GAGS & COFFEE CFM | Sketsa Pengguna Bijak

Assalamualaikumđź’•

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada Februari 2010 dan merupakan forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menjadi platform bagi industri dan pengguna atau orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia sendiri. CFM juga menjadi saluran kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikai dan multimedia



GAGS & COFFEE CFM | Sketsa Pengguna Bijak


Komited dalam memperkasakan pengguna, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) membawakan "Gags & Coffee CFM : Sketsa Pengguna Bijak" di Padang Merdeka bagi berkongsi maklumat berkaitan isu telekomunikasi yang dihadapi pengguna di Sabah || Kota Kinabalu, 17 Mac 2018

Program kali ini diadakan di Sabah bagi memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab CFM bagi meningkatkan kesedaran pengguna setempat di samping berkongsi maklumat yang bermanfaat mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang diperlukan terhadap perubahan teknologi serta cabaran media yang terdapat dalam industri




"Gags & Coffee  merupakan sebuah pendekatan baharu bagi CFM dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna.  Perkongsian maklumat pada kali ini berbentuk santai dan dekat dengan pengguna kerana topik yang idsampaikan merupakan aduan tertinggi diterima oleh CFM daripada pengguna di Sabah kerana mengikut rekod, CFM telah menerima sebanyak 128 aduan bagi tahun 2016 manakala pada tahun 2017 pula mencatatkan 59 aduan dan terbaharu sebanyak 15 aduan telah dilaporkan setakat tahun ini. Tiga aduan tertinggi yang diterima oleh CFM melibatkan Rangkaian, Pemberian Perkhidmatan, Bil & Caj"
- Mohamad Yusrizal Dato' Yusoff | Pengerusi CFM -

Bagi edisi Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) kali ini, CFM menggunakan cara penyampaian yang berlainan dengan menampilkan barisan pelawak seperti Mad Sabah dan AG Hafiz untuk berkongsi tentang contoh-contoh masalah yang sering dihadapi pengguna.





CFM memainkan peranan penting untuk memperkasakan pengguna serta komited untuk melindungi hak-hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia. Pada era masa kini dimana maklumat yang kurang tepat mudah untuk diperolehi, CFM merupakan platform pilihan pengguna untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan tips berkaitan dengan komunikasi dan servis multimedia. 

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM menerusi saluran berikut 

Portal Aduan CFM : aduan.skmm.gov.my | Sistem Bersepadu bersama SKMM
Hotline : 1-800-18-2222
Emel : aduan@cfm.org.my
Alamat : CFM, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

ATAU 

Muat turun aplikasi mudah alih "My Mobile Rights" di Google Play Store dan App Store

1 comment

  1. wahhh bagusnya CFM ambil inisiatif macam ni untuk tingkatkan awareness dalam masyarakat :D

    ReplyDelete