Alami Pengalaman Luar Biasa bersama Nando's Smoky PERi-PERi | iMAGO, Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Bagi kau orang yang terlepas dengan entri Ju sebelum ni berkenaan Nando's, boleh rujuk dekat sini >>Nando's Imago Kota Kinabalu<<. Kepada kau orang diluar sana yang pernah cuba atau pelanggan setia dekat Nando's ni tak kiralah Nando's di Sabah atau Semenanjung, mesti tak pernah kecewa dengan menu dia orang termasuk Ju sendiri. Pendapat peribadi Ju; Tak semua restoran meninggalkan sesuatu yang luar biasa kepada pelanggan tetapi Nando's buat Ju rasa terpanggil untuk datang lagi sebab ayam panggang dia orang; Ju tak dapat nak bagi kau orang caption macamana nak sampaikan kepuasan Ju tu haha. Hidangan Nando's lebih daripada sekadar makanan dan bukan saja nak buat kita sebagai pelanggan berpuas hati dengan menu dekat sini tapi dia orang juga mempamerkan identiti dan budaya Nando's tersendiri dalam setiap hidangan tu. 

"Menitikberatkan kualiti rasa dalam hidangan menu, ayam-ayam panggang Nando's akan diperap terlebih dahulu selama 24 jam tau sebelum dimasak dan perapan sos adalah mengikut pilihan tahap kepedasan iaitu bermula dari Lemon & Herb sehingga ke Super Hot. Langkah ni bagi memastikan rasa sos sebati dengan ayam tu sekaligus menjadikan rasa ayam tu lebih enak. Nyummy !"
Petikan dari entri Nando's Malaysia Raikan Ulang Tahun ke - 20 | www.Jun-zie.com



Alami Pengalaman Luar Biasa bersama Nando's Smoky PERi-PERi | iMAGO, Kota Kinabalu

So makan malam baru-baru ni Ju datang ke sini lepas di SIHIR dengan video launching menu baru Nando's iaitu Smoky PERi-PERi atau PERi-PERi Berasap Nando's ! haha. Kau orang ada nampak tak video tu ?? Belum tengok kena lawat Instagram atau facebook Nando's MY. Sesuai dengan musim perayaan yang hampir tiba ni, menu baru kali ni di ilhamkan dari gabungan ajaib warna warni Afrika, keunikan warisan dan perisa dari suasana dapur memasak terbuka; menghasilkan rasa manis yang tersendiri, Paprika berasap, hirisan limau dan kaya dengan herba semulajadi dilengkapkan lagi bersama sentuhan Nando's sebagai trademark dia orang iaitu "African Bird Eye Chilli". Semua gabugan ni memberikan rasa berasap berkualiti yang terhasil dari cara barbeku yang betul. Tengah menaip ni pun Ju siap telan air liur ! fuh.

Seperti yang Ju kongsi sebelum ni, selain dari keunikan perisa dalam penyediaan ayam panggang; Nando's juga memiliki sos PERi-PERi dia orang yang tersendiri, sos ni takda jual dekat luar. Kau orang cuma boleh dapatkan di Nando's saja, so sos-sos ni terdiri dari 6 jenis kepedasan berbeza iaitu Plain, Lemon & Herb, Mango & Lime, Mild, Hot dan Extra Hot. Antara 6 pilihan sos ni, Ju suka dengan perisa pedas Mango & Lime. Sluurpp !  Bagi menu baru Smoky PERi-PERi atau PERi-PERi Berasap Nando's ni; tahap kepedasan menu ni lebih pedas dari Lemon & Herb tapi pada masa yang juga rasa pedas tu terasa lebih ringan daripada sos Mild.



Set Smoky PERi-PERi Nando's

Set PERi-PERi Berasap Nando's atau Smoky PERi-PERi ni berharga RM 99.00 dan datang sekali dengan ayam panggang bersama 4 jenis hidangan sampingan, 4 minuman ringan dan 4 potongan kek Karamel Masin atau Salted Caramel Cake Bites. Bagi kau orang yang nak tempah set untuk penghantaran  atau bawa pulang pula boleh cuba set berharga RM 49.00 iaitu terdiri dari ayam panggang dan 4 hidangan sampingan. Makan malam Ju dekat sini sangat best dan happening sebab ayam panggang untuk menu baru Smoky PERi-PERi ni dihidangkan sebijik besar macam tu untuk kekalkan rasa juicy ayam sehinggalah sampai atas meja kau orang. Part potong tu, berkeluaranlah skill mak-mak kita orang haha ! Tapi kalau kau orang tak pandai nak potong, boleh request dengan staff  Nando's untuk bantu potongkan sedia.

Nak bagitau kau orang juga untuk pencuci mulut set Smoky PERi-PERI ni iaitu Salted Caramel Cake Bites atau Kek Karamel Masin; rasa dia sangat sesuai untuk ending lepas makan menu utama ayam panggang berasap PERi-PERi ni. Tekstur lembut, tidak terlalu manis so tekak Ju pun rasa tak muak, nyummy ! Boleh tak, nak tambah lagi ? haha. Pendapat Ju, menu baru ni salah satu pilihan menu keluarga yang patut di kongsi bersama lagi-lagi dekat dengan perayaan ni.




"We wanted to give our fans a taste of something magical this season with our flamed-grilled PERi-PERi chicken and that is how Smoky PERi-PERi came to be. Over the years we have dabbled in different recipes to find that special taste that will give our fans something new that they can enjoy and we decided to try it out with Smoky PERi-PERi, it delivers a fantastic combination of flavours that is exciting and uniquely Nando's yet familiar at the same time"
Stephen Chew | CEO of Nando's Malaysia

Selain mementingkan kualiti rasa ayam panggang, kepentingan pelanggan malah juga pada komuniti, Nando's sentiasa menyahut cabaran untuk memperbaiki hidangan mereka ke tahap yang lebih baik untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Dengan inspirasi dari budaya yang berbeza di seluruh dunia, Nando's bercita-cita untuk mengumpulkan dan meletakkan yang terbaik di atas plat hidangan; khusus kepada pelanggan.

Sempena musim perayaan Krismas yang nak dekat ni, 3 cawangan Nando's di Sabah iaitu Nando's Imago Shopping Mall, Nando's 1Borneo dan Nando's Oceanus Waterfront adakan satu program komuniti iaitu berkongsi semangat perayaan Krismas bersama Persatuan Austisme Sabah. Program ni terbuka kepada umum, kau orang boleh turut serta dengan menyumbangkan hadiah pada 31 Disember nanti dimana-mana cawangan Nando's berdekatan kau orang; hadiah ni akan diberikan kepada kanak-kanak persatuan autisme terpilih. Sebagai tanda penghargaan, Nando's akan berikan kau orang  Nando's 1/4 Chicken with Mediterranean rice Voucher.

Dapatkan butiran terkini di laman media sosial Nando's sekarang ! 😃

INSTAGRAM @NandosMy || FACEBOOK @NandosMY
WEBSITE https://nandos.com.my/

No comments