• Home
  • About Jun-Zie
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
Enter your keywords
Junzie || Life is a Beautiful Struggle

Khamis, Disember 05, 2019

“Have a Sweet Christmas” oleh Selebriti Bakeri Raymond Tan | Promenade Café, Promenade Hotel Kota Kinabalu

Assalammualaikum

Hey kau orang ! Minat tak dengan bidang bakeri atau kulinari ? Dulu masa Ju remaja, minat tu ada sebab ayah Ju kerja sebagai Chef Pastri. Selalu tengok ayah Ju buat kek tapi lama kelamaan minat tu tak sehaluan dengan umur. Umur meningkat tapi minat nak hasilkan kek, roti dengan hasil tangan sendiri tu makin lama makin hilang. So dari situ Ju sedar Ju cuma minat tonton penyediaan bakeri ni tapi bukan sejenis yang minat untuk menghasilkan menu bakeri.  Erti kata lain, suka tengok dan suka makan haha ! Kebiasaan rancangan bakeri Ju tonton di saluran Astro 702 Diva Extreme Cake Makers atau saluran 707 TLC seperti Bake Your Rich, Bakers Vs Fakers dan Ridiculous Cake.


Semalam Ju berkesempatan hadirkan diri ke majlis anjuran Promenade Hotel Kota Kinabalu, bersempena dengan musim perayaan Hari Natal iaitu "Have a Sweet Christmas" oleh Selebriti Bakeri Raymond Tan yang berasal dari Melbourne, Australia. Pelancaran majlis ni dirasmikan oleh Tetamu Kehormat - Datin Racheal Anthony Shim, disaksikan oleh media dan rakan-rakan blogger. Part paling seronok bagi Ju bila hadir ke majlis macam ni adalah bila mana Selebriti Bakeri Raymond Tan juga dikenali sebagai Ray Ray dalam media sosial beliau, mempamerkan demonstrasi penyediaan kreatif Cake-Popsicles kepada tetamu yang hadir. Datin pun sporting jadi sukarelawan sepanjang demonstrasi bersama Ray Ray hasilkan Cake-Popsicles sendiri 😄




Jika di hitung pelancaran dan kerjasama antara Promenade Hotel Kota Kinabalu bersama Chef Selebriti sebelum ni; tak silap Ju, ini adalah kejayaan kali ke - 4 mereka menganjurkan majlis macam ni di Promenade Cafe, Promenade Hotel Kota Kinabalu. Wow, tahniah !

Selebriti Bakeri Raymond; mengkhususkan diri dalam pembuatan kek dan pencuci mulut. Berpengalaman dalam seni reka bentuk pencuci mulut dan telah mengembara ke Paris, Singapura, Taipei, Bangkok, Jakarta dan Seoul untuk tujuan demonstrasi, bengkel dan kerjasama. Diilhamkan dari pencuci mulut Australia, menu pencuci mulut beliau termasuk Christmoose Cake Popsicles, Upside Down Santa Hat, Spiced Pumpkin Pie dan Candy Cane Wheel Wheel boleh didapati di Promenade Café International Buffet Dinner's sepanjang bulan Disember 2019 ini. 






Bagi kau orang yang kurang minat bidang bakeri mungkin tak familiar dengan Ray Ray, so boleh follow Instagram @rymondtn atau lawat website dia dekat https://www.lickedbyrayray.com/ semua hasil tangan Ray Ray yang kreatif dan comel tu beliau kongsi dekat sini.

Selesai demonstrasi penyediaan dari Selebriti Bakeri Raymond, pelancaran semalam juga diikuti dengan "Majlis Menyalakan Cahaya Pokok Krismas" di perkarangan lobi Promenade Hotel Kota Kinabalu yang seterusnya kita orang dihiburkan dengan sesi carols Krismas dari SDA Manggatal. Usai tu, para tetamu di jemput untuk menjamu selera dengan Bufet Makan Malam Kesyukuran di Promenade Café yang disediakan oleh Promenade Hotel Kota Kinabalu.




