Dapur Berapi bersama Selebriti Chef Ismail, Promenade Cafe | Promenade Hotel Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕


Junzie bermimpi jumpa Selebriti Chef Malaysia, Dato' Chef Ismail Ahmad ?? TIDAK ! ini betul betul. Dan kerana itu, semakin lebarlah senyuman Ju menempuh sesi Dapur Berapi dan baki seharian puasa di penghujung hari ke 5 Ramadhan ni



Dapur Berapi bersama Selebriti Chef Ismail, Promenade Cafe | Promenade Hotel Kota Kinabalu

Dato' Chef Ismail Ahamd atau lebih dikenali sebagai Chef Ismail, dibawa khas oleh pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu untuk melihat dan merasa sendiri hidangan Melayu eksklusif sentuhan beliau di Promenade Cafe sempena bulan Ramadhan ni. Di inspirasikan dari resepi tradisional dan makanan menu asli Melayu, Chef Ismail sangat dikenali dalam penyediaan menu warisan Melayu dimana beliau mengekalkan resepi tradisional dalam bidang kulinari agar tidak hilang ditelan zaman dan kekal diwarisi sehingga generasi seterusnya


Berasal dari perkampungan Melayu di Negeri Sembilan, Chef Ismail hadir di Promenade Kota Kinabalu dengan memulakan sesi memasak dari salah satu daripada 17 jenis menu sentuhan beliau iaitu "Nasi Ulam Chef Ismail" dimana turut hadir menyaksikan sesi Dapur Berapi ni ialah Yang Berbahagia Datuk Dr Yeo Boon Hai, Datuk Bandaraya Kota Kinabalu di Promenade Cafe yang beroperasi 24 jam sehari

Sesi ni kemudiannya dimeriahkan lagi dengan "Cabaran Masakan Istimewa" antara tetamu kehormat; Datuk Bandaraya Kota Kinabalu dengan artis tempatan; Tian Long dimana peserta kena follow menu yang disediakan oleh Chef Ismail diawal tadi berkenaan "Nasi Ulam" tu tapi kalau ada versi sendiri pun lagi baik asal rasa tu masuk dekat tekak. Beberapa moment mencuit hati antara 2 peserta ni dapat juga Ju tengok apatah lagi bila bab bertanding ni dilihat oleh Selebriti Chef Ismail sendiri. Kalau Ju confirm ketar-ketar tangan tu, yala dah pakar makanan kot tengah tengok apa kau orang tengah buat haha.



Keputusan dinilai oleh 3 orang juri memihak kepada Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk buat versi "Nasi Ulam Datuk Mayor" gitchuu sebab Ju tengok pun memang berbeza rupa dan rasa dari "Nasi Ulam Chef Ismail". Tahniah Datuk


Sesi Dapur Berapi diakhiri dengan berbuka puasa di Buffet Sungkai Promenade Cafe dengan tawaran hidangan mewah Ramadhan lebih daripada 200 menu termasuklah 17 jenis menu sentuhan eksklusif dari Selebriti Chef Ismail sendiri iaitu
  • Gulai Lemak Telur Itik
  • Asam Pedas Ikan
  • Ayam kurma
  • Ayam percik Kelantan
  • Bubur Lambuk
  • Daging Bakar Air Asam kerisik
  • Daging Masak Hitam
  • Kerabu Mangga Rebung
  • Kerabu Pucuk Paku & Taugeh
  • Ketupat Sotong
  • Laksa Asam
  • Lawar Jantung Pisang
  • Lemak Cili Padi Daging Salai
  • Nasi Minyak
  • Nasi Ulam Chef Ismail
  • Sambal Udang
  • Air Bandung Chef Ismail

Lawati & Follow IG ATAU FB @Jun.zie untuk lebih photo & video

Manakala bagi pihak Promenade Kota Kinabalu sendiri juga turut menawarkan hidangan eksklusif mereka menerusi sentuhan dari Chef Promenade Cafe ; Mohd Firdaus Abdullah iaitu

  • Kari Kepala Ikan
  • Asam Pedas Ekor / Oxtail Asam Pedas ala Promenade
  • Udang Masak petai
  • Coconut Milkshake
Hidangan eksklusif ni kau orang boleh peroleh sepanjang Ramadhan ni dengan harga RM 138 untuk dewasa dan RM 69 bagi kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun

"Selain menyediakan menu semasa bulan Ramadhan, pihak Promenade Cafe juga menawarkan hidangan Buffet Hari Raya Pertama dan Kedua sempena perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba kelak pada bulan Jun 2018"

"Jika anda merancang untuk Ramadhan Iftar, Sahur atau majlis sempena Hari Raya Aidilfitri, usah risau ; biarkan kami menguruskan segalanya untuk anda sementara anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan di Promenade Cafe mahupun di tempat anda sendiri sama ada pejabat atau rumah"
-Encik Hafizan Wong, Pengurus Besar-

Catering Hotline
088 251 415
ATAU 
Email butiran tempahan ke
Sales@Promenade.com.my 

Nak solat selepas usai berbuka puasa ? Promenade Kota Kinabalu menyediakan ruang kepada kau orang di Bilik Teratai aras 2. So nasihat Ju untuk kau orang diluar sana, jika plan nak berbuka puasa atau nak buat apa pun tempahan dengan Promenade Cafe pastikan direct hubungi 088 252 396. Awal lagi baik tau. 

5 comments

  1. adui na...RM138 utk buka puasa - kira double dr harga biasa buffet Promenade, kan? Tapi mesti sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Best Junzie dapat jumpa Chef Ismail..

    ReplyDelete