Follow by email

Assalammualaikum πŸ’•

Berpeluang hadir ke majlis makan malam bersama Promenade Hotel Resort dengan tema “A Night of Denim & Diamonds” semalam buat malam Ju happening ! Majlis ni turut dihadiri oleh klien, rakan-rakan dan kakitangan dari sector kerajaan, korporat, Agensi Pelancongan, Media Cetak dan Influencers. Masing-masing hadir dengan kod pakaian jeans  bersesuaian dengan tema makan malam ni dan dianggarkan sekitar lebih dari  300 tetamu hadir memeriahkan majlis ni dengan memakai pakaian terbaik bersama aksesori bersesuaian dengan tema Denim & Diamonds.




Makan Malam bertemakan "Denim & Diamonds" bersama Promenade Hotel Kota Kinabalu

Makan malam dengan kasual denim bersama tema diamonds ni adalah alternatif  pihak pengurusan Promenade Hotel Kota Kinabalu menghargai sokongan yang tidak putus, kepercayaan dan pengikitirafan yang diperolehi beberapa tahun kebelakangan ni. Hal ini dinyatakan dalam ucapan alu-aluan oleh Encik Hafizan Wong, Pengurus Besar.

“Its because of your unwavering support and trust we were able to achieve better results and received wider recognition in the past years. Promenade Hotel Kota Kinabalu is already in its 22nd Years of operation and the management is aggressively looking into a refurbishment programme in stages. All these are made possible with your continuous support”
Encik Hafizan Wong | Pengurus Besar Promenade Hotel Kota Kinabalu


Pelbagai jenis hidangan buffet disediakan kepada tetamu yang hadir semalam, sambil kita orang makan tu Majlis diteruskan dengan persembahan tarian yang bertenaga dari Borneo Rumble Kidz diikuti dengan persembahan nyanyian secara langsung oleh Kumpulan Essential Trio dimana kumpulan ni adalah penyanyi dari Lobby Lounge Hotel Promenade yang menyediakan hidangan buffet koktel. Kumpulan ni terdiri dari 3 orangdan masing-masing pun menyanyi juga semalam dengan lagu yang pelbagai. Part nyanyi lagu tempatan, dia orang tarik mana-mana tetamu yang sporting untuk join menari. Ju kalau part menari tradisi ni memang excited tak malu haha. So terjoin dengan sengaja juga menyumbang tarian Sumazau.



Majlis makan malam kemudian dimeriahkan dengan penyampaian anugerah kepada kumpulan penyokong Promenade Hotel Kota Kinabalu sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang dia orang bagi tahun 2017 & 2018 kepada pihak hotel. Usai penyampaian tu, kita orang diraikan juga dengan aktiviti kuiz (Play Kahoot & Twinkle-Twinkle Little Star).

Play Kahoot ni permainan online menerusi web Kahoot. Kuiz ni dia test sejauh manakah kau orang tahu pasal Promenade Hotel menerusi 10 soalan. Tetamu kena masuk browser dengan pin tertentu yang diberikan oleh pengacara majlis baru dapat nak main sama. Bagi game Twinkle-Twinkle Litte star ni pula peserta kena susun atur gambar tema majlis “Denim & Diamonds” yang telah dipisah-pisahkan. Nak bagi game ni lebih menarik, peserta kena buat beberapa pusingan bagi pening diri sendiri dulu baru boleh capai meja yang terdapat gambar yang dipisahkan tadi haha.






Tambahan tu juga Cabutan Tiket Bertuah dan Anugerah Pakaian Terbaik juga diadakan untuk para tetamu. Gempak hadiah yang disediakan, stay overnight dekat Promenade Hotel Kota Kinabalu tau ! Ju takda rezeki nak menang part kuiz Play Kahoot tu, sebab time dah kenyang kan; sel-sel otak tak berapa nak berhubung haha.

Sabah Tourism Board menerima anugerah istimewa “Golden Star” daripada pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu sebagai pengiktirafan khas untuk sokongan mreka yang teguh terhadap industry perhotelan dan kekal berkolaborasi dengan pihak hotel untuk mempromosikan keindahan Sabah – Negeri di bawah Bayu. Anugerah ini diterima oleh Puan Suzaini Ghani, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah. Tahniah Sabah Tourism Board !



Dikesempatan ni, Ju mengucapkan ribuaan terima kasih kepada pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu khususnya Puan Anita & Puan Jessica atas usaha mengadakan malam penghargaan sebegini kepada rakan-rakan media. Seriously Ju sangat enjoy dengan suasana makan malam yang disediakan dan rasa sangat dihargai dengan penyediaan makan malam macam ni, semoga kolaborasi antara pihak Promenade Hotel dan blogger kekal berpanjangan.

KREDIT GAMBAR : WWW.YATIEOWNER.COM

6 comments:

  1. Harap Jun dilantik jadi Duta mereka. Amin. :)

    ReplyDelete
  2. Whoaaaa punya syiok oh! I've been to many events at Promenade but this one's just so exciting! boleh jadi girls' night theme jugak hehe

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  3. Wah.. makin meluas ye penggunaan Kahoot games ini.. acara macam nie pun guna juga.. tema dia ohsem..

    ReplyDelete
  4. Mmm.. good to be here in your article or post, whatever, I think I should also work hard for my own website like I see some good and updated working in your site. diamond exchange dallas

    ReplyDelete