Tak pernah mengecewakan bila berbicara mengenai bufet bersama Promenade Hotel. Bagi perayaan Hari Natal dan Tahun Baru untuk tahun ni, dia orang menyediakan pakej bufet di Promenade Cafe dengan tawaran harga menarik iaitu :

Christmas Eve Buffet (24 December 2019)
Lunch RM 68 adult | RM 34 children
Dinner RM 138 adult | RM 85 children with party pack
**RM 118 adult for the first 100 bookers**

Christmas Day Buffet (25 December 2019)
Bubble brunch RM 98 adult | RM 49 children
Dinner RM 128 adult | RM 64 children
**RM 108 adult for the first 100 bookers**

New Year's Eve Buffet (31 December 2019)
Lunch RM 68 adult | RM 34 children
Dinner RM 158 adult | RM 79 children with party pack
**RM 138 adult for the first 100 bookers**

New Year's Day Buffet (01 January 2020)
Bubble brunch RM 80 adult | RM 40 children
Dinner RM 98 adult | RM 49 children
**RM 138 adult for the first 100 bookers**








Jika kau orang merancang meluangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga bersama Promenade Hotel Kota Kinabalu musim perayaan ni, boleh join sekali aktiviti dia orang pada 24 Disember - Christmas Eve Countdown "Endless Summer Christmas Night" with party packs dan 31 Disember - New Year's Eve Countdown "Glitters Party" with party packs di Lobby Lounge, Promenade Hotel Kota Kinabalu. Selain tu, Carols Krismas bertempat di perkarangan lobi juga turut akan menghiburkan kau orang pada  :


  • 4 Disember 2019 (7:15 pm - 7:30 pm) SDA Manggatal
  • 10 Disember 2019 (3 pm - 3:30 pm) STBells
  • 16 Disember 2019 (7:30 pm - 8:30 pm) Children Liturgy of Sacred Heart KK
  • 23 Disember 2019 (8 pm - 9 pm) SDA Manggatal
  • 24 Disember 2019 (8 pm - 9 pm) / 25 Disember 2019 (12 pm - 1 pm) SDA Likas Seventh Day Adventist

Malah kau orang juga boleh dapatkan pelbagai jenis barangan Hari Natal untuk yang tersayang menerusi Troli Festive Goodies yang terletak di lobi hotel.



Best kan pakej dia orang ? Ju dah share yang menarik dari Promenade Hotel Kota Kinabalu, lepas ni bolehlah kau orang pilih tarikh sesuai di musim perayaan ni untuk makan tengahari atau makan malam bersama yang tersayang. Selamat Hari Natal semua !

Untuk sebarang maklumat Promosi Makanan & Minuman terbaru dan akan datang dari Promenade Hotel, hubungi Promenade Café di Kota Kinabalu di (Tel: 60 88 252 396/265 555 Ext: 5107) dan Peppers Café di Bintulu di (Tel: 60 86 858 888) atau log masuk ke www.promenade.com.my.
Baca lagi »
on Khamis, Disember 05, 2019 3
Share this!
Label:
collaboration
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia

Selasa, Disember 03, 2019

"Mengimbau Memori Krismas Zaman Kanak-Kanak Anda" | Tema Majlis Menyalakan Cahaya Pokok Krismas bersama Hyatt Regency Kinabalu

Assalammualaikum

Pejam celik kita dah masuk bulan Disember, bulan terakhir untuk tahun 2019 ni. Bukan saja bulan terakhir malah bulan ni juga bulan perayaan bagi mereka yang merayakan Hari Natal pada tanggal 25hb setiap tahun. Kebiasan awal bulan Disember ni, kau orang akan mula nampak mana-mana taman tema, shopping mall, hotel gamat mendekorasi dengan tema perayaan Hari Natal malah lagu-lagu Jingle Bell pun dah siap berkumandang kan ? 😘

Ahamdulillah, semalam Ju berkesempatan hadirkan diri ke Majlis Menyalakan Cahaya Pokok Krismas yang diadakan secara tahunan di Hyatt Regency Kota Kinabalu. Majlis ni sebagai tanda bermulanya musim perayaan dan tema Krismas mereka bagi tahun ni ialah "Mengimbau Memori Krismas Zaman Kanak-Kanak Anda bersama Hyatt Regency Kinabalu" yang mana juga sebagai memperingati sambutan perayaan Krismas yang telah dilakukan sejak 40 tahun lalu. Wow !

Turut hadir menyaksikan majlis malam tadi selain daripada Ju dan rakan media adalah mereka yang terdiri daripada pengunjung Tanjung Ria Kitchen restoran dan pelanggan hotel Hyatt Regency Kinabalu. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengurus Hotel; Encik Thor Gervasi, diikuti dengan tradisi perasmian menyalakan cahaya Pokok Krismas.





