Menarik di Kota Kinabalu : Rabbit Garden Lokkawi

Assalammualaikum 💕

Penghujung tahun 2018 ni macam biasalah dah ramai apply cuti untuk bersama yang tersayang. Well said; Inilah masa sesuai untuk kau orang lengkapkan tour tempat menarik sekitar Kota Kinabalu ni. <BACA SINI> Bagi yang takda apply cuti tu pula, jangan risau sebab tempat kali ni Ju kongsi hanya berada di Kota Kinabalu dan ambil masa 20-30 minit untuk sampai jika kau orang bertolak dari pusat bandar. Masa hujung minggu pun kau orang boleh pergi bawa keluarga terutama bagi yang ada anak-anak mesti suka pergi tempat macam ni 😉

Menarik di Kota Kinabalu : Rabbit Garden Lokkawi



Kepada kau orang diluar sana yang ada follow pasal keadaan Zoo Lokawi, Ju nak bagitahu yang Rabbit Garden Lokkawi ni berkongsi kawasan dengan nama yang sama tapi berbeza dari zoo dan bukan premis yang sama. Ju datang bawa anak-anak buah bersama kakak Ju masa hujung minggu. Excited budak-budak ni lain macam dari kita yang dewasa bila jumpa binatang secomel ni.

Satu perkataan yang Ju boleh katakan masa masuk dekat sini ialah "WOW !" sebab bersih dan suasana Rabbit Garden rimbun dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, sangat menenangkan mata kau orang yang datang ke sini. Selain arnab, dekat sini juga kau orang akan nampak ayam belanda, ayam dan itik. Semuanya dilepaskan dalam tempat yang sama dan sangat jinak !

Dari pemerhatian Ju, kawasan Rabbit Garden Lokkawi ni dibahagikan kepada dua iaitu ruangan terbuka dan ruangan berbumbung untuk pengunjung. Ruangan terbuka ni kau orang boleh saja biarkan anak-anak bermain dan berkejaran dengan arnab yang ada dekat sini sebab kawasan ni luas memang sesuailah untuk mereka yang aktif dan tiada masa terhad diberikan, sambil tu boleh bersantai ditempat duduk DIY yang disediakan. Sesetengah arnab yang masih kecil atau berlainan spesies dengan jumlah yang terkawal, diletakkan dalam kurungan so hanya arnab dewasa dibiarkan secara bebas dekat ruangan terbuka. Kau orang juga bebas bagi arnab-arnab ni makan termasuklah yang dalam kurungan tu, tapi makanan tu hanya baja yang kau orang beli dari kaunter tau.

Bagi ruangan berbumbung pula, juga disediakan meja dan kerusi disini. Terdapat beberapa arnab dalam sangkar juga di ruangan berbumbung tu, so kalau panas terik atau hujan; kau orang boleh stay dan sambung bermain dengan arnab yang ada dekat sana.





Dulu kebiasaan Ju dengar secomel-comel arnab ni pun ada yang liar dan menggigit bila dipegang, so kalau nak bezakan tu tengok dari jenis warna mata dia; arnab yang miliki mata berwarna merah kebiasaannya jenis yang liar. Bila dah tua ni baru tahu sebenarnya info tu kurang betul; bukan semua arnab bermata merah tu menggigit. Ni pun baru tahu masa lawat Rabbit Garden ni, macam-macam Ju tanya dekat kaunter tu haha. Nak tahu arnab tu jenis yang suka gigit atau tidak bergantung pada baka dia bukan pada warna mata ! Ni yang bagi false info dengan Ju sebelum ni mesti kedekut tak nak bagi pegang arnab dia haha.

Ju takda plan pun nak jaga arnab ni sebab nak bela binatang ni kena ada komitmen haha, bukan nak bela sebab ikut trend saja kan. So salah satu info lagi yang Ju dapat dari Rabbit Garden ni pasal penjagaan makanan dia. Kita tak boleh kerap bagi dia makan baja kering tu, kena tukar juga jadual makanan yang mana antara jenis makanan arnab yang baik untuk tumbuh besaran dan baik untuk bulu dia ialah Ubi, biji-bijian jagung keras tu tapi kena haluskan dulu, rumput kering atau Rami; ni bukan rumput kering biasa-biasa tau. Kemudian boleh berikan juga kepada arnab, sayur-sayuran hijau pun boleh selain daripada lobak. 

Sambil datang bawa anak-anak bermain di Rabbit Garden Lokawi ni, kau orang pun dapat belajar sikit tentang arnab. Guess what Ju baru tahu juga arnab ni ada lebih 23 spesies berbeza tau ! So boleh Ju katakan Rabbit Garden ni sesuai juga dijadikan salah satu tempat pilihan lawatan sambil belajar oleh pihak sekolah 😉 

Bagi memudahkan kau orang mengenai bayaran masuk, boleh rujuk dibawah ni;

Waktu Operasi : Buka setiap hari (09:00 am sehingga 09:00 pm)

Yuran Masuk (Warganegara Malaysia)
RM 8 dewasa

RM 6 Kanak-Kanak
PERCUMA kanak-kanak 5 tahun ke bawah

Yuran Masuk (Bukan Warganegara Malaysia)
RM 16 dewasa
RM 12 Kanak-Kanak
PERCUMA kanak-kanak 5 tahun ke bawah


Baja Makanan

RM 1 sebungkus







Puas main dengan macam-macam jenis arnab, kau orang kena titik beratkan langkah kebersihan sebelum balik tau samada kebersihan diri atau pun kebersihan Rabbit Garden ni. Tandas dan sinki mencuci tangan ada tersedia dan kalau masa datang tadi kau orang ada bawa makanan, bawa balik sisa tu atau buang di tempat yang disediakan. Ju perasaan Rabbit Garden ni sangat menekankan "Green Environment" which is sangat baik untuk pendedahan awal anak-anak juga. Antara langkah kebersihan diri yang kau orang boleh buat selepas bersama arnab dan memegang baja ;

  1. Cuci tangan ditempat yang disediakan
  2. Gunakan sabun
  3. Lap dengan kain bersih

Masa nak balik, Ju perasan kemudahan kerusi dan meja di ruangan terbuka Rabbit Garden ni di kitar semula dari barangan terpakai seperti tayar dan bekas kayu yang biasa kau orang nampak digunakan untuk gulung wayar kabel besar dekat tepi-tepi jalan tu. Nampak cantik bila diwarnakan semula, bila kreatif ni; dari tayar pun boleh jadikan patung arnab juga. Thumbs up Rabbit Garden !






Pan Borneo Garden Homestay

Menarik lagi dekat sini bukan saja sediakan Rabbit Garden sebagai tarikan pengunjung malah dia orang ada Homestay tau ! Homestay ni Ju lalui sepanjang jalan masuk ke Rabbit Garden. Tapi Ju takda details pasal homestay ni, so apa-apa nak tahu pasal homestay; baik kau orang direct hubungi pihak pengurusan Rabbit Garden Lokawi | Pan Borneo Garden Hometsay  di bawah ni 😎

Instagram : @RabbitGardenLokawi 

Hubungi 019 881 8381


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

2 comments

  1. cutenya ... kawasan ni byk rabbit ... baru2 ni kak pip pergi rabbitland di jalan kimanis keningau tu, rabbit tak banyak mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ada ka pula rabbitland sana kak ?? ba dalam list laini =D

      Delete