Follow by email

Assalammualaikum 💕

Masih melekat ketat dengan produk skincare dari Korea; Hansaegee Nature. GUESS WHAT sehingga hari ni Ju kekal jadikan produk ni rutin wajib pakai tau. Bila puas hati dengan pelembab Aqua Whitening Cream, Ju upgrade penggunaan produk skincare dari Korea ni dengan menggandingkan Aqua Whitening Cream bersama AC Clean Bubble Cleanser pula. Pendek kata, ini pencuci muka dan moisturizer yang bagus Ju cuba setakat ini !

Ju pakai dalam tempoh tak jauh dengan pelembab Aqua Whitening Cream ni sebab dari apa Ju baca feedback dekat Instagram @Hansaegeenature; ramai yang berpuas hati guna pencuci muka Aloe Vera ni sekali dengan pelembab Aqua Whitening Cream. So entri kali ni nak highlight dengan kau orang feedback Ju guna kedua-dua produk BEST SELLER dari Hansaegee Nature ni.



Pencuci Muka dan Moisturizer Yang Bagus | Hansaegee Nature

Sesiapa pun tak kira lelaki atau wanita mahukan kulit wajah cantik, bersih dan paling penting sihat.Sebelum purchase mana-mana produk skincare, sangat penting bagi kau orang untuk kenali jenis kulit dan kandungan sesuatu produk tu. Ju miliki jenis kulit kering, ditambah lagi dengan umur dah masuk 30 an dan persekitaran tak berapa nak sihat memang beri kesan dengan kulit muka. So sangat perlukan skincare yang mengekalkan kelembapan pada kulit muka Ju bukan hanya pada pelembab tapi juga dengan pencuci muka.

Mengandungi 10 ekstrak herba terpilih dengan kandungan utama Aloe Vera dan Tea Tree oil, pencuci muka ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ni bukan setakat wangi malah juga berfungsi

  1.  Merawat masalah jerawat dan mengawal kulit berminyak
  2.  Membersihkan sehingga ke liang pori, melembutkan kulit wajah
  3.  Memberi dan mengekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit wajah walau selepas mencuci muka
Tea tree oil sinonim digunakan untuk mencegah dan merawat masalah jerawat so dengan gabungan Aloe Vera bukan saja dapat mengawal masalah sebum dan minyak berlebihan dekat muka kita, malah jadikan kulit lebih sihat ! Pendek kata, sangat sesuai dengan semua jenis kulit kau orang sama ada berminyak, kulit kering atau kombinasi. Jimat kan dekat situ.




Jenis : Membersihkan Wajah
Kegunaan : Muka
Tekstur : Buih lembut dan ringan
Isipadu : 150ml, Size 5.29 fl.oz.
Waktu Pakai : Siang dan malam



Packaging Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni bagi Ju senang nak bawa jalan, tak ambil banyak ruang penyimpanan. Jenis botol pump plastic long neck siap cover dengan penutup jenis transparent tu. So tak akan ada istilah terhimpit dan terpicit keluar hehe.

Tekstur pula kalau dalam botol packaging ni berbentuk air, yes Ju dah goncang manja dan memang dengar bunyi cecair tu tapi bila kau orang pump; masa keluar tu tekstur  cecair tadi akan berubah kepada tekstur buih serta merta. Habit Ju kalau bab pencuci muka sebelum ni memang pilih jenis foam sebab suka main dengan buih tapi dengan AC Clean Bubble Cleanser ni tak payah dah nak gosok-gosok dekat tapak tangan lagi hehe.





Selain tu, buih ni juga rasa ringan dan mudah juga nak ratakan dekat kulit wajah. Setiap kali Ju siap cuci muka, bestnya kulit muka rasa segar dan lembap berpanjangan. Berbeza dengan sesetengah pencuci muka yang buat  muka kau orang kering atau tegang lepas cuci, pernah tak kena macam tu ? Kulit muka tegang lepas mencuci bukan maksud benda tu bagus tau, tu maksudnya pencuci muka tu terlalu harsh untuk kulit kau orang. Tu salah satu sebab juga buat kulit muka kering. Jaga-jaga !

Cara Guna AC CLEAN Bubble Cleanser sangat mudah, yang penting kau orang gunakan teknik sapuan upward untuk memudahkan tesktur AC Clean Bubble Cleanser sampai ke liang pori. Ju masa apply memang suka picit banyak-banyak sebab addict dengan bau dia ni, sambal tu main buih sekali haha.