Kawasan lobi hotel Hyatt Regency Kinabalu ni telah ditransformasikan kepada sebuah taman tema dengan Pokok Krismas setinggi 12 kaki dengan hiasan tumbuh-tumbuhan seperti poinsettia, cypress lemon, dan pokok pain salji putih yang disusun disekeliling pokok Krismas disertai dengan dekorasi lampu-lampu bagi menghidupkan lagi suasana Krismas tu.

Selain deko Pokok Krismas, yang paling menarik perhatian Ju dalam majlis ni adalah dekorasi "Gingerbread House" atau Rumah Roti Halia yang berada di The Lounge. Malah, juga terdapat dekorasi orang salji dan pokok krismas di sepanjang kawasan lobi hotel yang diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu tayar terpakai yang mana diwarnakan semula agar jadi lebih menarik bersesuaian dengan tema Krismas. Kreatif sangat ! Bagi Ju dengan pendedahan macam ni dari pihak Hyatt Regency Kinabalu adalah sebagai tanda sokongan mencegah pencemaran alam sekitar malah dapat membuka mata pelbagai lapisan komuniti mengenai kesedaran penggunaan bahan-bahan terbuang boleh dijadikan sesuatu yang bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul.






"Krismas adalah mengenai pemberian, kasih sayang dan penjagaan. Pada tahun ini, kami akan terus mengumpul hadiah Krismas untuk kanak-kanak dari pelbagai rumah anak yatim. Kami juga akan memperkenalkan program 'Adopt-a-Tree' di mana para tetamu akan menerima melalui sumbangan dan kami akan menanam pokok-pokok di hutan terpilih. Marilah kita membuat perbezaan dalam kehidupan anak-anak yatim dan alam sekitar dengan kemurahan hati kita"
Thor Gervasi | Pengurus Besar Hyatt Regency Kinabalu.



Bagi kau orang yang tak sempat bersama menyaksikan majlis semalam bersama kami, boleh lawati Hyatt Regency Kinabalu untuk pengalaman Krismas yang unik dari 1 Disember 2019 dan seterusnya menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk para tetamu serta pengunjung pada Malam Krismas dan Hari Krismas nanti !

Datang tau sebab kau orang juga berpeluang menyaksikan majlis berprestij Hyatt Regency Kinabalu cuba memecahkan rekod dunia untuk kek Yule Log terpanjang pada 11 Disember, 5:00 petang di Kimanis Ballroom. Woooww !!

Bazar Krismas akan dihoskan pada hari yang sama dengan percubaan rekod tu, di mana kau orang yang hadir boleh membeli pelbagai barangan Hari Natal untuk dibawa pulang dan berkongsi dengan rakan-rakan serta keluarga. Kau orang juga akan dihiburkan dengan carols Krismas yang mengasyikkan oleh Angkasa Choir di The Lounge dari 22-24 Disember, dari jam 7:30 petang hingga 8.30 petang. Menarik kan ? Mark your calendar now !









Sebut pasal Krismas ni sebenarnya bukan saja mereka yang beragama Kristian meraikan perayaan ni. Kepada keluarga yang terdiri dari keluarga campur misalnya ahli keluarga yang convert dari Kristian ke Muslim mesti sambut juga kan, macam keluarga Ju.  

Sangat jarang-jarang Ju berbicara berkenaan hal peribadi dalam blog ni, so kali ni nak kongsi sedikit dengan kau orang hehe. Ayah Ju asalnya beragama Kristian sebelum kahwin dengan mak kami. Walau dah masuk Muslim, perkara tu tak menghalang ayah kami dari terus melawat dan juga meraikan bersama perayaan Krismas bersama keluarga sebelah ayah Ju yang masih beragama Kristian. Dan kitaorang ni pun sebagai anak-anak turut didedahkan dari kecil sambutan perayaan Krismas ni bersama keluarga mendiang nenek Ju sebelah situ. Dia orang pun faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk kami, so mana yang tak sesuai tu memang diasingkan awal-awal. 

Bila musim perayaan Krismas ni sememangnya mengimbau pelbagai memori terutama bersama mendiang nenek Ju. Teringat masa kecil, memang tiap tahun akan balik ke kampung dan setiap tu juga lah mendiang nenek akan sediakan pelbagai hidangan manisan untuk cucu-cucu dia. Masing-masing dapat habuan, tak kira agama yang penting keseronokan dan ikatan sillaturrahim tu tetap terpelihara.

