Jom Iftar ! Buffet Selera Kampung | Restoran Tepi Laut Makan Street | Shangri-La's Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu

Assalammualaikumđź’•


Bagi kau orang yang tinggal sekitar Kota Kinabalu, Shangri-La's Rasa Ria Resort ni bukan suatu yang asing lagi dimana hotel bertaraf 5 bintang ni terletak dekat Pantai Dalit Tuaran. Apa yang kau orang MESTI TAHU ialah bulan Ramadhan kali ni merupakan tahun pertama Restoran Tepi Laut Makan Street milik Shangri-La's Rasa Ria Resort & Spa  ni menawarkan hidangan buffet dengan memberikan pilihan  terbaik bagi kau orang yang mencari hidangan buffet berkualiti dengan harga berpatutan dimana buffet dia orang ni bertemakan "Selera kampung" tau !


Jom Iftar ! Buffet Selera Kampung | Restoran Tepi Laut Makan Street | Shangri-La's Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu




Kalau kau orang bukan sahaja jenis "food hunting" tapi pada masa yang sama kaki selfie macam Ju ni, perlu juga kau orang tahu lokasi Restoran Tepi Laut Makan Street ni berhampiran kolam renang dan pantai so memang dia punya persekitaran aman damai dan sedap mata memandang sambil kau orang menikmati juadah yang disediakan tu. Paling best tu konsep restoran yang digunakan dekat sini ialah gerai makan jalanan dan jajaran restoran dalam bangunan rumah kedai dan bagi buffet berbuka puasa, setiap gerai dalam restoran ni menghidangkan sajian dari serata Asia. Terasa pergi ke bazar tapi dengan suasana yang lebih selesa, moden dan mewah kan gitu.

Salah satu gerai yang ada dekat sini ialah Gerai 'Curry House', dah nama kari mesti menu pun berasaskan kari seperti Kari Ikan, Ayam Goreng Berempah, Rendang Kambing dan sebagainya. Kau orang bebas nak pilih dan mencuba menu disetiap gerai ni tau. Turut disediakan dekat sini gerai Sabah Vegetables, Asian Grill, Roti House dan juga Noodles & Chinese BBQ.


Kambing Bakar bersama sos cendawan dan lada hitam adalah menu istimewa dari Restoran Tepi Laut  kepada  pengunjung, kau orang jangan hairan tau kalau ramai berbaris panjang nakkan Kambing Bakar ni sebab cara masakan yang sempurna menyerlahkan lagi hidangan ni, pergh  so kalau taknak terlepas; dapatkan buffet berbuka kau orang cepat-cepat. Selain tu, kau orang boleh dapatkan hidangan Ayam Pansoh, Ayam Percik, dan Ikan Bakar juga dekat sini.



Menu buffet dekat sini pun ada sentuhan resepi keluarga dari Chef De Cuisine, Roslan Adnan; iaitu hidangan Sambal Kelapa dan sebagainya. Malah beliau juga yang menyediakan Ikan Bakar tau. 


"Hidangan buffet berbuka puasa ini diberikan kawalan kualiti yang tinggi untuk menjamin kepuasan para pelanggan, hidangan sate yang pelbagai juga disediakan seperti Sate Ayam, Daging dan Kambing"
-Charlene Tan, Pegawai Eksekutif Komunikasi-



Bukan sahaja hidangan utama ni ada beberapa menu malah hidangan manisan pun macam-macam tau, bermula dari kuih muih tradisional Melayu hinggakah ke sajian pencuci mulut antarabangsa, fuh. Tak tinggal pencuci mulut aiskrim tu kiranya wajib ada, malah minuman pun pelbagai. Nak panas ke sejuk , manis atau tawar kau orang boleh pilih ikut keselesaan tekak. 

Harga Hidangan Buffet Buka Puasa "Selera Kampung" bagi dewasa adalah RM 158 manakala RM 50 pula untuk kanak-kanak bermula dari umur 6 hingga 12 tahun. Tambahan tu, Shangri-la Rasa Ria Resort menawarkan 2 tiket percuma untuk kau orang yang beli 3 tiket khas untuk Buffet Buka Puasa ni, bestkan ! So tunggu apa lagi, cepat-cepat book seat bersama yang tersayang. Berjemaah lagi baik, dapat jimat dekat situ dengan harga berpatutan dia orang ni




Sebarang pertanyaan atau tempahan kau orang boleh hubungi di talian 088 797 855 yang beroperasi dari 9 pagi sehingga 7 malam . Hidangan Buffet Buka Puasa, Restoran Tepi Laut Makan Street Shangri-La's Rasa Ria Resort Kota Kinabalu berlangsung dari 15 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018



Facebook : @ShangriLaRasaRiaResort
Instagram : @ShangrilarasariaresortTuaran
Laman Web : http://www.shangri-la.com
Sabahan Blogger ; www.curioustraveller.com / www.Jun-zie.com / www.miakassim.com / www.yatieowner.com /  www.lizaizara.com

No comments