya kulit muka rasa segar dan lembap berpanjangan.
Berbeza dengan sesetengah pencuci muka yang buat muka kau orang kering atau tegang lepas cuci,
pernah tak kena macam tu ? Kulit muka tegang lepas mencuci bukan maksud benda
tu bagus tau, tu maksudnya pencuci muka tu terlalu harsh untuk kulit kau orang.
Tu salah satu sebab juga buat kulit muka kering. Jaga-jaga !
Cara Guna AC CLEAN
Bubble Cleanser
sangat mudah, yang penting kau orang gunakan teknik sapuan upward untuk
memudahkan tesktur AC Clean Bubble Cleanser sampai ke liang pori. Ju masa apply
memang suka picit banyak-banyak sebab addict dengan bau dia ni, sambal tu main
buih sekali haha.
Kebiasaan
Ju lepas cuci muka akan apply toner, bergantung pada masing-masing. Setelah
siap tu baru Ju apply pelembab Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Mungkin
masih ada yang pandang remeh dengan kegunaan pelembab muka atau malas nak apply
sebab melekit tapi bagi Ju pelembab Aqua Whitening Cream ni menepati keperluan
Ju bukan saja dari tekstur malah fungsi dia juga.
Mengandungi Camellia
Japonica Seed Oil iaitu Non-comedogenic; tidak menghalang liang
pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness
(kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit
wajah dan juga memiliki Niacinamide
(juga dikenali sebagai Vitamin B3) berfungsi membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan,
membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan
ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau
orang tampak lebih berseri ! Bahan-bahan yang lain pula ialah;
Water,
Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract,
Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root
extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract,
Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone,
DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Tekstur bila sapu dekat muka akan hasilkan titisan air
atau water drop, so takda istilah melekit atau berminyak. Titisan air ni mudah resap di lapisan kulit
wajah kau orang dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.
Packaging Aqua Whitening Cream bersaiz kecil dan mudah bawa ke mana-mana memudahkan Ju juga nak apply bila Ju perlukan. Jenis
packaging pun tahan lasak, so kalau terjatuh tak perlu risau dengan kerosakan
luaran.
Jenis :
Mencerahkan dan Melembapkan
Kegunaan :
Muka dan Leher
Tekstur :
Krim berasaskan titisan air
Isipadu :
50ml, Saiz 65 x 65 x 55 (mm)
Waktu
Pakai : Siang dan malam selepas cuci muka
Lebih dari sekadar memberi dan mengekalkan
kelembapan pada kulit wajah, Aqua Whitening Cream ni turut berfungsi merawat dan mencerahkan kulit
tau. Nowdays bukan semua nak kulit putih tapi nakkan kulit yang sihat dan
cantik. So bagi kau orang yang selalu berada diluar menghadap cuaca terik dan
risaukan sunburn atau redness, Ju rekomen kau orang gunakan pelembab ni sebelum
keluar rumah; kandungan Camellia Japonica Seed Oil yang Ju mention dekat atas
tadi sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah sunburn.
Bagi yang dah terkena
sunburn atau redness tu pula, kekal konsisten pakai pelembab ni sebab ianya mengandungi
Niacinamide yang mana membantu membaiki semula tona kulit kau orang
“Ju, kami duduk ofis ja
teda kena sunburn pun”
Eh awak, kulit boleh
jadi kering dan mekap tak tahan lama tau haha. Bagi elakkan masalah kulit
kering di tempat berpenghawa dingin, Ju jadikan pelembab Aqua Whitening Cream
sebagai makeup base. Ju apply pelembab ni sebelum bermekap; hasilnya mekap Ju
tahan lebih lama dan tidak merekah ! Tengok sini <<RUTIN SEBELUM MEKAP>>
Kulit wajah
Ju berhak dapat yang terbaik, kenapa tidak kau orang juga ? Ju bukan saja nak highlight kedua produk best
seller yang Ju tengah pakai ni tapi nak bagi kau orang maklum sekali lagi,
produk Hansaegee Nature HANYA boleh didapati menerusi outlet mereka sahaja. Takda jual tempat lain tau. So visit laman web dia orang sekarang !
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature
YouTube : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature
YouTube : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Fuyooohh .. makin berseri2 lah lepas ni kan jun 😍
BalasPadammau sama flawless dengan kak mia hehe =D
PadamHansaegee Nature ni mmg bagus kan. kawan mama pakai mmg glowing sgt
BalasPadamaah sis, paling penting jg kena konsisten =D
PadamTerbaik :)
BalasPadamthank you awak =D
PadamRamai kata Hansaegee ni best. Kita rasa nak cuba juga lah nanti especially cleaser dia.
BalasPadamaah sis. kena cuba, ju suka produk2 korea ni, semua pun natural ingredients hehe
Padamaku pakai, dan memang best, lg2 produk korea mg diyakini keberkesanannya. mau hbs sdh sebotol tu AC Cleansernya... jimat lah mau 2 bulan juga pakai
BalasPadamaah sama la dgn tu Aqua whitening cream sa pakai tu babe, almost 2 bulan juga
Padamsalam kenalan
BalasPadamnak tanya ini berminat ke tukar link suka sama suka? bloglist....kalau awak berminta sila comment di blog saya di
https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html
nanti saya balas secepat mungkin ye.Terima Kasih
mahal tak hansaegea? dulu penah nak beli, tp belum mampu. boleh cuba. dia jual online je eh?
BalasPadambtw: dah lama tak g sabah dulu sy study kt ums. tgok gmbar2 di sabah tringat kenangan belajar 4 tahun kt sana. huhu.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMakin cantiklah akak
BalasPadam
BalasPadamشركة تنظيف منازل بصفوى
شركة عزل اسطح بسيهات
Glowing muka ju..
BalasPadam