Majlis Bersungkai bersama Adik-Adik dari Rumah Anak Yatim Tambunan & Rakan Media | Promenade Hotel Kota Kinabalu

Assalammualaikum💕


Majlis Bersungkai bersama Adik-Adik dari Rumah Anak Yatim Tambunan & Rakan Media | Promenade Hotel Kota Kinabalu

Berkongsi kehadiran Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ni dengan anjuran Promenade Hotel Kota Kinabalu, Ramadhan kedua Ju berpeluang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan dimana malam sebelumnya adik-adik ni telahpun stay dekat sini, sesuai lah kan sebab jarak Tambunan ke Kota Kinabalu ambil masa 2 jam, penat adik-adik kita kalau ulang alik huhu. Terdiri dari 24 kanak-kanak, waktu bersahur pula adik-adik kita ni  bersahur dengan Buffet Sahur yang disediakan oleh Promenade Hotel Kota Kinabalu, alhamdullillah. Majlis berbuka puasa hari kedua Ramadhan ni juga turut dihadiri oleh rakan-rakan media cetak dan media sosial || 18 Mei 2018, Kota Kinabalu Sabah



Bersama Promenade Hotel, adik-adik dari RAY ni didedahkan dengan Hotel Educational Tour dengan objektif memupuk minat mereka dari awal untuk menyertai industri perhotelan sebaik berada dalam bidang kerjaya. Lawatan singkat ni bermula dengan pemeriksaan bilik ke bilik yang telah disediakan, melihat pejabat dan kaunter depan, dapur utama, bahagian keselamatan, Kejuruteraan, Housekeeping, bahagian Pastri dan Promenade Club Floor/Lounge


Sewaktu Majlis Sungkai di Promenade Cafe, kelihatan senyuman manis di wajah adik-adik ni dan pada masa yang sama dimana perut masing-masing hadirin pun siap mampat dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh pihak Promenade Hotel, series sampai Ju sendiri tengok pada mula tu tak tahu nak pilih mana satu untuk menu heavy Ju berbuka sebab kiri kanan semuanya menyelerakan !



Menikmati setiap menu berbuka, usai makan adik-adik dari RAY turut diraikan juga dengan menerima sebotol Biskut Pelangi dan Duit Raya dari pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu diwakili oleh Ms Anita Chung, Pengarah Jualan dan Pemasaran bersama Encik Hafizan Wong, Pengurus Besar. Manakala rakan-rakan media pun dapat juga tau biskut pelangi meriah tu 😋 Ju tak sampai hati nak buka sebab comel sungguh botol cookies ni !



Apa yang kau orang perlu tahu bagi setiap persediaan menu mewah di Promenade Hotel Kota Kinabalu ni disediakan sepenuhnya oleh team Master Chef tau, fuh. Selain dari kambing panggang, menu popular Buffet Sungkai juga melibatkan lebih 200 jenis hidangan mewah sempena Ramadhan dengan turut menawarkan International Buffet Dinner bermula dari RM 138 seorang, menampilkan selebriti Chef Ismail dimana beliau akan hadir pada esok 21 Mei 2018 (Isnin) dengan menawarkan 17 jenis hidangan eksklusif beliau. Bersama tu juga, Promenade Cafe turut menghidangkan menu tersendiri mereka yang terdiri dari  minuman Coconut Milkshake manakala Ekor Asam Pedas ala Promenade, Udang Masak sambal Petai dan Kari kepala Ikan bagi makanan dari Chef Mohd Firdaus Abdullah. Dan apa yang kau orang perlu tahu juga kalau nak menunaikan Solat sunat Terawih dekat sini pun boleh, Promenade Hotel sediakan tempat solat so kau orang boleh pergi dekat  tingkat 2, Teratai Room.

Menurut  Encik Hafizan Wong, Restoran Halal Dynasty Chinese juga menyediakan pilihan menu set Sungkai  dari harga RM 68 seorang minima 5 orang dan ke atas atau kau orang diberi pilihan juga untuk tempah secara berasingan.


Sepanjang bulan Ramadhan ni, Promenade Hotel menyediakan Buffet Sahur yang mana bermula dari jam 12 tengah malam sehingga ke 4.30 pagi dengan harga RM 50 seorang di Promenade Cafe

And yes untuk info kau orang juga, Premium Ramadhan Dessert kembali pada pada tahun ni atas permintaan tinggi tau ! Pencuci Mulut Ramadhan ni disediakan sepanjang Ramadhan dan kau orang boleh dapati atau nak take away juga pun boleh bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam di Deli Corner

Jika kau orang plan nak buat Iftar Ramadhan, Sahur atau Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan tak kisah lah dekat Hotel Promenade atau kau orang plan nak buat dekat Ofis atau rumah kau orang sendiri, boleh dapatkan servis katering dengan Promenade Hotel ! Mudahkan ? Apatah lagi dengan pelbagai tawaran menu dari Promenade, kau orang just entertain luang masa dengan family dan rakan. Surely best !


Ju nak kongsikan dengan kau orang juga disini set menu Sungkai yang ditawarkan oleh Restoran Dynasty Chinese, Promenade Kota Kinabalu kepada pelanggan dia, so bolehlah kau orang rancang lebih awal kan sekiranya nak bawa mereka yang tersayang berbuka bersama.

Sungkai Set menu A
RM 68 Seorang (minima 5 orang ke atas)
  • Fish Maw Soup with Crab meat
  • Roasted chicken with shredded mango & Thai sauce
  • Braised Beancurd skins with vegetables
  • Steamed fish fillets with garlics sauce
  • Wok fried sliced beef with BBQ sauce
  • Pan fried egg plants with minced chicken & salted fish
  • Szechuan style fried mixed seafood
  • Steamed white rice or fried noodles
  • Chilled longan with white beancurds

Sungkai Set menu B
RM 68 Seorang  (minima 5 orang ke atas)
  • Thai tomyam seafood soup
  • Sweet & sour fish fillets
  • Deep fried beancurd skin rolls with mayonnaise
  • Crispy roasted chicken with prawn crackers
  • Fried lamb with mongolian sauce
  • Szechuan style braised beancurd
  • Fried seasonal vegetables with garlic
  • Steamed white rice or fried rice
  • Fresh local seasonal fruits

*Includes a plate of "kurma" or Malay kueh & a glass of selected Soft Drink*


Dapatkan maklumat lanjut sekarang di 


Promenade Cafe in Kota Kinabalu Tel : (60) (88) 252 396 / 265 555 Ext : 5107
Catering online : 088 251 415 atau email ke
Sales@promenade.com.my

4 comments