Menarik di Kota Kinabalu : My Nurul Homestay, Papar

Assalammualaikum💕

Bagi kau orang yang natural hunting macam Ju mesti pantang nampak tempat cantik apatah lagi bila kawasan tu berada di negeri kelahiran, mesti cuba sedaya upaya nak pergi. Kali ni Ju kongsi dengan kau orang mengenai My Nurul Homestay yang berada 49.9 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan memakan masa sekitar 50 minit ke 60 minit perjalanan bergantung pada keadaan semasa jalan raya.

Selain memiliki kawasan alam semula jadi yang cantik, menarik berkenaan My Nurul Homestay ni juga ialah perniagaan keluarga dimiliki oleh Blogger Mira Hussin yang dikenali dalam editing blog dan doodle. Ju salah satu follower Mira sebab suka tengok hasil karya beliau dan pernah juga jadi salah satu pelanggan dia untuk edit blog Ju masa awal pembabitan dengan blog ni sekitar 2011. Datang ke sini kira nya berpeluang juga jumpa dengan Mira 😄


Kawasan My Nurul ni menawarkan aktiviti air dan darat iaitu mandi sungai, berakit, BBQ, berkhemah, tapak gim terbuka malah kau orang boleh berphotoshoot juga dekat sini. Kau orang yang mandi sungai, nak rasa ala-ala atlet terjun boleh try 2 jenis tempat terjun dengan ketinggian berbeza yang disediakan berukuran 8 kaki dan 15 kaki. Aktiviti lain kau orang boleh plan sendiri sebab dekat sini pun tapak kelihatan luas.  Terbaru ni aktiviti darat yang diperkenalkan ialah flying fox dengan harga RM 20 untuk 2x ride. So kau orang yang fobia mandi sungai tu atau terpaksa puasa mandi tu, bolehlah try aktiviti darat.

Bagi kau orang yang plan nak habiskan masa dengan family atau rakan-rakan, Ju suggest kau orang datang ke sini sebab suasana dekat sini ala back to kampung style dan elok sangat lah bagi kau orang yang kaki tangan bandar tu rehatkan mata dan minda dekat sini, confirm boleh buat kau orang lupakan gajet dan kesibukan harian hoho. Kalau kau orang plan nak bermalam dekat sini sama ada individu atau berkumpulan pun boleh juga sebab ada homestay disediakan dengan kelengkapan dapur dan tempat tidur. So kau orang cuma bawa bekalan makanan sahaja sebab yang lain semua dah ada tau. Boleh rujuk gambar yang Ju selitkan dekat bawah nanti.

Dah namanya ala kampung style, homestay My Nurul atau Sulap ni memang kreatif habis ! Sulap dekat sini dibuat dari bambu, so memang nampak unik dan menaikkan mood kampung kau orang. Dari amatan Ju, bukan setakat Sulap tapi keseluruhannya gunakan bambu termasuk lah tempat terjun dia orang tau ! Nak lagi adventure, kau orang boleh sewa khemah, pasang unggun api pada waktu malam ditapak yang disediakan oleh pihak My Nurul Homestay. Homestay dekat sini ada beberapa jenis bergantung dengan kuantiti kau orang, nak lebih detail jom hubungi Mira !








Antara kemudahan yang disediakan dekat kawasan My Nurul Homestay ni ialah kawasan tempat letak kereta, surau, dapur terbuka, tandas, pondok, hammock, tempat BBQ (bawa arang sendiri), kawasan terjun ala Tarzan dan lain-lain. Bila bawa kawan-kawan atau keluarga, kena bijak rancang bajet. So dekat bawah ni Ju kongsikan dengan kau orang senarai harga perkhidmatan yang dikenakan dekat My Nurul Homestay

Bayaran Masuk (FREE life jacket, pelampung, rakit) :

  • RM 5 seorang dewasa
  • RM 2 seorang kanak-kanak 
  • PERCUMA bagi kanak-kanak 5 tahun ke bawah

Yuran Bermalam (Khemah)
  • RM 15 seorang/semalam
  • RM 20 setengah hari/siang dan RM 30 untuk 2 hari 1 malam bagi kadar sewa khemah
  • Sesuai untuk 2 orang dewasa

Homestays
  • Sulap Paluh 1 - RM 100 maksimum untuk 4 dewasa 
  • Sulap Paluh 2 - RM 180 maksimum untuk 8 dewasa
  • Sulap Tanaru - RM 100/bilik maksimum untuk 5 dewasa

Flying Fox
  • 2x trip - RM 20 seorang

Bayaran masuk tu, tak kiralah kau orang mandi atau tak memang kena bayar tau. Bagi Ju harga dekat sini sangat murah dan sangat berbeza dari tempat riadah lain sebab kebiasaan kemudahan yang disediakan pun kena caj siap ada limit masa nak gunakan peralatan yang disediakan. My Nurul Homestay juga sediakan kopi percuma kepada para pengunjung, bagi tawaran promosi dan update dari masa ke semasa My Nurul Homestay lebih baik kau orang follow dia orang punya media sosial. Sangat up to date tau ! Masa sesak dengan ramai pengunjung, status homestay, malah cuaca tak baik pun dia orang update so senang kau orang nak atur perjalanan ke sana.














Kredit : Google Map untuk rujukan lokasi

MY NURUL HOMESTAY

Buka setiap hari : 10.00 pagi - 05.30 petang
Bayaran Masuk : RM 5 dewasa / RM 2 kanak-kanak
Hubungi : 014 2021 208 / 017 7053 872 (Mira Hussin)

Instagram : @MyNurulHomestay
Facebook : My Nurul Homestay
Laman Web : http://mynurulhomestay.blogspot.com/

8 comments

  1. Fuyoo... Lawanya... Menengkan dan ohsem sangat.. Kalau dekat nie, memang pergi..

    ReplyDelete
  2. Murahnya harga tiket masuk dia hihi kena try ni

    ReplyDelete
  3. Sumpah cantik dan tenang kat sini. Alahaii kalau dekat semenanjung kan senang nak datang.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya! Kalau ada rezeki seronok juga ni pergi sana.

    http://ohhdina.blogspot.com/

    ReplyDelete