Menarik di Kota Kinabalu : Rabbit Garden Lokkawi

Assalammualaikum 💕

Penghujung tahun 2018 ni macam biasalah dah ramai apply cuti untuk bersama yang tersayang. Well said; Inilah masa sesuai untuk kau orang lengkapkan tour tempat menarik sekitar Kota Kinabalu ni. <BACA SINI> Bagi yang takda apply cuti tu pula, jangan risau sebab tempat kali ni Ju kongsi hanya berada di Kota Kinabalu dan ambil masa 20-30 minit untuk sampai jika kau orang bertolak dari pusat bandar. Masa hujung minggu pun kau orang boleh pergi bawa keluarga terutama bagi yang ada anak-anak mesti suka pergi tempat macam ni 😉

Menarik di Kota Kinabalu : Rabbit Garden Lokkawi



Kepada kau orang diluar sana yang ada follow pasal keadaan Zoo Lokawi, Ju nak bagitahu yang Rabbit Garden Lokkawi ni berkongsi kawasan dengan nama yang sama tapi berbeza dari zoo dan bukan premis yang sama. Ju datang bawa anak-anak buah bersama kakak Ju masa hujung minggu. Excited budak-budak ni lain macam dari kita yang dewasa bila jumpa binatang secomel ni.

Satu perkataan yang Ju boleh katakan masa masuk dekat sini ialah "WOW !" sebab bersih dan suasana Rabbit Garden rimbun dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, sangat menenangkan mata kau orang yang datang ke sini. Selain arnab, dekat sini juga kau orang akan nampak ayam belanda, ayam dan itik. Semuanya dilepaskan dalam tempat yang sama dan sangat jinak !

Dari pemerhatian Ju, kawasan Rabbit Garden Lokkawi ni dibahagikan kepada dua iaitu ruangan terbuka dan ruangan berbumbung untuk pengunjung. Ruangan terbuka ni kau orang boleh saja biarkan anak-anak bermain dan berkejaran dengan arnab yang ada dekat sini sebab kawasan ni luas memang sesuailah untuk mereka yang aktif dan tiada masa terhad diberikan, sambil tu boleh bersantai ditempat duduk DIY yang disediakan. Sesetengah arnab yang masih kecil atau berlainan spesies dengan jumlah yang terkawal, diletakkan dalam kurungan so hanya arnab dewasa dibiarkan secara bebas dekat ruangan terbuka. Kau orang juga bebas bagi arnab-arnab ni makan termasuklah yang dalam kurungan tu, tapi makanan tu hanya baja yang kau orang beli dari kaunter tau.

Bagi ruangan berbumbung pula, juga disediakan meja dan kerusi disini. Terdapat beberapa arnab dalam sangkar juga di ruangan berbumbung tu, so kalau panas terik atau hujan; kau orang boleh stay dan sambung bermain dengan arnab yang ada dekat sana.





Dulu kebiasaan Ju dengar secomel-comel arnab ni pun ada yang liar dan menggigit bila dipegang, so kalau nak bezakan tu tengok dari jenis warna mata dia; arnab yang miliki mata berwarna merah kebiasaannya jenis yang liar. Bila dah tua ni baru tahu sebenarnya info tu kurang betul; bukan semua arnab bermata merah tu menggigit. Ni pun baru tahu masa lawat Rabbit Garden ni, macam-macam Ju tanya dekat kaunter tu haha. Nak tahu arnab tu jenis yang suka gigit atau tidak bergantung pada baka dia bukan pada warna mata ! Ni yang bagi false info dengan Ju sebelum ni mesti kedekut tak nak bagi pegang arnab dia haha.

Ju takda plan pun nak jaga arnab ni sebab nak bela binatang ni kena ada komitmen haha, bukan nak bela sebab ikut trend saja kan. So salah satu info lagi yang Ju dapat dari Rabbit Garden ni pasal penjagaan makanan dia. Kita tak boleh kerap bagi dia makan baja kering tu, kena tukar juga jadual makanan yang mana antara jenis makanan arnab yang baik untuk tumbuh besaran dan baik untuk bulu dia ialah Ubi, biji-bijian jagung keras tu tapi kena haluskan dulu, rumput kering atau Rami; ni bukan rumput kering biasa-biasa tau. Kemudian boleh berikan juga kepada arnab, sayur-sayuran hijau pun boleh selain daripada lobak. 

Sambil datang bawa anak-anak bermain di Rabbit Garden Lokawi ni, kau orang pun dapat belajar sikit tentang arnab. Guess what Ju baru tahu juga arnab ni ada lebih 23 spesies berbeza tau ! So boleh Ju katakan Rabbit Garden ni sesuai juga dijadikan salah satu tempat pilihan lawatan sambil belajar oleh pihak sekolah 😉 

Bagi memudahkan kau orang mengenai bayaran masuk, boleh rujuk dibawah ni;

Waktu Operasi : Buka setiap hari (09:00 am sehingga 09:00 pm)

Yuran Masuk (Warganegara Malaysia)
RM 8 dewasa

RM 6 Kanak-Kanak
PERCUMA kanak-kanak 5 tahun ke bawah

Yuran Masuk (Bukan Warganegara Malaysia)
RM 16 dewasa
RM 12 Kanak-Kanak
PERCUMA kanak-kanak 5 tahun ke bawah


Baja Makanan

RM 1 sebungkus







Puas main dengan macam-macam jenis arnab, kau orang kena titik beratkan langkah kebersihan sebelum balik tau samada kebersihan diri atau pun kebersihan Rabbit Garden ni. Tandas dan sinki mencuci tangan ada tersedia dan kalau masa datang tadi kau orang ada bawa makanan, bawa balik sisa tu atau buang di tempat yang disediakan. Ju perasaan Rabbit Garden ni sangat menekankan "Green Environment" which is sangat baik untuk pendedahan awal anak-anak juga. Antara langkah kebersihan diri yang kau orang boleh buat selepas bersama arnab dan memegang baja ;

  1. Cuci tangan ditempat yang disediakan
  2. Gunakan sabun
  3. Lap dengan kain bersih

Masa nak balik, Ju perasan kemudahan kerusi dan meja di ruangan terbuka Rabbit Garden ni di kitar semula dari barangan terpakai seperti tayar dan bekas kayu yang biasa kau orang nampak digunakan untuk gulung wayar kabel besar dekat tepi-tepi jalan tu. Nampak cantik bila diwarnakan semula, bila kreatif ni; dari tayar pun boleh jadikan patung arnab juga. Thumbs up Rabbit Garden !






Pan Borneo Garden Homestay

Menarik lagi dekat sini bukan saja sediakan Rabbit Garden sebagai tarikan pengunjung malah dia orang ada Homestay tau ! Homestay ni Ju lalui sepanjang jalan masuk ke Rabbit Garden. Tapi Ju takda details pasal homestay ni, so apa-apa nak tahu pasal homestay; baik kau orang direct hubungi pihak pengurusan Rabbit Garden Lokawi | Pan Borneo Garden Hometsay  di bawah ni 😎

Instagram : @RabbitGardenLokawi 

Hubungi 019 881 8381


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

Menarik di Sabah : Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud

Assalammualaikum 💕
Tak habis checklist round negeri kelahiran sendiri, bertambah lagi lokasi menarik dekat Sabah ni yang kau orang termasuk Ju sendiri kena pergi. Di awal pembukaan Polumpung Melangkap ni sekitar tahun lepas, 2017; takda peluang nak pergi masa viral satu Sabah tu lagi-lagi dikalangan kawan-kawan yang kaki travel waktu tu. Kalau kau orang tanya Ju; antara mandi kolam, laut ataupun sungai; Ju lebih sukakan sungai sebab tu pantang nampak atau dengar tempat mandi sungai yang baru dan cantik mesti nak pergi. 

Sebelum bertolak, Ju check info dulu pasal Polumpung dari segi lokasi, keadaan cuaca, jarak perjalanan dan bayaran dekat sana. Senang nak atur keperluan bila dah tahu serba sikit info tempat kita nak pergi. Kalau kau orang bertolak dari bandar Kota Kinabalu macam Ju ni kena ambil masa dalam 1 jam setengah. Ikut keadaan jalan dan si pemandu juga haha. Masa Ju pergi tu hari biasa dan waktu bekerja so jalan taklah jammed dan bestnya tak sesak juga dekat Polumpung hehe. 

Menarik di Sabah : Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud

Kaki gambar memang hunting sangat tempat cantik semulajadi macam ni dan punca utama jadi viral waktu pembukaan Polumpung Melangkap disebabkan juga aliran sungai yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, kebanggaan rakyat Sabah ni. Alhamdulillah cuaca sangat baik masa tu so kita orang pun sampai dengan selamat berbekalkan rujukan google map. 

Masa nak bayar tiket dekat kaunter, Uncle yang jaga tu siap pesan kalau nak mandi kena tanggalkan dulu barang kemas sekiranya ada pakai masa tu. Bimbang hilang atau tercicir masa mandi, bila tuan tanah dah bagi nasihat macam tu baik kita ambil jadi pedoman kan. Tak pasal-pasal bercuti nak happy, balik nanti menangis tak berlagu pula kehilangan barang peribadi hehe.

Kawasan ni memang agak luas, rata dan selesa. Banyak pilihan tapak kau orang boleh pilih tapi kalau nak view cantik kenalah pilih betul-betul ditepi sungai. Senang juga ulang alik mandi haha. So kalau kau orang datang selori dengan keluarga atau rakan-rakan pun tak perlu risau sebab kawasan memang luas. Konsep kawasan peranginan Polumpung ni juga boleh dikatakan "siapa cepat dia dapat". Paling penting kalau kau orang nakkan keselesaan, kenalah datang awal pagi terutama kalau kau orang pilih nak datang sini tu masa cuti umum. 

Ju datang dengan plan nak ulang alik saja, bagi yang nak bermalam tapi takda bawa apa-apa persediaan; pihak pengurusan ada sediakan perkhidmatan sewa khemah dan alatan lain dengan harga tertentu. Kalau kau orang ada bawa khemah sendiri pun lebih baik, dah jimat dekat situ. Biasa Ju dengar dari mereka yang bermalam dekat sini, pemandangan cantik juga pada waktu malam sebab kelihatan jelas bintang-bintang dilangit tu. Itu pun kalau tak hujan haha. So kena rancang perjalanan kau orang ok ! 



PAKEJ
  • Yuran Kemasukan(tidak bermalam)
  1.  RM 3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
  2.  RM 2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
  3.  Percuma (Kanak-kanak 6 tahun ke bawah)
  • Yuran Bermalam (Camping)
  1. RM 6/seorang/malam (Dewasa)
  2. RM 4/seorang/malam (Kanak-kanak)

KEMUDAHAN DISEDIAKAN
 Khemah (Camp) pasang siap(Terhad)
  1. ‍‍- Kem muat 4 orang : RM 20/malam
  2. ‍‍- Kem muat 6 orang : RM 30/malam
Pelampung tiub
  1. Kecil : RM 3
  2. Sederhana : RM 5
  3. Besar : RM 10
Bantal – RM3/sebiji/malam
  1. Sleeping bag : RM 5/malam
  2. Tikar plastik : RM 3/sehelai/malam
  3. Tilam kekabu : RM 4/sehelai/malam
  • Bekalan elektrik di sediakan di tapak perkhemahan (tertakluk kepada caj) 

Dapur memasak:
  1. Di kawasan atap zink : RM 30 pakej/malam(Terhad)
  2. Di kawasan atap kemah : RM 15/malam(Terhad)
  3. Kaedah tradisional (Kayu api)
  4. Free kalau cari kayu api sendiri
  5. Moden (Gas) : RM 5/malam
  6. Tong gas : RM 10/malam
  • Unggun Api – RM 20 (tiada caj dikenakan sekiranya pengunjung mencari kayu api sendiri dan pasang unggun api sendiri)




Nampak tak betapa jernihnya air dekat sini !! Sejuk pun boleh tahan juga tau. Air sungai ni tak juga dalam, kalau ikut ketinggian Ju sendiri sampai paras pinggang saja. Nampak air tak deras kan, tapi bila Ju sampai ke bahagian tengah tu, arus sungai tu deras tau walau kedalaman sungai cuma sampai paras pinggang Ju saja. So kalau kau orang nak rasa lebih adventure, boleh sewa pelampung tiub untuk aktiviti meluncur dibahagian aliran deras sungai yang telah disediakan. Memandangkan kederasan air sungai ni tak dapat diduga, kau orang yang bawa anak-anak kecil, Ju nasihatkan mandi dekat tepian tu saja sebab masa Ju datang sini ada juga nampak kolam buatan kena buat dekat tepian sungai tu. Rasanya memang khas lah untuk anak-anak bawah umur 3 tahun untuk mandi dekat situ.

