Makan Malam Bufet BBQ Delight, The Coffee House | Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Assalammualaikum ๐Ÿ’•

Beberapa hari lepas Ju ada kongsikan dekat media sosial masa Ju pergi makan malam dekat Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu. Tak jauh dari tempat tinggal malah Putatan ni juga salah satu laluan harian Ju ulang alik ke tempat kerja so Pan Borneo Hotel memang akan Ju nampak setiap hari tapi tak pernah pun ada peluang untuk singgah dan tengok keadaan hotel ni. Lokasi berada di tepi jalan laluan utama Putatan ke bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu ke Papar ; jadikan hotel ni strategik untuk persinggahan penginapan dan tempat makan.

Makan Malam BBQ Delight, The Coffee House | Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Berkesempatan dinner di The Coffee House pada hari Jumaat, kebetulan malam tu pula malam bufet BBQ Delight yang mana hidangan berkonsepkan grill atau panggang. Guess what ada menu favourite Ju dekat situ, kambing panggang sebagai menu utama dia orang ! Bagi penggemar menu kambing panggang, Ju sangat menitikberatkan rasa yang ditawarkan sebab bukan mudah dapat kambing panggang yang betul-betul sedap. Bila part menikmati dan merasai sendiri tu, Ju berani rekomen dengan kau orang penggemar kambing, makan dekat sini memang memuaskan hati !

Bagi aktviti panggang memanggang secara live ni berada di luar kafe bersebelahan kolam, cantik tau view dekat sana ! Kau orang boleh pilih nak duduk dekat mana sebab ada pilihan 160 tempat duduk dengan ruang terbuka dan view kolam atau pun kalau kau orang mahukan sedikit privasi boleh duduk dalam kafe. So kalau nak bawa kawan-kawan atau keluarga pun sangat selesa.










Kalau  kau orang tak makan kambing, boleh try sate sebab ada pilihan daging dan ayam malah ada juga ikan bakar siap fresh dan panas-panas lagi dari dia orang. Manakala pembuka selera dan entre dihidangkan seimbang dengan pilihan menu tempatan dan western, bersesuaian dengan kadar pengunjung hotel yang pelbagai latar belakang. Tak semua tekak sama kan, so bila banyak pilihan makanan, kau orang pun tak teragak-agak nak makan๐Ÿ˜„

Berbeza dengan kawan Ju seorang, bila nampak makanan banyak. Tekak dia beralih pula nak makan hidangan ringan sahaja. So kalau kau orang ni sejenis macam kawan Ju ni, kau orang boleh test menu ringan The Coffee House seperti sup, salad atau lompat terus ke menu pencuci mulut dia orang sebab malam bufet BBQ delight Ju pergi tu ada pilihan buah-buahan tempatan segar, kek dan aiskrim ! Nak kongsi dengan kau orang pasal kek, Ju bagi thumbs up sebab tak manis tapi berperisa ! Sesuai la nak ending makan malam dengan rasa macam tu kan sebab kita dah makan menu berat-berat ni bila nak ending tu tak mau lah makan makanan yang manis haha. Tapi semua tekak tak sama, ada yang nak manis ada yang tak. So kau orang ada pilihan untuk hidangan yang disediakan๐Ÿ˜„

Nak kongsi dengan kau orang, The Coffee House menawarkan menu berbeza secara harian mengikut tema yang telah ditetapkan. So macam Ju ni datang pada hari Jumaat adalah malam bufet BBQ delight, bagi hari Isnin/Rabu dan Ahad pula ialah tema bufet International Spread. Bufet Curry Classy pada Selasa dan Khamis ialah bufet Selera Kampung manakala untuk Sabtu adalah bufet Seafood Galore. Haa banyak pilihan kan ! So untuk dapatkan info terbaru atau tempahan berkenaan bufet ni Ju sarankan kau orang hubungi Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu di 088 327 777 

Kalau kau orang ke sini nak cuba menu dia orang, The Coffee House terletak di tingkat 3 tau dan beroperasi setiap hari seawal 6 pagi sehingga 11 malam. Nak sarapan bufet dekat sini, waktu terbaik ialah 6 pagi ke 10.30 pagi manakala makan malam bufet pula bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 






Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu


Facebook : Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu
Instagram : @PanBorneoHotelKotaKinabalu
Email : enquiry@panborneohotelkk.com
Web : www.panborneohotelkk.com

12 comments

  1. sedapnya kambing bakar dia! Kalau pergi sana, confirm bertambah 2,3 pinggan :P

    ReplyDelete
  2. aduhai...kambing o kambing kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak repeat tapi takut perut kecik ni xmuat test menu lain pula xD

      Delete
  3. Fuyoo.. kambing tu.. suasana pun best..

    ReplyDelete
  4. bestnyaa, kaella tak berapa pndai sangat makan kambing tapi view dia cantikkkk!

    ReplyDelete
  5. sambil makan dalam suasana view yang cantik memang best lah Jun

    ReplyDelete
  6. Tetiba teringat balik tu kambing panggang ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete