Menarik di Kota Kinabalu : Espace Synthetic Ice Skating Rink, Grand Merdeka Mall | Tuaran, Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Asbab memburu tempat best sekitar Kota Kinabalu dengan partner in crime Ju, (Uzu) pertama kali membawa diri ke Grand Merdeka Mall yang berada di kawasan Bandar Sierra, Tuaran untuk rasai sendiri ice skating yang baru dibuka oleh ESPACE di tingkat 2 kompleks beli belah ni. Tak jauh pun dari tempat tinggal Ju, ambil masa lebih kurang 15 - 20 minit ikut keadaan lalu lintas. Sebelum ni dengar berkenaan ice skating ni dari suami Ju dan ada plan nak sama-sama ke sini tapi memandangkan masa tak sesuai, plan kita orang malar tunggak haha.


Menarik di Kota Kinabalu : Espace Synthetic Ice Skating Rink, Grand Merdeka Mall | Tuaran, Kota Kinabalu

Sebut Ice skating mesti kau orang imaginasi tempat sejuk siap pakai glove dan baju sweater tebal kan ? Yes Ju tak nafikan dan sememangnya mengingatkan Ju dengan percutian bersama suami ke I-city Shah Alam awal tahun ni, perasaan tu memang best dapat rasai sendiri suasana sejuk berais walau kita tinggal di negara Asia dengan suhu tropika ni. Kalau nak pergi lagi, kenalah tunggu 3-4 tahun lagi sebab kau orang pun tahu kan kos nak bercuti ni bukannya murah apatah lagi bila melibatkan pengangkutan udara haha.



Berbeza dengan I-city Shah Alam, ESPACE menyediakan tempat luncur ais sintetik dimana bahasa mudah faham ialah tempat luncur ais menggunakan lantai plastik namun boleh created feeling kau orang seolah-olah berada di tempat luncur ais ori sebab lantai ais sintetik ni diletakkan suatu pelincir khas yang memudahkan lagi kau orang untuk meluncur menggunakan kasut luncur yang disediakan dekat situ malah suasana dalam Espace Synthetic Ice Skating Rink ni pun didekorasi dengan suasana sejuk tau ! 

Usai bayaran di kaunter utama, Ju teruskan ke kaunter pengambilan kasut dimana dekat sini kami di beri pilihan memilih 2 jenis kasut berbeza iaitu Kasut luncur bilah besi dan Kasut luncur jenis beroda. Memandangkan permukaan lantai ais sintetik yang tidak sama 100% dengan ais original, bagi Ju sesuai juga pakai kasut jenis beroda; ikut keselesaan masing-masing. Staff bertugas dekat Espace turut memaklumkan bila kelicinan lantai ais sintetik berkurangan, kebiasaan pihak Espace akan menawarkan pengunjung bermain kasut luncur roda sebelum lantai tersebut dibersihkan dan dilicinkan semula. Siap pilih saiz kasut, kami berbaris pula pilih peralatan keselamatan seperti Protecting Cover Sleeve atau pelindung lutut dan tangan serta helmet atau topi keledar. Peralatan keselamatan ni boleh didapati dalam pelbagai saiz sesuai dengan peringkat umur yang datang nak main luncur ais sintetik ni.




Sebab rasa kepala ni keras, taklah Ju pakai helmet. Tapi kalau kau orang bawa anak-anak, mesti pakai sepenuhnya peralatan keselamatan yang disediakan tau. Penguin yang Ju gunakan untuk seimbangkan badan dalam gambar diatas adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk pengunjung juga yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luncur ni. Penguin ni disewakan dengan harga RM 15 untuk sejam

Beroperasi setiap hari, aktiviti luncur ais sintetik yang disediakan oleh pihak ESPACE ni bagi Ju berbaloi dengan harga sebab tak ada masa terhad diberikan kepada pelanggan yang datang. Dan pasti bila sebut ice skating ni, point utama kena pandai seimbangkan badan kau orang untuk keselamatan diri dan juga pengunjung yang lain, bagi beginner macam Ju susah nak imbangkan badan jadi nak belajar tu kenalah biasakan kaki dulu guna kasut roller Ju tu. Kemudian, sepanjang masa Ju berpaut dekat dinding pagar yang disediakan untuk mengelakkan pelanggaran dengan pengunjung lain haha. Masa pergi dekat sini waktu hujung minggu, so Ju kena berhati-hati nak guna keseluruhan platform sintetik ais memandangkan kegunaan awam bersama jadi kenalah bertimbang rasa kan.




Bagi harga masuk pula berbeza semasa hari biasa Isnin hingga Jumaat dengan waktu hujung minggu. Kau orang boleh rujuk dekat bawah ni untuk kadar bayaran yang dikenakan, mudah nak arrange bajet kau orang bila plan nak bawa keluarga nanti :

Waktu Operasi 

  • 10 pagi ke 10 malam setiap hari

Harga Masuk Seorang
  • Isnin - Jumaat : Dewasa RM 12 / Kanak-Kanak RM 8
  • Sabtu & Ahad : Dewasa RM 15 / Kanak-Kanak RM 10 


Wajib Pakai semasa berada di kawasan ESPACE luncur ais sintetik

  • Kasut luncur (Pilihan 1 : jenis bilah besi / Pilihan 2 : jenis roda)
  • Sarung tangan
  • Stokin
  • Protecting Cover Sleeve



Dengan bayaran RM 42.00, termasuk harga loker untuk simpan barang peribadi sepanjang berada di Synthetic Ice Skating Rink ; taklah susah hati dengan barang peribadi kita kan masa nak bermain dekat situ. Loker ni satu pilihan juga untuk kau orang, kalau taknak apply kemudahan loker pun boleh tapi kehilangan barang tu atas tanggungjawab kau orang tau

Paling penting kena tahu juga, ESPACE bukan sahaja menyediakan Synthetic Ice Skating Rink, malah dia orang ada juga sediakan slot tarikan Archery Battle juga di tingkat 2 yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan Slot Bubble Soccer dimana untuk maklumat lebih lanjut kau orang boleh ke laman media Facebook dia orang dekat bawah ni


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi

Layari Laman Web Grand Merdeka Espace untuk maklumat terkini
Facebook : @GMEspace

3 comments

  1. Boleh cadang pada adik di sabah.. Adik kerja di Papar.. duduk sana dengan family dia.. mana taw boleh dia jalan2 sini.. harga tiket berpatutan.. :) thanks share info nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bgs juga sis =) most welcome sis =D

      Delete
  2. macam2 dah ade kat sabah skrg..

    ReplyDelete