Makan-Makan : Menu Tradisi Indonesia | Thai | Sarawak | Local @ Imyati Cafe, Sadong Jaya Kota Kinabalu

Assalammualaikum💕

Ju dan makanan tradisi berpisah tiada, tak kira tradisi tempatan atau dari negara seberang selagi sesuai dengan tekak dan halal, insyallah ok. Setakat ni menu tradisi seberang  yang Ju suka dan bukan suatu yang asing pun dengan kita iaitu menu Indonesia dan Thai. Sebut dua negara ni mestilah menu yang pedas itulah keistimewaan dia orang tapi berbeza dari segi bahan, pembuatan dan resepi. Makanan tradisi takkan pernah muak ditekak. Tak kisah kau orang berasal dari negeri mana , sejauh mana kau orang pergi, sudah tentu makanan tradisi juga yang kau orang cari😁


Makan-Makan : Menu Tradisi Indonesia | Thai | Sarawak | Local @ Imyati Cafe, Sadong Jaya Kota Kinabalu


Bila Ju singgah makan di mana-mana restoran yang menghidangkan tradisi Indonesia, menu lele penyet atau ikan keli penyet atau ayam penyet akan jadi pilihan Ju. Bagi Ju pelengkap utama hidangan Indonesia ni adalah sambal. Setakat Ju pusing dekat KK - Kota Kinabalu, sambal paling cun Ju rasa dekat Imyati Cafe Sadong Jaya ni. Sambal berbeza ikut jenis hidangan yang kau orang order dan istimewanya sambal dekat Imyati Cafe ni di masak selama 3 jam sehingga pecah minyak tau. Kalau kau orang nak menu lain pun ada juga, boleh checking senarai menu yang ada dekat sini

Berada di LOT 3 D'Riverside Food Court, Sadong Jaya Kota Kinabalu. Imyati Cafe ni telahpun berada disini hampir setahun dengan menyediakan berpuluh jenis menu berbeza untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun malam dengan harga ekonomik. Buka seawal 06:00 pagi dan tutup sekitar jam 11:00 malam bila ramai pelanggan sebab dekat sini ada busking setiap hari selepas waktu maghrib. So kira santai juga bila makan dekat sini dengan suasana tempat makan yang selesa, sangat sesuai untuk kau orang bawa rakan-rakan atau keluarga juga.




Sebut Thailand, mesti terkenal dengan kepedasan tomyam. Area Kota Kinabalu bila makan dekat luar dan teringin nak makan tomyam sangat sukar untuk temukan restoran yang memenuhi citarasa pelanggan mahupun hidangan tomyam tu sendiri. Situasi yang selalu Ju alami, order tomyam seafood tapi dapat tomyam yang penuh fishcake berbanding sepatutnya dalam tu ada campuran sotong dan udang. SANGAT berbeza dengan hidangan Tomyam Udang Galah dari Imyati Cafe Sadong Jaya ni, dari jauh kau orang dah nampak sesungut udang galah tu ok 😍 bab rasa lagilah Ju tak terkata nak bagitau kau orang camana, baik kau orang pergi dan rasa sendiri 😋 tengah taip ni pun Ju dah telan air liur tau ! HAHA.

Dengan kepelbagaian menu yang ditawarkan, setakat ni menu yang popular ialah Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang. Keistimewaan nasi ni menurut Puan Yati terletak pada ikan baulu tu sendiri. Tulang-tulang ikan baulu telah dipisahkan sebelum dimasak mengikut resipi Imyati Cafe sendiri, bagi kau orang yang risau sangkut dekat gigi dah jangan risau, kau orang boleh nikmati Nasi Ikan Baulu ni dengan bahagianya bersama sambal belacan yang disediakan. Perghh Ju sangat layan makan ni lagi-lagi masa lunch hour. Ya Allah, gagah makan sampai keringat dengan sambal tu, menyengat !



Penggemar menu Mee Kolok Sarawak, kau orang boleh lepaskan gian dekat sini atau baru nak cuba dan kenal apa tu mee kolok. Ju rekomen kau orang datang ke Imyati Cafe Sadong Jaya ni. Kenapa ?? Sebab mee kolok dia boleh bawa kau orang balik Sarawak kejap ! 😁 Ju pernah makan mee kolok Sarawak asli masa bercuti ke Limbang dengan suami,  dan rasa tu memang buat Ju teringat kenangan tu. Tau tak kau orang, sup yang disediakan untuk Mee Kolok Sarawak Imyati Cafe ni tidak sama dengan sup-sup untuk nasi campur atau nasi berempah tu tau. Puan Yati sangat pentingkan kualiti setiap hidangan beliau dan Ju bagi thumbs up untuk semua penyediaan makanan dekat Imyati Cafe Sadong Jaya ni !

Kalau tekak kau orang mencari menu lain selain dari yang Ju kongsi ni, ada juga menu bergoreng disediakan dekat sini berserta menu nasi campur dimana kau orang boleh pilih lauk atau sayur ikut citarasa kau orang. Bagi yang datang nak makan menu ringan, boleh cuba kuih bergoreng. Pendek kata, macam-macam ada dekat sini bagi kau orang penggemar makanan tradisi Indonesia, Thailand, Sarawak mahupun tempatan.

Jika kau orang plan nak ke sini, Ju sarankan kau orang datang awal masa lunch hour atau lagi baik booking tempat duduk sebab meja cepat penuh tau begitu juga jika kau orang plan nak bawa rakan atau family makan dekat sini, tempah awal lebih baik jadi tak terlepas peluang nak menikmati menu istimewa dari Imyati Cafe ni 😉 Pihak Imyati juga menawarkan perkhidmatan katering, bagi kau orang yang ada planning untuk majlis rasmi atau tidak rasmi bolehlah cuba khidmat katering Imyati Cafe.


Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat (06:00 am - 11:00 pm)
Facebook : Imyati Cafe Sadong Jaya

Imyati Cafe Lot 3, D'Riverside Food Court, Sadong Jaya Kota Kinabalu

Untuk tempahan duduk atau katering 
Hubungi Puan Yati di talian 016 889 4378




Bersama Pengusaha dan Pemilik Imyati Cafe, Puan Yati





Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat (06:00 am - 11:00 pm)
Facebook : Imyati Cafe Sadong Jaya

Imyati Cafe Lot 3, D'Riverside Food Court, Sadong Jaya Kota Kinabalu


Untuk tempahan duduk atau katering 
Hubungi Puan Yati di talian 016 889 4378









Lokasi Kredit Google Map

Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat (06:00 am - 11:00 pm)
Facebook : Imyati Cafe Sadong Jaya

Imyati Cafe Lot 3, D'Riverside Food Court, Sadong Jaya Kota Kinabalu

Untuk tempahan duduk atau katering 
Hubungi Puan Yati di talian 016 889 4378

10 comments

  1. wah nampak sedap semua makanan nusantara kita ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya jun semua makanan ni. Teringin juga nak rasa mee kolok tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju pun da addict terus dengan mee kolok lepas rasa dekat sini xD

      Delete
  3. Wahhhhh semua nampak sedap sangat. Mee kolok ada, nasi ayam penyet ada. Yg plg best tomyam udang galah. Nyum nyum.

    ReplyDelete
  4. mee kolok dengan udang tu nampak sedap gila

    ReplyDelete
  5. nampak sedap semua menu.. ada yg fiza pernah mkn macam nasi ayam penyet, tp mee kolok sarawak tu tak jupe pulak kat semenanjung nie..

    ReplyDelete
  6. Saya nangis tengok menu ini.. sebab lapar.. huhuhuhu..
    Menarik menunya.. mujurlah jauh disana..

    ReplyDelete
  7. You ought to likewise have nourishment measuring scales, spoons, forks and other cutlery, juicers, peelers, hacking sheets, blades, spinners, can openersHealth Fitness Articles, graters and zesters.la gourmandine mt lebanon

    ReplyDelete