Voucher Percuma Program Saringan Kesihatan PERKESO

Assalammualaikum­čĺĽ

Alhamdulillah berada di bidang kerjaya sekarang,  Ju dapat macam-macam ilmu terutama mengenai pengurusan hartanah dan YES masih banyak lagi Ju perlu lalui, insyallah jika dipanjangkan rezeki dekat sini ­čśü So tup tap tup dah masuk 3 tahun setia dengan company sekarang, salah satu tugas Ju ialah mengurus 7 ahli maintenance team. Pendek cerita, Ju jugalah yang mengawal selia gaji dia orang ni. Penutup bulan Februari 2018 ni Ju dapat satu surat mengenai Program Saringan Kesihatan PERKESO beserta 3 voucher percuma untuk maintenance team yang Ju selia tapi peliknya kenapa cuma 3 orang sahaja dapat berbanding 7 orang ?

Voucher Percuma Program Saringan Kesihatan PERKESO


APA TU PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO ?

Rupanya khas kepada mereka yang akan mencapai umur 40 tahun sahaja pada 2018. Voucher diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh bekerja dan adalah tanggungjawab majikan untuk mengedarkan voucher tersebut kepada pekerja berkenaan dan menggalakkan dia orang untuk ambil peluang menjalani pemeriksaan saringan kesihatan ni dengan PERCUMA di panel klinik yang berdaftar. Program ni dijalankan sejak tahun 2013 lagi, so bagi mereka yang pernah dapat voucher tapi terlepas masih boleh gunakan voucher sebelum ni sebab tempoh penggunaan voucher dilanjutkan sehingga tahun ni, 2018.

Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi. Hasil pemeriksaan akan dapat memberi maklumat berkaitan risiko penyakit jantung menerusi Framingham Score. Bagi wanita pula, saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim


KELEBIHAN PEMERIKSAAN SARINGAN KESIHATAN PERCUMA

Bagus juga program ni bila Ju baca manfaat yang dimaklumkan DISINI, antaranya dapat cegah awal penyakit bagi mereka yang manfaatkan sepenuhnya khidmat yang diberikan. Selain tu, mereka yang terbabit juga dapat mencegah risiko kehilangan sumber pendapatan atas faktor kesihatan. Kadang kala tengok luaran sihat tapi tak tahu dalaman kita macam mana, bila dapat tahu masa tu penyakit dah teruk sampai bagi effect dengan harian kita. Insyallah kita cuba cegah bila dapat peluang pemeriksaan kesihatan macam ni. So tak sia-sia juga kita semua bayar insurans PERKESO tu setiap bulan bagi mereka yang bekerja. Sikit-sikit potongan pun, alhamdulillah dapat membantu kelak kan.

Ju amati penerima voucher dapat 2 voucher berbeza iaitu ; dengan dan tanpa label "MAMOGRAM" yang tertera, so bila rujuk balik antara perbezaan voucher ni ialah

Voucher tanpa label Mamogram diberikan kepada lelaki dan wanita, pemeriksaan kesihatan termasuk

  • Pemeriksaan Fizikal, Darah
  • Konsultasi, khidmat nasihat yang berkaitan
  • Analisa laporan
  • Ujian pemeriksaan (Full Blood Count, Fasting Glucose, Fasting Lipid Profile, Urine Feme)

Voucher dengan label Mamogram diberikan kepada wanita SAHAJA iaitu 
  • Ujian Pap Smear : Waktu terbaik untuk ujian ini adalah ketika tidak datang haid & sebaiknya 2 hari sebelum elakkan bersama dengan pasangan atau elakkan mengambil ubat perancang kehamilan melalui vagina
  • Mamogram (Mengesan tanda-tanda kanser payudara) : Sebaiknya dilakukan seminggu selepas kitaran haid berhenti. Dan elakkan mengambil pewangi ketiak atau payudara bagi mengelakkan kekeliruan hasil ujian


Apa Ju lakukan bila dapat Voucher ni ? Ju buat apa yang disarankan oleh pihak PERKESO dengan membuat penerangan kepada mereka yang memperoleh voucher ni, dan juga Ju dapatkan senarai panel klinik yang berdekatan untuk rujukan dia orang beserta nombor yang boleh dihubungi untuk set appointment bagi memudahkan dia orang untuk jalankan pemeriksaan tanpa mengganggu jadual kerja. Voucher kena bawa semasa appointment untuk pengesahan, hasil pemeriksaan yang dilakukan nanti, pekerja boleh dapatkan salinan laporan tersebut dengan pihak klinik. Check panel klinik Program Saringan Kesihatan PERKESO di SINI

Sampel Voucher Program Saringan Kesihatan PERKESO


Voucher tak pernah pakai tapi HILANG atau ROSAK, boleh terus hubungi talian Hotline HSP  untuk penggantian voucher atau mereka berkenaan boleh kunjungi pejabat PERKESO berdekatan.

Emel : hsp@perkeso.gov.my
Laman Web : sihat.perkeso.gov.my
Talian Hotline : 03 4264 5089 / 03 4252 1258/4475/4476

3 comments

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  3. Bagus inisiatif dari Perkeso untuk jaga kebajikan pekerja :)

    Done followed back #255

    ReplyDelete