Tuesday, November 06, 2018
Pilihan Makanan Yang Lebih Sihat bersama Ayam Brand MY di Healthy KIDS Food Festival 2018
Assalammualaikum 💕
Selamat Ulang Tahun ke - 11 kepada Ayam Brand MY ! Anniverssary ni untuk program komuniti mereka tau. Pejam celik dah 11 tahun dan sepanjang tahun tu, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah menyumbangkan sebanyak 1,404, 000 hidangan makanan kepada 482 rumah kebajikan tau. Fuhh angka yang sangat besar, Tahniah Ayam Brand MY !
Ju berpeluang bersama mereka di Healthy KIDS Food Festival 2018; Lucy Kitchen Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 30 Oktober tu dimana kempen kali ni mensasarkan golongan kanak-kanak. Ayam Brand MY mendekati kanak-kanak dari rumah kebajikan terpilih ni menerusi penyediaan aktiviti yang interaktif dan pastinya dengan aktiviti dapat membantu dia orang ni mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan mereka sendiri mengenai makanan berkhasiat sekali gus dia orang dapat membentuk tubuh secara positif.
Sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian juga diberikan kerana kebanyakan daripada dia orang ni kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. Bukan sahaja kanak-kanak, kau orang sebagai penjaga pun dapat belajar sesuatu juga sepanjang festival ni berlangsung.
Zaman hispter sekarang ni, makanan pun turut alami perubahan. Pelbagai jenis trend makanan dijual dekat luar tu terutama snek bergoreng beserta kandungan lemak yang tak terkawal jadikan kanak-kanak termasuklah golongan dewasa kita ni jadi obes, tu tak masuk lagi bab tabiat makan yang tak terkawal jadikan Malaysia salah satu negara Asean yang tinggi kadar obesiti tau huhu. Ini antara sebab Ayam Brand MY menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) dengan menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunan dia orang.

“Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam
Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan
pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok
ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap
kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang
telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan
mesej mengenai makan secara sihat.”
“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan
tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu
menunjukkan teladan yang
baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan
seimbang sebagai amalan sejak anak-anak
masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas
pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba
beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh
dilakukan di rumah,”
Stanley Wang | Ayam Brand MY
Yang kata makanan bertin tak sihat, kena betulkan pemahaman kau orang semula kerana Omega-3 yang diperlukan oleh anak-anak kecil didapati menerusi sardin, mackerel dan tuna tau. Tak tahu apa benda Omega tu ? sejenis lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang TIDAK dihasilkan oleh tubuh kita. Tapi tak semua anak-anak ni suka dengan ikan ataupun bau ikan so apa yang kau orang boleh buat untuk menarik minta anak-anak ni kenalah kreatif dalam penyediaan menu. Bagaimana nak jadi kreatif tu ? Tak payah risau, kau orang layari laman web www.ayambrand.com.my dekat situ disediakan macam-macam resepi mesra kanak-kanak tau. Senang bila semua pun dihujung jari.
So bila kau orang ke pasar raya melalui stesen makanan bertin, kau orang akan nampak pelbagai jenis produk dan jenama dekat situ dan pasti produk Ayam Brand pun ada dimana-mana cawangan pasaraya Malaysia; bermula dari jenis ikan sardin, sotong, kacang panggang, sayuran dan buahan; Kelapa dari Ayam Brand pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Haa bukan lemak nakal tau, kandungan dalam tu semua lemak yang baik-baik, so takpayah risau kolestrol naik ke apa.
Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak
Sihat, Ayam Brand™ menerusi bengkel "DIY", dekat situ diperkenalkan Nasi Lemak yang lebih
sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di
samping Light Tuna Cili sebagai
sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar,
kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan
berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet
yang lebih sihat. Senang kan buat nasi lemak bersama Ayam Brand, so bolehlah kau orang try dekat rumah lepas ni bersama ahli keluarga pula.
Bagi tour Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand di Sabah, 4 buah rumah kebajikan terpilih iaitu Rumah Amal Kingfisher, Seri Mengasih, Sabah Cheshire Home dan Pusat Kebajikan Care Haven menerima bekalan makanan harian untuk produk Ayam Brand selama 2 bulan iaitu ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa bagi semua kanak-kanak dibawah jagaan dia orang; alhamdulillah dan thumbs up Ayam Brand MY !
"Sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan
pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat,
pantas dan mudah disertakan ke
dalam diet harian mereka".
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam
Brand™ kerana menjemput Rumah Amal Kasih Kingfisher untuk menyertai
acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak.
Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip
nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.
“Kami
akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Amal Kasih Kingfisher tidak
lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat
membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka."
Puan Nooraisah | Rumah Amal Kasih Kingfisher
Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web mereka atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes
Tahniah Ayam Brand atas sumbangan yang sangat besar tu. Ana pasti rakyat Malaysia dekat sangat dengan jenama Ayam Brand ni sebab kualiti produknya yang tinggi.
ReplyDelete