Hyatt Regency Kinabalu merupakan sebuah hotel 288 bilik. Terletak di tengah-tengah pusat perniagaan, membeli-belah dan hiburan Kota Kinabalu malah menghadap Laut China Selatan dan pulau-pulau karang yang indah di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Hyatt Regency Kinabalu menawarkan bilik-bilik yang baru diubahsuai, perkhidmatan yang luar biasa, keselesaan moden dan pilihan masakan tempatan dan antarabangsa yang mempesonakan. Tempahan untuk Hyatt Regency Kinabalu boleh dibuat dengan menghubungi +60 88 22 1234 atau kau orang boleh lawati kinabalu.regency.hyatt.com untuk sebarang maklumat lebih lanjut.
Baca lagi »
on Selasa, Disember 03, 2019 7
Share this!
Label:
collaboration
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia

Ahad, Oktober 20, 2019

FUN RUN ZAHRAN 2019 MEGAKLINIK ZAHRAN | “HEART FOR HEART 2019”

Assalamualaikum 

Pernah dengar tak Megaklinik Zahran ? Satu program larian santai telah dianjurkan oleh Megaklinik Zahran pada 13 Oktober 2019 (Ahad) lepas yang bertempat di Bandar Baru Bangi dan sambutan peserta untuk tahun ni sangat luar biasa tau ! 


Aktiviti FunRUN di ceriakan lagi dengan senaman pagi untuk aktiviti pemanasan badan. Sangat sempoi dan sporting kepada semua peserta pada hari itu

Turut hadir sama untuk memeriahkan program ini ialah CEO MEGAKLINIK ZAHRAN,YB AHLI Dewan Undangan Sungai Ramal,En,Mazwan Johar.




Ada beberapa kategori larian yang diketengahkan iaitu larian 3km,larian 5km serta larian 10 km yang melibatkan semua kategori umur. Larian ini sangat memberi manfaat kepada smua perserta malah berpeluang membawa pulang hadiah yang diberikan seperti cabutan bertuah. Salah satunya adalah cabutan tiket penerbangan ke Bali.




Selain itu juga, kelihatan artis jemputan seperti Ashraff Muslim sekeluarga dan artis lain hadir memberi sokongan dalam usaha menjayakan program fun run ini. Matlamat kempen ini bertujuan memberi kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat khusus bagi golongan rakyat Malaysia

Larian Fun Run Zahran 2019 ni masuk tahun ke-3 dianjurkan oleh Megaklinik Zahran, seramai 1,500 peserta dicatatkan menghadirkan diri dalam program kali ni, wow ! 

Selain aktiviti larian, kelihatan banyak booth dibuka untuk orang ramai mendapatkan info tentang kesihatan , jualan makanan dan minuman dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya , hadiah-hadiah yang sangat lumayan dan menarik juga diberikan untuk para pemenang larian mengikut kategori dengan keseluruhannya bernilai RM25,000 dan sesi cabutan bertuah yang sudah semestinya dinanti-nantikan para peserta.

Pengacara yang memainkan peranan penting sepanjang aktiviti Fun Run 2019; Radin (Stesen Radio Era) dan Falyq Hilkyle (Stesen Radio Zayan) kelihatan serasi bersama menghangatkan dan memceriakan FunRun 2019

Antara Pemenang Cabutan Bertuah

Peserta Bertuah memenangi Cabutan Percutian Ke Bali, Indonesia
Selain beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga dengan aktiviti sihat macam ni, kau orang juga berpeluang menang pelbagai hadiah yang ditawarkan. Follow media sosial mereka bagi kau orang yang nak join tahun hadapan atau mahukan perkembangan terkini dari masa ke semasa mengenai program anjuran Megaklinik Zahran.
Baca lagi »
on Ahad, Oktober 20, 2019 3
Share this!
Label:
Viral
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Isnin, Ogos 26, 2019

Menarik di Sabah : Mandalipau White Water View & FishPond, Papar

Assalammualaikum

Monday Blues ke you ? Hoho. Hari ni nak kongsi salah satu tempat mandi best dekat Kota Kinabalu, Sabah. Masih terpelihara keindahan dan kebersihan alam semula jadi dan Ju sudah pun beberapa kali pergi Mandalipau White Water View & Fishpond, Papar ni sekitar viral tahun lepas. Sejujurnya tak pernah pun mengecewakan dan lokasi ni adalah pilihan terbaik sekiranya kau orang nak beriadah berjemaah dengan keluarga atau pun kawan-kawan.

