Saturday, February 23, 2019
Makan Malam bertemakan "Denim & Diamonds" bersama Promenade Hotel Kota Kinabalu
Berpeluang hadir ke majlis makan malam bersama Promenade
Hotel Resort dengan tema “A Night of Denim & Diamonds” semalam buat malam
Ju happening ! Majlis ni turut dihadiri oleh klien, rakan-rakan dan kakitangan
dari sector kerajaan, korporat, Agensi Pelancongan, Media Cetak dan Influencers.
Masing-masing hadir dengan kod pakaian jeans bersesuaian dengan tema makan malam ni dan
dianggarkan sekitar lebih dari 300
tetamu hadir memeriahkan majlis ni dengan memakai pakaian terbaik bersama aksesori
bersesuaian dengan tema Denim & Diamonds.
Makan Malam bertemakan "Denim & Diamonds" bersama Promenade Hotel Kota Kinabalu
Makan malam dengan kasual denim bersama tema diamonds ni
adalah alternatif pihak pengurusan
Promenade Hotel Kota Kinabalu menghargai sokongan yang tidak putus, kepercayaan
dan pengikitirafan yang diperolehi beberapa tahun kebelakangan ni. Hal ini
dinyatakan dalam ucapan alu-aluan oleh Encik Hafizan Wong, Pengurus Besar.
“Its because of your unwavering support and
trust we were able to achieve better results and received wider recognition in
the past years. Promenade Hotel Kota Kinabalu is already in its 22nd
Years of operation and the management is aggressively looking into a refurbishment
programme in stages. All these are made possible with your continuous support”
Encik Hafizan Wong
| Pengurus Besar Promenade Hotel Kota Kinabalu
Pelbagai jenis hidangan buffet disediakan kepada tetamu
yang hadir semalam, sambil kita orang makan tu Majlis diteruskan dengan
persembahan tarian yang bertenaga dari Borneo Rumble Kidz diikuti dengan
persembahan nyanyian secara langsung oleh Kumpulan Essential Trio dimana
kumpulan ni adalah penyanyi dari Lobby Lounge Hotel Promenade yang menyediakan
hidangan buffet koktel. Kumpulan ni terdiri dari 3 orangdan masing-masing pun
menyanyi juga semalam dengan lagu yang pelbagai. Part nyanyi lagu tempatan, dia
orang tarik mana-mana tetamu yang sporting untuk join menari. Ju kalau part
menari tradisi ni memang excited tak malu haha. So terjoin dengan sengaja juga
menyumbang tarian Sumazau.
Majlis makan malam kemudian dimeriahkan dengan penyampaian
anugerah kepada kumpulan penyokong Promenade Hotel Kota Kinabalu sebagai
penghargaan terhadap prestasi cemerlang dia orang bagi tahun 2017 & 2018
kepada pihak hotel. Usai penyampaian tu, kita orang diraikan juga dengan
aktiviti kuiz (Play Kahoot & Twinkle-Twinkle Little Star).
Play Kahoot ni permainan online menerusi web Kahoot. Kuiz
ni dia test sejauh manakah kau orang tahu pasal Promenade Hotel menerusi 10
soalan. Tetamu kena masuk browser dengan pin tertentu yang diberikan oleh
pengacara majlis baru dapat nak main sama. Bagi game Twinkle-Twinkle Litte star
ni pula peserta kena susun atur gambar tema majlis “Denim & Diamonds” yang
telah dipisah-pisahkan. Nak bagi game ni lebih menarik, peserta kena buat beberapa pusingan bagi pening diri sendiri dulu
baru boleh capai meja yang terdapat gambar yang dipisahkan tadi haha.
Tambahan tu juga Cabutan Tiket Bertuah dan Anugerah
Pakaian Terbaik juga diadakan untuk para tetamu. Gempak hadiah yang disediakan,
stay overnight dekat Promenade Hotel Kota Kinabalu tau ! Ju takda rezeki nak
menang part kuiz Play Kahoot tu, sebab time dah kenyang kan; sel-sel otak tak
berapa nak berhubung haha.
Sabah Tourism Board menerima anugerah istimewa “Golden
Star” daripada pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu sebagai pengiktirafan khas
untuk sokongan mreka yang teguh terhadap industry perhotelan dan kekal
berkolaborasi dengan pihak hotel untuk mempromosikan keindahan Sabah – Negeri di
bawah Bayu. Anugerah ini diterima oleh Puan Suzaini Ghani, Pengurus Besar
Lembaga Pelancongan Sabah. Tahniah Sabah Tourism Board !
Dikesempatan ni, Ju mengucapkan ribuaan terima kasih kepada
pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu khususnya Puan Anita & Puan Jessica
atas usaha mengadakan malam penghargaan sebegini kepada rakan-rakan media.
Seriously Ju sangat enjoy dengan suasana makan malam yang disediakan dan rasa
sangat dihargai dengan penyediaan makan malam macam ni, semoga kolaborasi
antara pihak Promenade Hotel dan blogger kekal berpanjangan.
KREDIT GAMBAR : WWW.YATIEOWNER.COM
KREDIT GAMBAR : WWW.YATIEOWNER.COM
Happening ! 😀
ReplyDeleteMeriah.. 😍
ReplyDeleteHarap Jun dilantik jadi Duta mereka. Amin. :)
ReplyDeleteWhoaaaa punya syiok oh! I've been to many events at Promenade but this one's just so exciting! boleh jadi girls' night theme jugak hehe
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Wah.. makin meluas ye penggunaan Kahoot games ini.. acara macam nie pun guna juga.. tema dia ohsem..
ReplyDeleteMmm.. good to be here in your article or post, whatever, I think I should also work hard for my own website like I see some good and updated working in your site. diamond exchange dallas
ReplyDeleteThis blog was extremely helpful. I really appreciate your kindness in sharing this with me and everyone else! https://serverbrowse.com/
ReplyDeletewe strongly recommend that the diamond be accompanied by a report, even if it means having a diamond removed from its setting (no reputable lab will issue a report on a mounted diamond), and then reset. Scottsdale diamonds
ReplyDelete