Menarik di Sabah : Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud

Assalammualaikum 💕
Tak habis checklist round negeri kelahiran sendiri, bertambah lagi lokasi menarik dekat Sabah ni yang kau orang termasuk Ju sendiri kena pergi. Di awal pembukaan Polumpung Melangkap ni sekitar tahun lepas, 2017; takda peluang nak pergi masa viral satu Sabah tu lagi-lagi dikalangan kawan-kawan yang kaki travel waktu tu. Kalau kau orang tanya Ju; antara mandi kolam, laut ataupun sungai; Ju lebih sukakan sungai sebab tu pantang nampak atau dengar tempat mandi sungai yang baru dan cantik mesti nak pergi. 

Sebelum bertolak, Ju check info dulu pasal Polumpung dari segi lokasi, keadaan cuaca, jarak perjalanan dan bayaran dekat sana. Senang nak atur keperluan bila dah tahu serba sikit info tempat kita nak pergi. Kalau kau orang bertolak dari bandar Kota Kinabalu macam Ju ni kena ambil masa dalam 1 jam setengah. Ikut keadaan jalan dan si pemandu juga haha. Masa Ju pergi tu hari biasa dan waktu bekerja so jalan taklah jammed dan bestnya tak sesak juga dekat Polumpung hehe. 

Menarik di Sabah : Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud

Kaki gambar memang hunting sangat tempat cantik semulajadi macam ni dan punca utama jadi viral waktu pembukaan Polumpung Melangkap disebabkan juga aliran sungai yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, kebanggaan rakyat Sabah ni. Alhamdulillah cuaca sangat baik masa tu so kita orang pun sampai dengan selamat berbekalkan rujukan google map. 

Masa nak bayar tiket dekat kaunter, Uncle yang jaga tu siap pesan kalau nak mandi kena tanggalkan dulu barang kemas sekiranya ada pakai masa tu. Bimbang hilang atau tercicir masa mandi, bila tuan tanah dah bagi nasihat macam tu baik kita ambil jadi pedoman kan. Tak pasal-pasal bercuti nak happy, balik nanti menangis tak berlagu pula kehilangan barang peribadi hehe.

Kawasan ni memang agak luas, rata dan selesa. Banyak pilihan tapak kau orang boleh pilih tapi kalau nak view cantik kenalah pilih betul-betul ditepi sungai. Senang juga ulang alik mandi haha. So kalau kau orang datang selori dengan keluarga atau rakan-rakan pun tak perlu risau sebab kawasan memang luas. Konsep kawasan peranginan Polumpung ni juga boleh dikatakan "siapa cepat dia dapat". Paling penting kalau kau orang nakkan keselesaan, kenalah datang awal pagi terutama kalau kau orang pilih nak datang sini tu masa cuti umum. 

Ju datang dengan plan nak ulang alik saja, bagi yang nak bermalam tapi takda bawa apa-apa persediaan; pihak pengurusan ada sediakan perkhidmatan sewa khemah dan alatan lain dengan harga tertentu. Kalau kau orang ada bawa khemah sendiri pun lebih baik, dah jimat dekat situ. Biasa Ju dengar dari mereka yang bermalam dekat sini, pemandangan cantik juga pada waktu malam sebab kelihatan jelas bintang-bintang dilangit tu. Itu pun kalau tak hujan haha. So kena rancang perjalanan kau orang ok ! 



PAKEJ
  • Yuran Kemasukan(tidak bermalam)
  1.  RM 3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
  2.  RM 2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
  3.  Percuma (Kanak-kanak 6 tahun ke bawah)
  • Yuran Bermalam (Camping)
  1. RM 6/seorang/malam (Dewasa)
  2. RM 4/seorang/malam (Kanak-kanak)

KEMUDAHAN DISEDIAKAN
 Khemah (Camp) pasang siap(Terhad)
  1. ‍‍- Kem muat 4 orang : RM 20/malam
  2. ‍‍- Kem muat 6 orang : RM 30/malam
Pelampung tiub
  1. Kecil : RM 3
  2. Sederhana : RM 5
  3. Besar : RM 10
Bantal – RM3/sebiji/malam
  1. Sleeping bag : RM 5/malam
  2. Tikar plastik : RM 3/sehelai/malam
  3. Tilam kekabu : RM 4/sehelai/malam
  • Bekalan elektrik di sediakan di tapak perkhemahan (tertakluk kepada caj) 

Dapur memasak:
  1. Di kawasan atap zink : RM 30 pakej/malam(Terhad)
  2. Di kawasan atap kemah : RM 15/malam(Terhad)
  3. Kaedah tradisional (Kayu api)
  4. Free kalau cari kayu api sendiri
  5. Moden (Gas) : RM 5/malam
  6. Tong gas : RM 10/malam
  • Unggun Api – RM 20 (tiada caj dikenakan sekiranya pengunjung mencari kayu api sendiri dan pasang unggun api sendiri)




Nampak tak betapa jernihnya air dekat sini !! Sejuk pun boleh tahan juga tau. Air sungai ni tak juga dalam, kalau ikut ketinggian Ju sendiri sampai paras pinggang saja. Nampak air tak deras kan, tapi bila Ju sampai ke bahagian tengah tu, arus sungai tu deras tau walau kedalaman sungai cuma sampai paras pinggang Ju saja. So kalau kau orang nak rasa lebih adventure, boleh sewa pelampung tiub untuk aktiviti meluncur dibahagian aliran deras sungai yang telah disediakan. Memandangkan kederasan air sungai ni tak dapat diduga, kau orang yang bawa anak-anak kecil, Ju nasihatkan mandi dekat tepian tu saja sebab masa Ju datang sini ada juga nampak kolam buatan kena buat dekat tepian sungai tu. Rasanya memang khas lah untuk anak-anak bawah umur 3 tahun untuk mandi dekat situ.

Aktiviti yang kau orang boleh buat dekat sini selain daripada mandi sungai ialah berkhemah, barbeku, sukan keluarga dan selebihnya ikut kreatif kau orang asal tak langgar peraturan yang telah disediakan dekat sini. Rasa sangat fresh mandi dekat Sungai Polumpung ni, bonus pula tu dapat mandi dengan air sungai yang jernih macam ni. Walau sampai bahagian tengah pun masih boleh nampak tau batu-batu dekat dalam sungai tu. Rasa tak perlu nak mandi air paip lagi tapi memandangkan berkongsi sungai dengan yang lain, kenalah jaga kebersihan diri kan. So bagi kau orang yang nak mandi lagi sekali dengan air paip, dekat sini ada disediakan juga tandas dan bilik mandi.

Kalau kau orang plan nak buat photoshoot; rasanya bolehlah listkan Polumpung Melangkap ni dalam checklist kau orang, see cantikkan view Gunung Kinabalu dari sini ! Dah penat photoshoot, boleh terjun terus haha. Sebarang maklumat lanjut, kau orang boleh hubungi  terus pihak pengurusan Polumpung Melangkap dekat bawah ni, Selamat Bercuti !








Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

Polumpung Melangkap View Camp Site

Facebook : Polumpung Melangkap View Camp Site
Instagram : @new_officialpmvcs
Beroperasi SETIAP HARI
Lebih info hubungi : 016 824 6529

3 comments

  1. Cantik tenmpat ni. Boleh release stress! Great Post we say. Joe dan Lan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !!!! kalo ada photoshoot, sggp sa baranang sana jadi model xD

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Bercadang nak ke sana jan nanti.. Kalau di Nohutu eco tourism ok tak? Sbb baik bawak famili seramai 17 org

    ReplyDelete