Terletak 48 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan memakan masa perjalanan sekitar 60 minit bergantung pada keadaan lalu lintas. Ju bertolak dari Putatan, so jarak tu taklah jauh sangat dan kurang dari 45 minit dah boleh sampai cuma bila memasuki kawasan Papar kau orang kena berhati-hati sebab keadaan jalan yang sedang dinaiktaraf. Banyak laluan baru kena follow.


Dengan keadaan cuaca yang tak berapa nak stabil sekarang ni, suhu panas yang agak melampau, mendorong Ju keluar cari tempat mandi manda macam ni untuk sejukkan badan dengan cara natural. Even dalam rumah pun rasa panas ! Suhu sekarang ni boleh cecah 40 celcius menjelang tengahari, huhu. Beroperasi setiap hari dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang, kau orang boleh rujuk dekat bawah ni bayaran yang dikenakan beserta kemudahan yang disediakan :

Yuran Kemasukan:
  • RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
  • RM2 (Kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun)
  • Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (56 tahun ke atas) dan OKU]

Lain-Lain :

  • Jaket Keselamatan (Wajib Pakai) - RM 5 sehari
  • Cermin menyelam - RM 5/1 jam
  • Pelampung tiub (RM 5 saiz kecil/RM 10 sederhana/RM 15 besar)
  • Pelampung Budak - RM 8
  • Boat Kayak - RM 20/1 jam
  • Kayak Fiber - RM 35/1 jam
  • Sampan - RM 20/ 1 jam










Mandalipau White Water View & FishPond, Papar | Kemudahan yang Tersedia

Mandalipau White Water View & Fishpond ni terlindung dengan hidupan hijau terutama dikawasan pondok kanopi berdekatan sungai, so memang takkan rasa haba panas terik tu. Malah permukaan rata dikawasan ni juga pada pendapat Ju menjadi salah satu faktor pilihan pengunjung datang beriadah. Bukan sekadar mandi sungai, pelbagai aktiviti kau orang boleh rancang bersama keluarga dekat sini lagi-lagi jika kau orang merancang untuk bermalam pada hujung minggu atau cuti jangka masa panjang dan nak rasa "natural vibes" tu, pihak pengurusan ada menyediakan perkhidmatan Homestay, perkhemahan dan Sulap.

Rujuk dekat bawah ni untuk senarai harga (sebarang perubahan, tertakluk terma dan syarat pihak pengurusan).

Kemudahan Disediakan :
  • Khemah (Kanopi) + meja + kerusi
  • Kanopi muat 5 -6 orang : RM 15 sehari
  • Khemah (Tent) + tapak + elektrik
  • Kem muat 5 - 6 orang : RM40/malam
  • Elektrik : RM 15
  • Sulap Family (Pondok) + meja + kerusi
  • Sulap muat 8 - 10 orang : RM 30 sehari


  • Sleeping bag - RM 15/sehelai/malam
  • Sleeping pad - RM 5/sehelai/malam
  • Kerusi - RM 1
  • Meja - RM 10
  • BBQ set + 1kg arang - RM 20
  • Padang Futsal RM 10/sehari
  • Tapak khemah RM 15/sehari
  • Arang 2kg - RM 12 paket


  • Karaoke set RM 50
  • Karaoke - RM 1 / 1 lagu
  • Memancing di kolam (ikan Talapia/Patin/Keli) - RM 15
  • Bekalan elektrik di sediakan - RM 15 sehari
  • Sewa Dapur - RM 100/sehari
  • Mini Dewan Anjung Sungai - RM 100/sehari
  • Pondok Santai - RM 75/sehari
  • Dewan Terbuka (birthday party, family day, etc) - RM 150/sehari
  • Homestay - RM 380/sehari


Kena bijak atur perjalanan dan percutian sebab lokasi ni memang padat apatah lagi musim cuti atau hujung minggu, pernah sekali tu Ju dan keluarga datang beriadah sehari tapi lambat sampai sekitar jam 10 pagi, semua pondok kanopi hampir penuh. Dan nasib kita orang sempat grab pondok yang last tau ! pondok kanopi dekat sini semuanya "First come, First serve". Takda istilah booking untuk pondok kanopi melainkan bagi perkhidmatan bermalam.