Aktiviti yang kau orang boleh buat dekat sini selain daripada mandi sungai ialah berkhemah, barbeku, sukan keluarga dan selebihnya ikut kreatif kau orang asal tak langgar peraturan yang telah disediakan dekat sini. Rasa sangat fresh mandi dekat Sungai Polumpung ni, bonus pula tu dapat mandi dengan air sungai yang jernih macam ni. Walau sampai bahagian tengah pun masih boleh nampak tau batu-batu dekat dalam sungai tu. Rasa tak perlu nak mandi air paip lagi tapi memandangkan berkongsi sungai dengan yang lain, kenalah jaga kebersihan diri kan. So bagi kau orang yang nak mandi lagi sekali dengan air paip, dekat sini ada disediakan juga tandas dan bilik mandi.

Kalau kau orang plan nak buat photoshoot; rasanya bolehlah listkan Polumpung Melangkap ni dalam checklist kau orang, see cantikkan view Gunung Kinabalu dari sini ! Dah penat photoshoot, boleh terjun terus haha. Sebarang maklumat lanjut, kau orang boleh hubungi  terus pihak pengurusan Polumpung Melangkap dekat bawah ni, Selamat Bercuti !








Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

Polumpung Melangkap View Camp Site

Facebook : Polumpung Melangkap View Camp Site
Instagram : @new_officialpmvcs
Beroperasi SETIAP HARI
Lebih info hubungi : 016 824 6529

New Menu Launch Lah Bahh ! JOM Kelilingi Dunia bersama SOULed Out | Imago, Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Beberapa hari lepas, Ju salah seorang daripada pelanggan yang menghadiri perasmian menu baharu dari Souled Out Kota Kinabalu iaitu premis makanan yang mengetengahkan menu Asia, Western dan juga India Utara. Sebab tu lah nama entri pun sampai JOM Kelilingi Dunia tu hehe. Bila pertama kali dengar nama ni, Ju tertanya-tanya juga apasal pilih nama ni jadi gelaran restoran ? Jom teruskan bacaan kau orang 😉


New Menu Launch Lah Bahh ! Jom Kelilingi Dunia bersama SOULed Out | Imago, Kota Kinabalu

Souled Out Kota Kinabalu yang Ju pergi ni adalah cawangan ke 5 di mana 4 buah  Souled Out yang lain tu berada di Kuala Lumpur iaitu Hartamas, Ampang, Bangsar South dan Taman Tun. So yang di Kota Kinabalu ni pula terletak di kompleks beli belah Imago, kalau kau orang lalu ikut jalan menghadap laut tu atau tengah pusing cari parking masuk Imago, confirm boleh nampak sebab lokasi dia orang ni di ground floor dan terdedah dengan laluan pejalan kaki dan kenderaan. Nama Souled Out ni dipilih sebab kakitangan restoran memberikan seluruh jiwa dia orang dalam menjalankan tugas; sesuai dengan trademark yang dia orang guna iaitu "as good as hug". Dia orang ni pegang 4 anugerah tau, salah satu tu "Outlet of the year". So apa rahsia dia orang sampai menang award tu ? Jeng jeng !

Berdiri teguh dari tahun 1996, Souled Out ni salah satu premis makanan yang santai untuk rakan dan keluarga meluangkan waktu bersama; Tambahan tu juga Souled Out ni menekankan SO Lip-Smacking Food iaitu memberikan yang terbaik kepada pelanggan setia so kita pun boleh rekomen menerusi pengalaman kita sendiri kepada kawan-kawan atau keluarga untuk datang dan rasai sendiri menu yang ditawarkan dekat sini. Tak hairan lah weh sampai berbaris anugerah dia orang dapat, bukan tekankan kelazatan dan kepelbagaian menu sahaja tapi khidmat pelanggan pun kena tip top juga.

