Bazaar Ramadhan 2018, Latest Recipe | Le Meridien Kota Kinabalu

Assalammualaikum ๐Ÿ’•


 Bazaar Ramadan 2018, Latest Recipe | Le Meridien Kota Kinabalu 

Masuk bulan Ramadan ni kalau tak singgah ke Bazar macam tak lengkap suasana bersungkai tu kan. Pendek kata, Ramadan dan bazar berpisah tiada, tak gitu. Biasa kalau kau orang pergi mana-mana bazar mesti jumpa macam-macam menu juga kan tapi kau orang perasan tak mesti menu tu hanya terikat kepada menu tempatan dan menu Western sikit tapi yang biasa kita jumpa dekat bazar ni kebanyakannya Lamb atau chicken Chop sahaja. Kau orang nak tak rasa suasana bazar yang menghimpunkan kepelbagaian menu tempatan, Asia dan Barat dalam satu tempat ?



Restoran Latest Recipe, Le Meridien mengetengahkan konsep bazar tau tahun ni, so kau orang yang nak suasana tempat makan selesa bersama keluarga atau rakan-rakan dengan 350 pilihan makanan berbeza, kena datang sini ! Antara tarikan menu Sungkai Buffet di Latest Recipe ni ialah

  • 13 Gulai Kawah Adik Beradik ; Hidangan gulai kawah ni salah satu yang menonjol bagi Ju masa datang ke Restoran Latest Recipe. Terasa macam berada di perkampungan dengan suasana lebih moden. Sesuai dengan nama dia, 13 buah kawah di bariskan dekat hujung berhampiran pintu keluar masuk Le Meridien, dimana dalam kawah tu terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri dari menu berasaskan makanan laut, daging, ayam dan sayur yang dimasak mengikut citarasa tempatan. Manakala untuk nasi biasa dan nasi Briyani pula diletakkan dalam bekas kukus di kiri dan kanan penghujung 13 Gulai kawah ni, fuhhh !



  • Sup GearBox ; Atau dikenali Sup Kaki Lembu. Gearbox yang ditawarkan dekat Latest Recipe ni baik kau orang ambil satu saja tau sebab kaki lembu dia orang besar gedebak ! sesuai untuk makan 2 atau 3 orang. Kalau dah saiz besar tentulah puas hati juga hirup lemak dalam tulang tu, haha. Tapi jangan pula kau orang hirup kalau dah maklum kesihatan tu tak boleh terlampau makan daging tau, sebab sup gearbox ni memang kaya dengan lemak dia. Paling best semua daging sup gearbox yang melekat dekat tulang tu mudah nak pisahkan dari tulang. Thumbs up Latest Recipe !
  • Roast Lamb ; Nak bagitau kau orang kambing panggang yang disediakan Restoran Latest Recipe ni masa Ju pergi sana tak sampai 2 jam tau dah clean and clear oleh pengunjung ! perghhh. Ju nak rasa masa trip kedua kambing panggang disediakan tapi perut full pula haha. So bagi kau orang yang terlepas macam Ju ni, jangan risau sebab Latest Recipe sediakan 2 ekor kambing panggang setiap hari. Paling baik, kau orang booking awal seat dengan pembelian Voucher Buffet Sungkai so tak payah risau,  kau orang akan dapat rasai semua menu di Latest Recipe ni termasuklah kambing panggang atau Roast Lamb ni



A post shared by Junzie (@jun.zie) on



A post shared by Junzie (@jun.zie) on

  • Local Live Station Stall ; Apa yang kau orang boleh dapat dekat deretan stesen gerai tempatan ni pula ialah sudah tentu makanan tempatan seperti Satay, Chinese Delight, Lok Lok, Mee Kuah, Signature Asian, Nasi Lemak dengan secara live kau orang dapat tengok cara penyediaan makanan yang ditawarkan dekat sini. Bagi menu Satay, Latest Recipe menyediakan ruangan dekat luar Le Meridien untuk bakar-bakar, so Satay yang kau orang dapat dari stesen Satay tu memang fresh panas-panas tau. 
  • Dessert Wonderland ; Yes ni memang my TOP favourite Ju sebelum 13 Gulai Kawah Adik Beradik dekat atas tu. So in love sangat dengan konsep warna warni yang digunakan. Dah nama dia Dessert Wonderland kan, kau orang boleh dapatkan macam-macam jenis pencuci mulut disini bermula dari macaroon, aneka kek puding, gula-gula, marshmallow dengan Coklat Fondue. Jika kau orang cari pencuci mulut yang tak sejuk pula, pun ada juga dekat sini seperti Bubur Kacang Merah, Bubur Keladi, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pisang dan Bubur Beras Pulut Hitam. Bagi sejuk pula, Latest Receipt sediakan White Fungus with Longan, Buko Pandan dan Sea Coconut, fuhh ! Banyak lagi tau selain ni, memang layaklah letak Dessert Wonderland untuk bahagian pencuci mulut ni 



Buffet Sungkai bersama Le Meridien sepanjang Ramadan ni kau orang boleh dapatkan harga RM 138 seorang, berbaloikan !  Menariknya lagi jika kau orang plan nak bawa berjemaah keluarga dan rakan, kau orang purchase 20 Prepaid Voucer dapat 1 Voucer percuma tau. Di mana harga asal bagi buffet ni ialah RM 168 seorang dewasa dan RM 80 bagi kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. 

Sekali lagi Ju nak bagitau, 5 menu ni antara tarikan Restoran Latest Receipe sepanjang Ramadhan ni dan terdapat 350 menu lagi tau menanti kau orang dekat sini. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bazaar Ramadhan, Restoran Latest Recipe dibawah ni dan Ju selitkan juga peta lokasi Le Meridien Kota Kinabalu untuk rujukan kau orang ๐Ÿ˜Ž


No tel : 088 322 222

3 comments

  1. Meriah juadah nya ๐Ÿ˜
    Syok ni..

    ReplyDelete
  2. dessert wonderland tu juga yg paling awesome!
    boleh stuck lama2 di situ mau pilih sweets yg mana satu mau dimakan ...

    ReplyDelete
  3. Dessert Wonderland dgn kambing tu je yang Sha nampak.. kikiki..

    ReplyDelete