• Home
  • About Jun-Zie
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
Enter your keywords
Junzie || Life is a Beautiful Struggle

Rabu, Januari 02, 2019

Menelusuri Keunikan Gamcheon Culture Village di Busan, Korea Selatan

Ditulis oleh Joehairie dan diterbitkan oleh www.jun-zie.com untuk Korea Tourism Organization Malaysia 


Ini merupakan kali pertama penulis menjejakkan kaki  ke bumi Busan, justeru kesempatan berkunjung ke Gamcheon Culture Village tentunya tidak dilepaskan begitu saja. Ia lokasi wajib dikunjungi  jika ke Busan! Terletak di kaki bukit, deretan rumah berwarna-warni ini pasti menggamit rasa ingin tahu. Ia semacam satu kemestian untuk melihat lebih ke dalam, memahami latar-belakang dan citra masyarakat setempat yang mendukung kawasan perkampungan budaya ini.



Digelar sebagai ‘Santorini of Korea’ malah ‘Machu Picchu of Busan’, Gamcheon Culture Village pada awalnya merupakan penempatan untuk pelarian Perang Korea pada tahun 1950-an. Pada tahun 2009, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea mengambil inisiatif untuk mewujudkan perkampungan yang lebih kreatif, sesuai dengan tujuan untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan. Masyarakat di sini kini lebih kreatif dengan berganding bahu mengkomersilkan kawasan ini justeru menjana pendapatan bagi kebaikan mereka bersama. 



Tidak ada bayaran masuk dikenakan namun pengunjung bolehlah membeli peta yang hanya berharga 2000 KRW. Peta ini memberikan panduan kepada pengunjung tentang laluan-laluan utama dan sampingan sekitar perkampungan budaya ini. Di tempat-tempat tertentu sepanjang laluan, pengunjung bolehlah mendapatkan ‘setem’ untuk dicop ke atas peta. Habuannya, dua keping poskad akan diberikan di Pusat Penerangan Pelancong (Pintu Masuk/Keluar)! 


Perlu diingat bahawa kawasan ini masih merupakan penempatan untuk penduduk dan adakalanya kegiatan seharian mereka boleh dilihat di mana-mana. Pengunjung justeru harus menghormati penduduk dengan tidak membuat bising. Di sepanjang laluan, terdapat deretan kedai yang menjual segala jenis cedera kenangan, makanan dan minuman. Pengunjung bolehlah mencuba ssiatheok, sejenis pastry goreng terkenal di Busan! Berkunjung di musim sejuk memberikan kelebihan kerana cuaca yang agak dingin. Terdapat juga kemudahan penginapan bagi mereka yang ingin tinggal sehari dua di sini!



Pelbagai mural juga ada di sepanjang laluan dan pengunjung bolehlah bergambar untuk dijadikan kenangan sewaktu di Busan. Pastinya ia menjadi pencetus semangat buat sahabat -handai di tanahair untuk berkunjung ke Busan! Jangan lupa berkunjung ke ‘Little Museum’ kerana di situ terdapat lebih dari 70 item yang diwarisi dari generasi terdahulu, dipamerkan. Kakitangan di Muzium itu juga sangat peramah dan sudi meluangkan masa untuk memberikan penjelasan lanjut tentang sejarah perkampungan Gamcheon. 



Jika anda bernasib baik, gadis-gadis comel (yang juga merupakan pengunjung) akan berada di persekitaran kawasan menggayakan Hanbok. Bagi mereka yang berminat, terdapat kedai yang menyewakan pakaian tradisi Korea ini. Ia merupakan satu kesempatan untuk mendalami keunikan tradisi dan kebudayaan Korea



Laluan dan lorong awam yang lebih kecil tersedia di sepanjang laluan utama untuk pengunjung meneroka keunikan yang ada di perkampungan budaya ini. Terdapat beberapa laluan khusus yang membawa pengunjung ke aras yang lebih tinggi untuk mendapatkan gambar keseluruhan perkampungan. Terpulang kepada pengunjung untuk membuat penerokaan sendiri kerana khabarnya perkampungan ini mempunyai seribu satu kisah.



Lawatan ke Gamcheon Culture Village yang penuh keunikan ini sesungguhnya memberikan inspirasi dan iltizam kepada penulis untuk terus menerokai bumi Busan. Penulis percaya bahawa pengunjung lain pasti akan terpesona dengan keindahan, sejarah dan citra masyarakat setempat di Gamcheon Culture Village. Jika anda berkunjung ke Busan, mulakan lawatan anda dengan singgah di Gamcheon Culture Village! 

Gamcheon Culture Village 
203, Gamnae 2-ro, Saha-gu , Busan 
+82-51-291-1444 / +82-51-780-2177 
www.gamcheon.or.kr 
 
Lawatan ke Busan, Korea Selatan ini ditaja oleh Korea Tourism Organization Malaysia. Walaubagaimanapun, penulis yang merupakan editor kepada curiostraveller.com serta ahli Komuniti Sabahan Blogger memberikan pandangannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak




Baca lagi »
on Rabu, Januari 02, 2019 9
Share this!
Label:
review
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Author

Author

Welcome

Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com

Popular post

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...

Jejari Runcing

  • Love Is Simple
  • Me y la Memoria
  • Blog by Ana Suhana
  • Starlavenderluna's Journal Of Life
  • Mayy Jie's Random Thoughts
  • ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

  • Adi Channel
  • ..............warna warni hidupku..............
  • Sii Nurul
  • Cerita Cinta Surirumah
  • Ceritera Liza Si Puteri Bunian
  • Blog sofinahlamudin.com
  • All About Love
  • Nour Adieb
  • Mia - Memories of Mine
  • YatieOwner
  • Belog Kak Gojes
  • ETUZA
  • Fiqa story
  • Ini Kisah Tia
  • Elih Japahar
  • ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
  • Lanseikong
  • ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪
  • The Jesselton Girl
  • Sweet red cherry
  • SABAHAN BLOGGER
  • Haslina Kasbulah
  • Syuhada Salleh
  • Kayu manis semanis hidupku
  • RAHMAD GRAPHIC
  • Anum Abdullah
  • Dedaun Comel
  • Asha Lya
  • Hunyeda
  • Life Full Of Lesson
  • ☞❁ NN Izati ❁☜
  • BlogNm
  • ASEAN TRAVELLER
  • Hidayah Suhailee
  • Cik Itah Personal Lifestyle Blog

Jejari Emas

  • ROTIKAYA
  • Blog Sihatimerahjambu
  • Mia Liana
  • KISAHEMASPUTIH
  • Lulu-Pages

Pengikut

ARCHIVE

  • ►  2021 (8)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2020 (7)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
  • ▼  2019 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (4)
    • ▼  Januari (1)
      • Menelusuri Keunikan Gamcheon Culture Village di Bu...
  • ►  2018 (36)
    • ►  November (7)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2017 (158)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (15)
    • ►  Mei (26)
    • ►  April (22)
    • ►  Mac (15)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2016 (23)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (4)

About Me

Junzie | Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com
read more

Popular posts

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...
  • Minuman Soda Pink Grapefruit dari Bundaberg Brewed Drinks
    Assalammualaikum 💕 Alhamdulillah rezeki semalam dapat satu minuman botol soda dari teman sekerja Ju. Masuk minggu kedua ni tak berapa ban...

Tags

Blogger Giveaway Lifestyle Lokasi bercuti di sabah review

Arkib Blog

Dikuasakan oleh Blogger.
Ⓒ 2018 Junzie || Life is a Beautiful Struggle. Design created with by: Brand&Blogger. All rights reserved.