Kebiasaan Ju lepas cuci muka akan apply toner, bergantung pada masing-masing. Setelah siap tu baru Ju apply pelembab Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Mungkin masih ada yang pandang remeh dengan kegunaan pelembab muka atau malas nak apply sebab melekit tapi bagi Ju pelembab Aqua Whitening Cream ni menepati keperluan Ju bukan saja dari tekstur malah fungsi dia juga.



Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil iaitu Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah dan juga memiliki Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) berfungsi membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri ! Bahan-bahan yang lain pula ialah;

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Tekstur bila sapu dekat muka akan hasilkan titisan air atau water drop, so takda istilah melekit atau berminyak. Titisan air ni mudah resap di lapisan kulit wajah kau orang dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.

Packaging Aqua Whitening Cream bersaiz kecil dan mudah bawa ke mana-mana memudahkan Ju juga nak apply bila Ju perlukan. Jenis packaging pun tahan lasak, so kalau terjatuh tak perlu risau dengan kerosakan luaran.


Jenis : Mencerahkan dan Melembapkan
Kegunaan : Muka dan Leher
Tekstur : Krim berasaskan titisan air
Isipadu : 50ml, Saiz 65 x 65 x 55 (mm)
Waktu Pakai : Siang dan malam selepas cuci muka

Lebih dari sekadar memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah, Aqua Whitening Cream ni turut berfungsi merawat dan mencerahkan kulit tau. Nowdays bukan semua nak kulit putih tapi nakkan kulit yang sihat dan cantik. So bagi kau orang yang selalu berada diluar menghadap cuaca terik dan risaukan sunburn atau redness, Ju rekomen kau orang gunakan pelembab ni sebelum keluar rumah; kandungan Camellia Japonica Seed Oil yang Ju mention dekat atas tadi sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah sunburn.

Bagi yang dah terkena sunburn atau redness tu pula, kekal konsisten pakai pelembab ni sebab ianya mengandungi Niacinamide yang mana membantu membaiki semula tona kulit kau orang

“Ju, kami duduk ofis ja teda kena sunburn pun”

Eh awak, kulit boleh jadi kering dan mekap tak tahan lama tau haha. Bagi elakkan masalah kulit kering di tempat berpenghawa dingin, Ju jadikan pelembab Aqua Whitening Cream sebagai makeup base. Ju apply pelembab ni sebelum bermekap; hasilnya mekap Ju tahan lebih lama dan tidak merekah ! Tengok sini <<RUTIN SEBELUM MEKAP>>



Kulit wajah Ju berhak dapat yang terbaik, kenapa tidak kau orang juga ? Ju bukan saja nak highlight kedua produk best seller yang Ju tengah pakai ni tapi nak bagi kau orang maklum sekali lagi, produk Hansaegee Nature HANYA boleh didapati menerusi outlet mereka sahaja. Takda jual tempat lain tau. So visit laman web dia orang sekarang !







16 comments:

  1. Fuyooohh .. makin berseri2 lah lepas ni kan jun 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau sama flawless dengan kak mia hehe =D

      Delete
  2. Hansaegee Nature ni mmg bagus kan. kawan mama pakai mmg glowing sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis, paling penting jg kena konsisten =D

      Delete
  3. Ramai kata Hansaegee ni best. Kita rasa nak cuba juga lah nanti especially cleaser dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis. kena cuba, ju suka produk2 korea ni, semua pun natural ingredients hehe

      Delete
  4. aku pakai, dan memang best, lg2 produk korea mg diyakini keberkesanannya. mau hbs sdh sebotol tu AC Cleansernya... jimat lah mau 2 bulan juga pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sama la dgn tu Aqua whitening cream sa pakai tu babe, almost 2 bulan juga

      Delete
  5. salam kenalan

    nak tanya ini berminat ke tukar link suka sama suka? bloglist....kalau awak berminta sila comment di blog saya di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    nanti saya balas secepat mungkin ye.Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. mahal tak hansaegea? dulu penah nak beli, tp belum mampu. boleh cuba. dia jual online je eh?

    btw: dah lama tak g sabah dulu sy study kt ums. tgok gmbar2 di sabah tringat kenangan belajar 4 tahun kt sana. huhu.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete