Lawatan Sambil Belajar ke Borneo Ant House, Tuaran | Pra Sekolah SK Pekan Putatan, Penampang

Assalammualaikum 💕

Bila ingat balik zaman sekolah kita orang dulu, seingat Ju cuma sekali dua saja ikut aktiviti macam ni sebab surat kebenaran ibu bapa tu biasanya tak lepas bila melibatkan yuran. Jumlah yuran lawatan biasanya RM 20 dan ke atas mungkin jumlah kecil bagi sebilangan orang diluar sana tapi bagi kita orang masa tu, boleh jadi belanja rumah untuk seminggu. So bila ada anak sendiri atau anak buah sendiri rasa taknak bagi dia orang lalui kesemua perasaan tu. Bila rasa mampu, bagi saja dia orang join aktiviti macam ni lagi-lagi bila dengan kawan-kawan, mesti best kan !

Mengenai Borneo Ant House ni Ju pernah kongsi dekat entri >> Menarik di Kota Kinabalu : Borneo Ant House,Tuaran >> tapi tak berapa nak detail sebab masa tu tak berapa nak pandai berkongsi karangan tapi kau orang boleh rujuk dekat sini mengenai gambar, lokasi dan waktu dia orang ni beroperasi haha. Kunjungan kali ke - 2 ke sini, Ju siap-siap apply cuti awal menggantikan tempat kakak Ju sebab lawatan sekolah ni dijalankan waktu bekerja dan dia pun masa ni tak free. Aktiviti lawatan sambil belajar bersama anak buah Ju seorang ni dianjurkan oleh Pra Sekolah SK Pekan Putatan, Penampang.




Lawatan Sambil Belajar ke Borneo Ant House, Tuaran | Pra Sekolah SK Pekan Putatan, Penampang


Pertama kali jadi penjaga untuk aktiviti sekolah ni, debar dia lain macam. Sebelum ni jadi baby sitter dalam rumah saja so situasi tu tak sama. Ju dah siap pesan awal dengan anak buah, Mohd Kasdan sebelum gerak dari rumah; "jangan lepas dari mami masa jalan nanti !" siap bagi pandangan mata dengan panahan laser, anak buah Ju dah angguk faham haha. 

Sebelum bertolak, penerangan keselamatan diberikan oleh guru pengiring kepada semua yang terlibat masa sesi briefing dekat dewan sekolah. Sekitar jam 8 pagi kita orang bertolak dari Pra Sekolah SK Pekan Putatan tu dengan pengangkutan bas sebanyak 4-5 buah tak silap Ju then anak-anak murid pun ramai masing-masing dengan penjaga atau ibu bapa dia orang. Bas yang disediakan, Ju bagi thumbs up dengan pihak sekolah sebab selesa siap dengan penghawa dingin yang berfungsi dan Ju rasa selamat juga sebab jenis tingkap kaca dia orang ni jenis tertutup, bukan jenis yang boleh buka tu.

Perjalanan ambil masa 45 minit ke 60 minit lebih dan Ju siap pesan dengan Kasdan baik tidur dulu sebab lama lagi nak sampai tempat lawatan tu tapi anak buah seorang ni punya teruja sampai melekat dekat tingkap bas sepanjang perjalanan, huh. 







Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan, sebaik sampai dan turun dari bas masing-masing; kami berkumpul di kaunter Borneo Ant House mengesahkan pendaftaran lawatan sekolah dan kemudian kami diagihkan kepada beberapa kumpulan sebab tak boleh masuk sekali gus, risau ruangan pameran di atas nanti sesak. So Ju nak kongsi dengan kau orang bila dah selesai di kaunter tiket, jangan lepas peluang kau orang bergambar di pintu utama bersama replika gergasi semut. See,gambar Kasdan dekat atas ni ! Replika gergasi semut ni dibina di kiri dan kanan laluan tangga utama, Ooops ! ada juga kepala gergasi semut di atas pintu masuk utama galeri tu, so kau orang yang lagi terer dari Ju mesti dapat shoot keseluruhan dan lagi cantik daripada Ju ambil ni haha.

Kena tahu juga, pameran galeri dekat sini berkongsi tempat yang sama tapi dibahagikan kepada 3 bilik iaitu Galeri 463 Replika Semut, Galeri Warisan dan Galeri Pedang masing-masing memiliki cerita tersendiri melambangkan komuniti Borneo, Sabah.


  • Galeri 463 Replika Semut
Galeri ni yang pertama kau orang akan lalui selepas masuk menerusi pintu utama tadi, dekat sini anak-anak pra sekolah ni termasuk anak buah Ju tergamam bila tengok replika semut yang melekat dekat dinding-dinding tu sebab saiz agak besar berbanding semut yang kebiasaan dia orang nampak haha. Susunan semut-semut replika ni juga menampakkan seolah-olah semut tu nampak real tengah bergerak-gerak apatah lagi dengan replika laluan busut tu, rasa macam berada dibawah tanah bersama semut gergasi ! Sesuai dengan nama galeri 463 replika semut, angka tu menunjukkan jumlah keseluruhan semut yang ada dalam galeri ni. 






  • Galeri Warisan Dan Galeri Pedang
Selesai di Galeri Semut tadi, kau orang akan memasuki Galeri Warisan budaya ni pula dimana dekat sini dipamerkan serba sedikit latar belakang suku kaum yang ada di Borneo seperti Bajau, Kadazan Dusun, Bisaya, Murut dan lain-lain. Tahu tak dekat Borneo ni saja terdiri dari 33 etnik yang hidup harmoni ? Proud to be Sabahan, yeay ! Butiran suku kaum ni kau orang akan nampak bergantung di setiap dinding galeri malah pakaian dan alatan tradisional pun boleh nampak lebih dekat disini. 

Galeri seterusnya ialah Galeri Pedang yang juga terdiri dari pelbagai jenis latarbelakang suku kaum yang ada di Borneo, alatan pedang ni kebiasaannya untuk mempertahankakn diri dan setiap pedang tu tak sama tau. Berbeza dari segi saiz dan ukiran mengikut suku masing-masing malah perbezaan ni juga sebenarnya melambangkang keunikan mereka yang tersendiri.





Selesai dari ketiga-tiga galeri tadi, dah nampak tempat baru untuk shoot gambar dan hirup udara segar sebab ketiga galeri tadi berada ditempat tertutup. Diruangan terbuka ni rasa sedikit selesa sambil tu dapat ambil kesempatan sekejap bergambar pula dengan replika kerbau tengah membajak sawah, salah satu rutin dan sumber pendapatan masyarakat Borneo. Dengan keadaan yang ramai lagi, Ju rasa sedikit sesak nak bernafas haha tapi mata kena sentiasa alert dengan Kasdan. Nasib Ju baik masa ni, Kasdan tak cengeng sangat sebab selesa keluar dengan rombongan kawan-kawan sekolah sendiri. Cuma Ju risau kalau dia dah bergaul sangat mesti keluar aksi-aksi lasak tu dan dapatkah Junzie nak settle benda-benda igauan mak-mak ni haha.

Keluar dari kawasan galeri, terdapat taman tema dan rumah pokok moden serta beberapa pondok untuk kau orang berehat sebelum menyambung lawatan ke bahagian Canopy Walk.


  • Rumah Pokok Moden
Bukan mengiyakan cerita lapuk yang kata "Orang Sabah tinggal atas pokok eh ?"Nope ! Rumah pokok moden yang dibina dekat sini ni adalah untuk mereka yang sukakan ketenangan, bukan juga kata rumah atas tanah tu tak best tapi kelainan dia tu berbeza. Orang putih pun ada buat rumah atas pokok tu kan, ala yang biasa anak-anak dia orang buat tu. Lebih kurang macam ni lah juga. Cuma istimewanya Rumah Pokok Moden yang dimiliki oleh Borneo Ant House ni memiliki dan menyimpan sejarah susur galur dan pencapaian keluarga pemilik premis ni. 

Memandangkan perniagaan ni adalah hasil tangan dan titik peluh sesama ahli keluarga, so memang sesuailah letak satu rumah dengan sejarah keluarga, boleh dijadikan rujukan generasi baru ni untuk belajar dan mencontohi kejayaan tu. 

  • Makmal Semut atau ANT-Tertaining Lab
Tak jauh dari Rumah Pokok Moden dan sebelum Canopy Walk kau orang akan jumpa makmal ni, so kena singgah juga dekat sini sebab kau orang akan belajar keadaan kehidupan semut sebenar didalam tanah, rutin semut, cara makanan mereka dan jenis-jenis semut yang ada. Ju tahu selama ni cuma semut hitam dengan semut merah saja, rupanya ada lebih 12,000 spesies semut tau untuk kawasan tropika !





  • Canopy Walk, Borneo Ant House
Masuk bab Canopy Walk ni, Kasdan paling teruja tak sabar nak gerak. Ju pula yang dah panik sebab tak ready lagi, anak buah dah duluan tercegat depan laluan Canopy Walk tu.  Ju tak pasti berapa panjang laluan kanopi ni tapi disetiap pokok tu ada disediakan 3 tempat perhentian untuk kau orang berehat hirup udara segar dan ambil gambar sebentar. Dan tempat perhentian terakhir tu ada 2 tingkat, kalau tak gayat boleh naik ke atas untuk pemandangan yang lebih cantik.  










Keseluruhannya, sepanjang Ju bersama meluangkan masa sebagai penjaga Kasdan untuk lawatan kali ni memberikan Ju kepuasan sebab dapat jadi salah seorang merakam momen anak buah Ju seorang ni. Nanti bila dah besar, ada juga bukti yang makcik dia sorang ni pernah jadi ibu peri haha. Selain dari tarikan yang Ju sebut dekat atas tu, kemudahan yang ada disini juga adalah Cafe dan Kedai Jualan kraftangan. Bila dah penat pusing keliling, ada juga ruang terbuka untuk kau orang berehat sambil perhati anak-anak bermain dikawasan yang disediakan. Siap rehat dan makan tengahari, kita orang pun bertolak balik ke SK Pekan Putatan sekitar jam 2 petang.

Info lanjut berkenaan harga atau pun pakej untuk lawatan sekolah dan lain-lain; hubungi terus pihak Borneo Ant House, Tuaran disini ;

Laman Web : https://borneoanthouse.com/

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

No comments