Perasmian waktu ni boleh dikatakan menarik dan trademarak dia orang guna 'as good as hug" tu dipamerkan dalam event ni, pelanggan dihiburkan dengan pengenalan menu baharu dari staff yang keluar satu persatu dengan memakai busana mengikut budaya asal menu yang dikenalkan dengan diiringi pula muzik tradisi dan muzik  rancak, meriah tau; Fuh ! So sekali sekala tu terikut juga Ju bertepuk tangan tanda terhibur hehe.




"Penambahan menu ini berkait dengan pemasukan dan merangkul pelbagai masakan dari seluruh dunia. Kami ingin memenuhi pelbagai profil rasa yang lebih luas, jadi biarpun apa jua yang anda ingini, anda pasti menemuinya di SOULed OUT Kota Kinabalu. Kami sangat teruja dengan menu baharu dan berbangga dengan perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan ini dengan pemilik francais Anthony dan Janet." 
Cassie Wong | Ketua Pemasaran Kumpulan SOULed OUT.

Daripada sajian klasik vegetarian asli seperti 'Kakiage' dan 'Kari Terung', hingga ke sajian  moden dan menceriakan merangkumi 'Mi Hokkien', 'Pasta Beef Ragout' dan 'Pai Biri-biri', dibawa masuk ke Souled Out sebagai pilihan menu bagi kau orang yang datang ke sini. 
Untuk minuman, Souled Out bahagikan pilihan minuman sebagai Thirst-Quenching SO dengan menampilkan lapan jenis minuman koktel dan minuman tanpa alkohol seperti 'Jackfruit Mojito' dan 'Coco Pandan Smoothie' yang mana pasti memenuhi citrasa pelanggan yang hadir. Bagi mereka yang menggemari sajian manis, menu baharu juga dikenalkan dalam enam pencuci mulut dengan nama-nama inspirasi pop-budaya seperti 'The Yoda' dan 'Pink Panther' yang pasti memenuhi keinginan selera anak-anak dan kau orang juga😄





So kawan-kawan Ju ada yang tanya masa Ju kongsi gambar hari tu dekat media sosial pasal Souled Out ni HALAL atau tidak. Souled Out takda terima sijil HALAL sebab dia orang ni menghidangkan juga minuman alkohol. So kalau kau orang ke sini, jangan risau; staff Souled Out akan guide kau orang untuk menu-menu terpilih. 

Bagi kau orang yang merancang nak buat parti, Souled Out juga menerima tempahan apa-apa jenis anjuran parti dekat sini. Ruangan terbuka siap ada band setiap jam 8 malam, sangat sesuai lah bagi kau orang yang mencari tempat parti santai untuk keselesaan rakan-rakan dan ahli keluarga. Guess what, ada masa tertentu tu kau orang dihiburkan juga dengan tarian kecergasan dari staff dekat situ hehe. Apa pun kena book awal, nak lebih detail mengenai Souled Out, kau orang layari laman web dia orang atau hubungi dia orang terus menerusi maklumat dibawah ni😉





SOULed OUT Kota Kinabalu
G-101, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2,
Off Jalan Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

H/P : 016 829 9268
fax : 088 275 922
Laman Web : souledout.com.my

Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat : 12:00 pm ke 12:00 am
Sabtu & Ahad : 11 am ke 12:00 am

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Souled Out, Kota Kinabalu

Pilihan Makanan Yang Lebih Sihat bersama Ayam Brand MY di Healthy KIDS Food Festival 2018

Assalammualaikum 💕

Selamat Ulang Tahun ke - 11 kepada Ayam Brand MY ! Anniverssary ni untuk program komuniti mereka tau. Pejam celik dah 11 tahun dan sepanjang tahun tu, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah menyumbangkan sebanyak 1,404, 000 hidangan makanan kepada 482 rumah kebajikan tau. Fuhh angka yang sangat besar, Tahniah Ayam Brand MY !


Pilihan Makanan Yang Lebih Sihat bersama Ayam Brand MY di Healthy KIDS Food Festival 2018



Ju berpeluang bersama mereka di Healthy KIDS Food Festival 2018; Lucy Kitchen Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 30 Oktober tu dimana kempen kali ni mensasarkan golongan kanak-kanak. Ayam Brand MY mendekati kanak-kanak dari rumah kebajikan terpilih ni menerusi penyediaan aktiviti yang interaktif dan pastinya dengan aktiviti dapat membantu dia orang ni mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan mereka sendiri mengenai makanan berkhasiat sekali gus dia orang dapat membentuk tubuh secara positif. 

Sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian juga diberikan kerana kebanyakan daripada dia orang ni kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanakBukan sahaja kanak-kanak, kau orang sebagai penjaga pun dapat belajar sesuatu juga sepanjang festival ni berlangsung.

Zaman hispter sekarang ni, makanan pun turut alami perubahan. Pelbagai jenis trend makanan dijual dekat luar tu terutama snek bergoreng beserta kandungan lemak yang tak terkawal jadikan kanak-kanak termasuklah golongan dewasa kita ni jadi obes, tu tak masuk lagi bab tabiat makan yang tak terkawal jadikan Malaysia salah satu negara Asean yang tinggi kadar obesiti tau huhu. Ini antara sebab Ayam Brand MY menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) dengan menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunan dia orang. 


So dekat festival ni disediakan 4 bengkel berbeza; masing-masing dengan aktiviti tersendiri iaitu bengkel "Yay or Nay" dimana dekat sini anak-anak belajar mengenal pasti dan membezakan antara pilihan makanan sihat dan tak sihat, selain tu bengkel "Crosword" pula anak-anak ni di uji minda menerusi teka silang kata berkenaan Omega 3 dan DHA. Bengkel "Healthy Plate" pula kanak-kanak ni belajar menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza dengan diet seimbang manakala bengkel "DIY"; kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna dia orang sendiri berdasarkan apa yang telah diajari. So bagi 4 bengkel ni, kita orang pun diberi peluang juga untuk mencuba dan alami sendiri keseronokan kanak-kanak ni menerusi bengkel DIY.



“Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.” 

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” 
Stanley Wang | Ayam Brand MY



Yang kata makanan bertin tak sihat, kena betulkan pemahaman kau orang semula kerana Omega-3 yang diperlukan oleh anak-anak kecil didapati menerusi sardin, mackerel dan tuna tau. Tak tahu apa benda Omega tu ? sejenis lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang TIDAK dihasilkan oleh tubuh kita. Tapi tak semua anak-anak ni suka dengan ikan ataupun bau ikan so apa yang kau orang boleh buat untuk menarik minta anak-anak ni kenalah kreatif dalam penyediaan menu. Bagaimana nak jadi kreatif tu ? Tak payah risau, kau orang layari laman web www.ayambrand.com.my dekat situ disediakan macam-macam resepi mesra kanak-kanak tau. Senang bila semua pun dihujung jari.

Soalan yang biasa Ju dengar pasal makanan bertin ni; "Perlu tak panaskan dulu sebelum makan ?" Sebenarnya tak perlu pun sebab masa proses pengetinan tu, kandungan semua dah masak tapi kalau kau orang sejenis tak biasa nak makan terus dari tin takda masalah pun nak panaskan dulu.

So bila kau orang ke pasar raya melalui stesen makanan bertin, kau orang akan nampak pelbagai jenis produk dan jenama dekat situ dan pasti produk Ayam Brand pun ada dimana-mana cawangan pasaraya Malaysia; bermula dari jenis ikan sardin, sotong, kacang panggang, sayuran dan buahan; Kelapa dari Ayam Brand pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Haa bukan lemak nakal tau, kandungan dalam tu semua lemak yang baik-baik, so takpayah risau kolestrol naik ke apa.



Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ menerusi bengkel "DIY", dekat situ diperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat. Senang kan buat nasi lemak bersama Ayam Brand, so bolehlah kau orang try dekat rumah lepas ni bersama ahli keluarga pula.






Bagi tour Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand di Sabah, 4 buah rumah kebajikan terpilih iaitu Rumah Amal Kingfisher, Seri Mengasih, Sabah Cheshire Home dan Pusat Kebajikan Care Haven menerima bekalan makanan harian untuk produk Ayam Brand selama 2 bulan iaitu ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa bagi semua kanak-kanak dibawah jagaan dia orang; alhamdulillah dan thumbs up Ayam Brand MY !


"Sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka". 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Rumah Amal Kasih Kingfisher untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti. 

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Amal Kasih Kingfisher tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka."
Puan Nooraisah | Rumah Amal Kasih Kingfisher



Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web mereka atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes