TAHNIAH JOLLIBEE | Lebih 100 Buah Cawangan Jollibee Bakal dibuka di Malaysia

Assalammualaikum 💕

Waktu lunch kelmarin Ju luangkan masa ke Jollibee, Center Point Kota Kinabalu, Sabah bersempena dengan Hari Perasmian Jollibee yang pertama di Malaysia. Sebelum ni Ju datang masa hari pembukaan dia orang sekitar Disember tahun lepas dan masa tu pertama kali tahu pasal Jollibee yang mana restoran makanan ni terkenal dengan hidangan ayam goreng Chicken Joy. Berasal dari Filipina, pada awalnya Jollibee bermula dengan dua buah kedai aiskrim saja tau, sekarang dia orang beroperasi di 21 buah negara dengan lebih 4,500 buah cawangan di seluruh dunia; OMG ! Tahniah Jollibee !




TAHNIAH JOLLIBEE | Lebih 100 Buah Cawangan Jollibee Bakal dibuka di Malaysia

Bagi mereka yang berada di bidang perniagaan apatah lagi sebagai pengendali restoran untuk tembusi pasaran luar dengan membawa dan mengekalkan brand sendiri bukan benda mudah tau. Tambahan lagi dengan lambakan perniagaan lain yang juga membawa jenis makanan yang sama, kena ada trademark kau orang tersendiri untuk kekal dalam bidang ni. Dengan sambutan yang diterima oleh Jollibee dikebanyakan negara dan rancangan meluaskan lagi Jollibee di seluruh Malaysia ternyata Jollibee berjaya menakluki pelbagai pasaran dan juga selera pelanggan.  Sejak pembukaan cawangan pertama dia orang di Centre Point Kota Kinabalu, Jollibee menerima sambutan luar biasa dari pelanggan sampai sanggup berbaris panjang semata-mata untuk menikmati sendiri ChickenJoy dari Jollibee.

“Kami sangat gembira dengan sambutan yang diterima daripada para pelanggan sempena pembukaan cawangan pertama kami di Malaysia. Perkembangan ini memberi semangat kepada kami untuk memperkenalkan menu yang enak dan perkhidmatan kami yang mesra kepada lebih ramai warga Malaysia”
Tony Tan Caktiong | Pengerusi dan Pengasas JFC

Jollibee turut menjadi peneraju utama pasaran di Filipina dengan rangkaian cawangan yang lebih besar berbanding dua pesaingnya, fuh ! Tahu tak kau orang dekat Vietnam saja, Jollibee dah buka 100 cawangan tau. Manakala Hong Kong dan Singapura pula separuh daripada pelanggan mereka terdiri daripada warga tempatan. Dan Ju terkejut juga bila tahu di Brunei pun Jollibee dah jadi restoran makanan segera nombor satu !

Sebelum ke sesi pemotongan riben sebagai simbolik perasmian cawangan Jollibee yang pertama di Malaysia, hari perasmian Jollibee kelmarin dimulakan dengan persembahan tarian Magunatip oleh penari profesional dari Kumpulan Budayawan Kota Kinabalu. Magunatip sememangnya dekat dengan budaya Borneo, dulu masa student masuk Kelab Budaya so memang akan belajar tarian ni tapi taklah sehebat penari-penari profesional ni. Apa tak hebatnya bila menari Magunatip sambil mata ditutup dengan kain dan irama tarian adalah berasaskan bunyi pukulan bambu tu. Semakin lama semakin laju tau, bagi beginner memang akan terkepit kot kaki dekat situ haha.



Sesi Pemotongan Riben 


Sesi ChickenJoy Toast



“Rancangan pengembangan perniagaan kami bukan sahaja akan mengukuhkan lagi kedudukan Jollibee malah akan turut menyumbang kepada ekonomi dan peluang pekerjaan tempatan. Buat masa ini kami ada seramai 45 orang kakitangan di cawangan Centre Point Sabah. Kami menjangkakan akan mengambil secara purata 30 orang kakitangan tempatan bagi setiap cawangan Jollibee yang baharu, bergantung pada saiz restoran”
Dennis Flores | Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa JFC – EMEAA


Encik Dennis Flores (Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa JFC-EMEAA

Berkongsi kegembiraan pembukaan restoran di Malaysia, Jollibee melakukan sumbangan derma kepada rumah amal Caring for the Future Malaysia dalam menyokong kanak-kanak dibawah penjagaan badan amal dengan menjemput mereka ke restoran di Centre Point Sabah dan menikmati hidangan makanan serta penyediaan aktiviti yang menghiburkan.


“Kami di Jollibee berpegang pada falsafah untuk memberi balik sumbangan kepada komuniti yang menyokong kami. Kami sentiasa komited untuk membawa kegembiraan dan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baikdi mana sahaja restoran kami beroperasi”
Dennis Flores | Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa JFC – EMEAA


Sesi Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada Rumah Amal Caring for The Future Malaysia
Secara peribadi Ju kongsi dengan kau orang; Jollibee miliki keistimewaan dia orang tersendiri. Tak hairan lah berupaya bersaing sehingga hari ini dan perancangan jangka panjang membuka lebih 100 buah cawangan Jollibee di sekitar Malaysia seharusnya di laksanakan sebab makanan dia orang memang sedap dan perisa dalam setiap makanan yang ditawarkan tu sememangnya membawa brand Jollibee. Pendek kata; WOW factor ! haha. Contoh dari segi rupa, YA ayam goreng ChickenJoy Jollibee sama macam kau orang goreng dekat rumah tapi perisa dia confirm TAK sama dengan kau orang masak apatah lagi dengan restoran lain yang sedia ada, tu yang buat Ju  dan pelanggan lain keep nak datang ke sini.

Favourite Ju setakat ni Jolly Spaghetti, Burger steak dan Chicken Sandwich ! tengah taip ni pun telan air liur haha. Kau orang yang nak cuba sesuatu yang berbeza berbanding dengan sedia ada atau plan nak buat gathering tu, Ju rekomen kau orang try bawa keluarga atau kawan-kawan makan dekat sini. Berjemaah kan lebih best ! 


#JollibeeMalaysia

Waktu Operasi : 09:00 am sehingga 09:30 pm setiap hari

Kredit Google Map untuk rujukan Lokasi Jollibee Kota Kinabalu

2 comments