Kebiasaan beriadah ni memang masak dan bawa makanan sendiri dari rumah tapi kalau kau orang jenis yang "tiba-tiba plan last minit" takda bawa makanan, jangan risau sebab dekat sini ada juga disediakan kedai runcit. Surau pun ada juga 😙

Mementingkan langkah keselamatan, juga salah satu sebab Ju suka datang ke sini, pengunjung yang datang untuk mandi diwajibkan pakai jaket keselamatan memandangkan paras air yang dalam di sesetengah bahagian sungai dan dengan cuaca tak menentu, kita takkan dapat jangka arus air tu. Bagi ibu bapa yang bawa anak-anak bawah 15 tahun, mereka disarankan mandi di tepian sungai dengan pantauan penjaga masing-masing. Walau sekadar dekat tepi pun, kena juga pakai jaket keselamatan tau. Beriadah dekat sini, terutama di bahagian sungai, kau orang akan nampak penjaga keselamatan ke hulu ke hilir memerhatikan pengunjung bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak di ingini.

























Hunting tempat menarik sekitar Kota Kinabalu, Sabah ? Kau orang boleh rujuk entri dekat sini >> Senarai Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Entri terbaru ni pun Ju update dekat senarai ni juga. Sebarang pertanyaan berkenaan Mandalipau White Water View & Fishpond, hubungi media sosial dia orang dekat bawah ni. Have a nice day, kau orang !

Facebook : Mandalipau White Water View & Fishpond
IG : Mandalipau White View


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi
Baca lagi »
on Isnin, Ogos 26, 2019 10
Share this!
Label:
Featured, lokasi menarik di sabah, Menarik di Kota Kinabalu, Tempat menarik di sabah, Viral
Catatan Terbaru Catatan Terbaru
Catatan Lama Catatan Lama
Lokasi: Sabah, Malaysia
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Author

Author

Welcome

Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com

Popular post

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...

Jejari Runcing

  • Love Is Simple
  • Me y la Memoria
  • Blog by Ana Suhana
  • Starlavenderluna's Journal Of Life
  • Mayy Jie's Random Thoughts
  • ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

  • Adi Channel
  • ..............warna warni hidupku..............
  • Sii Nurul
  • Cerita Cinta Surirumah
  • Ceritera Liza Si Puteri Bunian
  • Blog sofinahlamudin.com
  • All About Love
  • Nour Adieb
  • Mia - Memories of Mine
  • YatieOwner
  • Belog Kak Gojes
  • ETUZA
  • Fiqa story
  • Ini Kisah Tia
  • Elih Japahar
  • ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
  • Lanseikong
  • ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪
  • The Jesselton Girl
  • Sweet red cherry
  • SABAHAN BLOGGER
  • Haslina Kasbulah
  • Syuhada Salleh
  • Kayu manis semanis hidupku
  • RAHMAD GRAPHIC
  • Anum Abdullah
  • Dedaun Comel
  • Asha Lya
  • Hunyeda
  • Life Full Of Lesson
  • ☞❁ NN Izati ❁☜
  • BlogNm
  • ASEAN TRAVELLER
  • Hidayah Suhailee
  • Cik Itah Personal Lifestyle Blog

Jejari Emas

  • Blog Sihatimerahjambu
  • ROTIKAYA
  • Mia Liana
  • KISAHEMASPUTIH
  • Lulu-Pages

Pengikut

ARCHIVE

  • ►  2021 (8)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2020 (7)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
  • ▼  2019 (13)
    • ▼  Disember (2)
      • “Have a Sweet Christmas” oleh Selebriti Bakeri Ray...
      • "Mengimbau Memori Krismas Zaman Kanak-Kanak Anda" ...
    • ►  Oktober (1)
      • FUN RUN ZAHRAN 2019 MEGAKLINIK ZAHRAN | “HEART FOR...
    • ►  Ogos (3)
      • Menarik di Sabah : Mandalipau White Water View & F...
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (36)
    • ►  November (7)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2017 (158)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (15)
    • ►  Mei (26)
    • ►  April (22)
    • ►  Mac (15)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2016 (23)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (4)

About Me

Junzie | Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com
read more

Popular posts

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...
  • Minuman Soda Pink Grapefruit dari Bundaberg Brewed Drinks
    Assalammualaikum 💕 Alhamdulillah rezeki semalam dapat satu minuman botol soda dari teman sekerja Ju. Masuk minggu kedua ni tak berapa ban...

Tags

Blogger Giveaway Lifestyle Lokasi bercuti di sabah review

Arkib Blog

Dikuasakan oleh Blogger.
Ⓒ 2018 Junzie || Life is a Beautiful Struggle. Design created with by: Brand&Blogger. All rights reserved.