New Menu Launch Lah Bahh ! JOM Kelilingi Dunia bersama SOULed Out | Imago, Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Beberapa hari lepas, Ju salah seorang daripada pelanggan yang menghadiri perasmian menu baharu dari Souled Out Kota Kinabalu iaitu premis makanan yang mengetengahkan menu Asia, Western dan juga India Utara. Sebab tu lah nama entri pun sampai JOM Kelilingi Dunia tu hehe. Bila pertama kali dengar nama ni, Ju tertanya-tanya juga apasal pilih nama ni jadi gelaran restoran ? Jom teruskan bacaan kau orang 😉


New Menu Launch Lah Bahh ! Jom Kelilingi Dunia bersama SOULed Out | Imago, Kota Kinabalu

Souled Out Kota Kinabalu yang Ju pergi ni adalah cawangan ke 5 di mana 4 buah  Souled Out yang lain tu berada di Kuala Lumpur iaitu Hartamas, Ampang, Bangsar South dan Taman Tun. So yang di Kota Kinabalu ni pula terletak di kompleks beli belah Imago, kalau kau orang lalu ikut jalan menghadap laut tu atau tengah pusing cari parking masuk Imago, confirm boleh nampak sebab lokasi dia orang ni di ground floor dan terdedah dengan laluan pejalan kaki dan kenderaan. Nama Souled Out ni dipilih sebab kakitangan restoran memberikan seluruh jiwa dia orang dalam menjalankan tugas; sesuai dengan trademark yang dia orang guna iaitu "as good as hug". Dia orang ni pegang 4 anugerah tau, salah satu tu "Outlet of the year". So apa rahsia dia orang sampai menang award tu ? Jeng jeng !

Berdiri teguh dari tahun 1996, Souled Out ni salah satu premis makanan yang santai untuk rakan dan keluarga meluangkan waktu bersama; Tambahan tu juga Souled Out ni menekankan SO Lip-Smacking Food iaitu memberikan yang terbaik kepada pelanggan setia so kita pun boleh rekomen menerusi pengalaman kita sendiri kepada kawan-kawan atau keluarga untuk datang dan rasai sendiri menu yang ditawarkan dekat sini. Tak hairan lah weh sampai berbaris anugerah dia orang dapat, bukan tekankan kelazatan dan kepelbagaian menu sahaja tapi khidmat pelanggan pun kena tip top juga.

Perasmian waktu ni boleh dikatakan menarik dan trademarak dia orang guna 'as good as hug" tu dipamerkan dalam event ni, pelanggan dihiburkan dengan pengenalan menu baharu dari staff yang keluar satu persatu dengan memakai busana mengikut budaya asal menu yang dikenalkan dengan diiringi pula muzik tradisi dan muzik  rancak, meriah tau; Fuh ! So sekali sekala tu terikut juga Ju bertepuk tangan tanda terhibur hehe.




"Penambahan menu ini berkait dengan pemasukan dan merangkul pelbagai masakan dari seluruh dunia. Kami ingin memenuhi pelbagai profil rasa yang lebih luas, jadi biarpun apa jua yang anda ingini, anda pasti menemuinya di SOULed OUT Kota Kinabalu. Kami sangat teruja dengan menu baharu dan berbangga dengan perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan ini dengan pemilik francais Anthony dan Janet." 
Cassie Wong | Ketua Pemasaran Kumpulan SOULed OUT.

Daripada sajian klasik vegetarian asli seperti 'Kakiage' dan 'Kari Terung', hingga ke sajian  moden dan menceriakan merangkumi 'Mi Hokkien', 'Pasta Beef Ragout' dan 'Pai Biri-biri', dibawa masuk ke Souled Out sebagai pilihan menu bagi kau orang yang datang ke sini. 
Untuk minuman, Souled Out bahagikan pilihan minuman sebagai Thirst-Quenching SO dengan menampilkan lapan jenis minuman koktel dan minuman tanpa alkohol seperti 'Jackfruit Mojito' dan 'Coco Pandan Smoothie' yang mana pasti memenuhi citrasa pelanggan yang hadir. Bagi mereka yang menggemari sajian manis, menu baharu juga dikenalkan dalam enam pencuci mulut dengan nama-nama inspirasi pop-budaya seperti 'The Yoda' dan 'Pink Panther' yang pasti memenuhi keinginan selera anak-anak dan kau orang juga😄





So kawan-kawan Ju ada yang tanya masa Ju kongsi gambar hari tu dekat media sosial pasal Souled Out ni HALAL atau tidak. Souled Out takda terima sijil HALAL sebab dia orang ni menghidangkan juga minuman alkohol. So kalau kau orang ke sini, jangan risau; staff Souled Out akan guide kau orang untuk menu-menu terpilih. 

Bagi kau orang yang merancang nak buat parti, Souled Out juga menerima tempahan apa-apa jenis anjuran parti dekat sini. Ruangan terbuka siap ada band setiap jam 8 malam, sangat sesuai lah bagi kau orang yang mencari tempat parti santai untuk keselesaan rakan-rakan dan ahli keluarga. Guess what, ada masa tertentu tu kau orang dihiburkan juga dengan tarian kecergasan dari staff dekat situ hehe. Apa pun kena book awal, nak lebih detail mengenai Souled Out, kau orang layari laman web dia orang atau hubungi dia orang terus menerusi maklumat dibawah ni😉





SOULed OUT Kota Kinabalu
G-101, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2,
Off Jalan Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

H/P : 016 829 9268
fax : 088 275 922
Laman Web : souledout.com.my

Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat : 12:00 pm ke 12:00 am
Sabtu & Ahad : 11 am ke 12:00 am

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Souled Out, Kota Kinabalu

2 comments