Nando's Malaysia Raikan Ulang Tahun ke - 20 | iMAGO, Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Nando's ni merupakan restoran makanan berasal dari Afrika Selatan, di inspirasikan dari Portugis dan beroperasi sekitar 1987. So pada tahun 1998 pula dia orang berjaya buka restoran Nando's yang pertama dekat Kuala Lumpur dengan menawarkan menu makanan yang sesuai dengan tekak komuniti asia ni. Termasuk Malaysia, Nando's dah bertapak dalam 76 negara tau, fuh !



Menampilkan identiti dalam menu mereka menerusi hidangan ayam panggang atau dikenali ramai sebagai Peri Peri Chicken bersama sos Nando's dimana terdiri dari 6 jenis tahap kepedasan yang berbeza iaitu Plain, Lemon & Herb, Mango & Lime, Mild, Hot dan Extra Hot. 

Nando's Malaysia Raikan Ulang Tahun ke - 20 | iMAGO, Kota Kinabalu

Happy Birthday Nando's ! So pada hari Rabu baru ni Ju menyertakan diri dengan beberapa rakan blogger ke sambutan ulang tahun ke - 20 Nando's di salah satu cawangan dia orang di Kota Kinabalu iaitu kompleks beli belah terkemuka, iMAGO. Happening tau sambutan Nando's masa ni sebab semua pelanggan yang datang sangat sporting, tambah lagi bila pengacara event waktu tu dikendalikan oleh penyiar radio tempatan KK12FM @AMYDANGIN




Pengunjung yang hadir juga diberi peluang menghasilkan sos PERi-PERi sendiri menerusi tunjuk ajar dari pihak Nando's. So dapatlah kau orang rasa sendiri hasil tangan kau orang buat sos tu siap boleh bawa balik, Ju tak join bahagian stesen buat sos tu tapi nak juga ada sos sendiri haha. So pihak Nando's ada juga mengagihkan sos peri peri dia orang secara percuma siap dia orang lekat gambar kau orang dekat botol sos tu dengan syarat kena post gambar dekat Instagram masing-masing siap dengan #nandos20kk dan pastikan akaun ig tu public. Laju-laju Ju buat dan tadaaaa ! Dapatlah sebotol sos peri peri yang Ju pilih dari 6 jenis sos yang berbeza.



Sambil kita orang dihidangkan menu trademark Nando's, ayam panggang Peri Peri ; pengunjung dihiburkan dengan contest soal jawab santai secara individu dan kumpulan. Semua soalan mengenai Nando's so tak susah sangat pun, boleh rujuk dekat risalah yang dia orang sediakan. Tapi masa jawab tu kau orang taklah boleh tengok risalah tu haha. Sangat happening sebab semua sporting habis, siap ada yang naik atas kerusi nak jawab soalan dari pengacara, haha.


Bermula sederhana di Jalan Telawi, Kuala Lumpur ; Nando's berjaya memikat selera rakyat Malaysia dan berkembang menjadi salah satu restoran wajib dikunjungi bagi kau orang yang gemarkan menu ayam panggang. Selain itu, menu Nando's juga menawarkan kepelbagaian hidangan enak yang pasti buat kau orang ingin kembali ke Nando's !

Keunikan sos PERi-PERi  Nando's yang tersendiri ialah cili ditanam sendiri oleh 1,400 petani bebas di Afrika Selatan. Malah tiba musim menuai, petik pakai tangan tau bukan pakai mesin ! Menggabungkan ramuan asas seperti bawang, minyak zaitun, herba, lemon segar dan halia menambahkan lagi perisa sekaligus menjadikan Cili Sos PERi-PERi  Nando's jenama yang tiada tandingannya.



Menitikberatkan kualiti rasa dalam hidangan menu, ayam-ayam Nando's akan diperap terlebih dahulu selama 24 jam tau sebelum dimasak dan perapan sos adalah mengikut pilihan tahap kepedasan iaitu bermula dari Lemon & Herb sehingga ke Super Hot. Langkah ni bagi memastikan rasa sos sebati dengan ayam tu sekaligus menjadikan rasa ayam tu lebih enak. Nyummy !

Kau orang boleh dapatkan sos PERi-PERi dalam bentuk botol. Sempena ulang tahun ke - 20 kali ni, 3 cawangan Nando's di sekitar Kota Kinabalu iaitu Imago, Oceanus dan iMAGO menawarkan AYAM LUCKY DRAW dimana 100 peminat sos PERi-PERi bertuah berpeluang memenangi Full Platers (2 saiz besar ayam Nando's atau 4 saiz sederhana  ayam Nando's) dengan cara kau orang cuma perlu tunjukkan resit pembayaran makan dekat mana-mana cawangan  Nando's di Kota Kinabalu. 

Jenama sos PERi-PERi Nando's yang semakin dikenali ni juga boleh kau orang perolehi sebagai salah satu bahan keperluan rumah sebab tawaran 6 jenis tahap kepedasan ni tak mustahil memenuhi citarasa tekak asia kau orang yang sukakan makanan bersama sos. Dan guess what; boleh ganti sambal belacan tau !

"We are very excited about reaching such as significant milestone in here in Malaysia. We started in 1998 and 20 years on and we are still firing up the tastebuds of our amazing fans and hitting a few new-comers as well. Our magical little chilli called PERi-PERi is to thank for this as it is our heart and our heat and it is truly unique to Nando's."
Stephen Chew | CEO of Nando's Malaysia

"It is truly a moment of great pride and honour to have completed two successful decades here. Malaysia has been fantastic for Nando's as the Malaysian pride of diversity, hospitality and sense of family reflects the values that Nando's holds dear. At Nando's, we believe that the people and experience is what counts; and it is extremely satisfying to see so many enjoying the Nando's experience wholeheartedly."
added Stephen Chew

Di Sabah sahaja, 3 buah rangkaian restoran Nando's memastikan pelanggan mendapat yang terbaik bila menginginkan kelazatan dari PERi-PERi. Bermula di 1BORNEO sekitar 5 tahun lepas dan masih kukuh sehingga hari ini, Nando's ternyata berjaya menawan selera komuniti Kota Kinabalu.


Menarik berkenaan cili PERi-PERi ni yang kau orang perlu tahu juga ialah ; sebanyak 42,000 cili diperlukan untuk memenuhi 14 kilogram beg dan sebanyak 25,000 beg diperlukan untuk menghasilkan sos PERi-PERi setiap tahun iaitu bersamaan dengan 1 bilion cili !! Setiap pokok cili pula menghasilkan 300 cili  yang mana akan melalui proses petik dan pengasingan yang menggunakan tangan sepenuhnya. Kemudian dikeringkan secara semulajadi dibawah sinaran matahari Afrika. Tahukah kau orang, cili PERi-PERi memiliki Capsaicin atau kapsaisin dimana berupaya melepaskan hormon endorfin sekaligus menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh badan kau orang. Malah, cili ni juga mengandungi vitamin A,B dan C tau.

Kredit Google Map : Rujukan lokasi Nando's Imago Kota Kinabalu

Follow LAMAN MEDIA SOSIAL mereka SEKARANG !

Instagram : Nando's Malaysia
Facebook : Nando's Imago Kota Kinabalu
Laman Web : http://nandos.com.my/

2 comments

  1. seronoknya dapat buat sos tu ... mcm manalah rasa tu aaaa? :))

    ReplyDelete
  2. Tak pernah berjaya lagi nak ke Nandos.. kikiki.. Syok tu ada muka sendiri dekat botol sos Nandos tu..

    ReplyDelete