Cegah Miss V berbau dengan SIS PERAPAT

Assalammualaikum 💕

Bau tak sedap pada Miss V ni bukan perkara remeh, selain dari kecantikan luaran, penjagaan dalaman juga sangat penting. Bagi yang belum kahwin, ini bukan untuk kakak yang dah kahwin saja tau, ini untuk kesihatan luar dalam kau orang. Jadi wajib tahu ! Miss V sangat sensitif dengan perubahan persekitaran dimana perubahan ni mungkin disebabkan tindakan kau orang yang pandang rendah dengan kebersihan diri atau penggunaan produk kebersihan yang tak sesuai dengan Miss V. Auch !




Bila mana ketidakselesaan berlaku pada Miss V, contoh seperti masalah kegatalan, keputihan yang berlebihan, bengkak, berbau, sekaligus akan menggangu dan memberi kesan pada keyakinan diri kau orang. Dimana kesan paling teruk jangkitan kuman terhadap saluran fallopian dan menyukarkan kau orang untuk mendapatkan si kecil. Hukhuk. Nahuzubillaminzalik !


Cegah Miss V berbau dengan SIS PERAPAT

Keputihan adalah masalah yang kerap Ju dengar dikalangan wanita apatah lagi bagi mereka yang sedang hamil atau selepas bersalin. Alhamdulillah setakat ni Ju tak pernah lagi alami keputihan, mungkin bergantung juga kot dengan hormon kau orang sebab pernah Ju baca keputihan juga dialami golongan yang belum berkahwin. Biasanya cara nak hilangkan keputihan ni kau orang akan berbalik pada alternatif moden dengan rujuk doktor, namun jika masih gagal kau orang akan cuba pula kaedah tradisional. Dengan kesibukan harian dan masa yang terhad, pasti kau orang tak tahu cara nak dapatkan perubatan tradisonal kan. Apatah lagi menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. 

Ju share dengan kau orang cara nak hilangkan keputihan beserta masalah lain yang kau orang hadapi berkenaan bahagian intim wanita ni dengan satu produk pencuci Miss V lengkap dengan rawatan organik. Bila melibatkan bahagian sensitif ni kenalah ambil berat pada jenis dan kandungan sesuatu produk tersebut sebelum amalkan. Ya la part berharga tu kena deserve the best untuk kesihatan kau orang. Kau orang boleh baca review dari Blogger Zati  mengenai Masalah intim wanita punca Miss V gatal   


Dengan gabungan formulasi ekstrak manjakani, sireh dan aura 7 bunga. SIS PERAPAT insyallah membantu menyelesaikan masalah kau orang. Menitikberatkan penggunaan 100% bahan semulajadi serta diiktiraf dengan lulusan KKM, setakat ni kebanyakan testimoni pelanggan sangat berpuas hati dengan kelebihan yang dia orang dapat dengan mengamalkan SIS PERAPAT yang bernilai RM59.00 sebotol (50ml). Kelebihan camana tu ? Haaa baca sini siap Ju senaraikan lagi cara nak guna 💋 


Kelebihan :
  • Extra wangi dan extra grip
  • Menghilangkan kegatalan, membunuh bakteria dan kulat
  • Merawat keputihan dan mengetatkan faraj
  • Memberikan kesan bonus menaikkan keghairahan
  • Memulihkan luka selepas bersalin
  • Mencerahkan celahan
  • Memberi haruman berpanjangan dan mencegah kegatalan
  • Boleh digunakan oleh ibu hamil
  • 100% semulajadi dan selamat digunakan

Cara Penggunaan :
  1. Selepas mencuci bahagian feminin, lap dan keringkan
  2. Semburkan SISPERAPAT pada jarak 15cm, seeloknya spray dalam keadaan duduk mencangkung
  3. Tidak perlu keringkan selepas sembur, biarkan ia bertindak memerangkap kuman serta mencegah bau
  4. Boleh disembur bila-bila masa, takda masa terhad

Siapa boleh guna ? :

  • Si dara
  • Wanita hamil
  • Wanita berkahwin
  • Si teruna boleh guna sebagai produk nyahbakteria bila gunakan tandas jenis duduk

Haa bukan saja membantu menyelesaikan masalah intim wanita malah produk ni boleh digunakan juga sebagai nyahbakteria, boleh singgah baca artikel sini Guna SIS Perapat untuk merapatkan Miss V Longgar dari blogger Dhia

Pengalaman Ju sendiri setakat ni, suka dengan packaging SISPERAPAT sebab sebotol (50ml) ni padat dan wangi. Best guna sebab Ju rasa segar sepanjang hari sesuai dengan trademark "HARUM SIANG MALAM" giteww. Alhamdulillah Ju takda masalah iritasi kulit menggunakan produk SISPERAPAT setakat ni kerana kandungan pun organik dan halal. Mudah pula nak bawa ke mana-mana sebab botol kecil mesra travel, tak perlu ruang yang besar untuk simpan. Berbeza dengan pencuci jenis cecair yang Ju guna sebelum ni, sedikit leceh nak letak ditapak tangan bagai berbanding produk SIS PERAPAT ni cuma sembur-sembur giteww. Jimat masa dan jimat kuantiti penggunaan tu. 





Sekitar Majlis Pelancaran Produk DEL BILLIONAIRE SDN BHD || 03 Februari 2018

Ju berpeluang menyaksikan sendiri  majlis pelancaran produk Del Billionaire di Ming Garden Hotel Kota Kinabalu pada minggu lepas dengan beberapa blogger lain dimana pengasas SISPERAPAT iaitu Puan Sarzielawatie Samad,  merasmikan 2 jenis produk beliau untuk penjagaan wanita khususnya iaitu SIS PERAPAT "HARUM SIANG MALAM" dan DELIA GOLD SERUM. Di mana Delia Gold Serum ni pula lebih kepada penjagaan kecantikan wajah wanita. Kau orang boleh baca artikel mengenai CARA PILIH SERUM YANG SERASI DENGAN KULIT WAJAH dari blogger Yatie

Berkongsi pengalaman jatuh bangun sebagai wanita yang minat dalam bidang perniagaan, Puan Sarzielawatie Samad memaklumkan semasa tempoh percubaan sebanyak 1000 botol terjual dalam tempoh 30 hari fuh ! Nampak tak penangan perapat tu ??  






Peluang perniagaan juga terbuka kepada kau orang diluar sana yang minat niaga tapi tak tahu nak niaga apa dan cara nak berniaga, dimana Puan Sarzielawatie memperkenalkan Akademi TEAM SIS secara online dan offline. Apa yang istimewa bersama mereka ? Macam-macam tau ! Team sisperapat menyediakan ilmu dari zero to hero untuk kau orang lebih-lebih lagi suri rumah yang mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Suri rumah bukan alasan tak bergaya tau, haa giteww.

Lebih lanjut mengenai pengasas SIS PERAPAT beserta produk dan JANGAN KETINGGALAN dengan update terbaru, kau orang layari laman rasmi SIS PERAPAT di sini

Laman Web : www.sisperapat.com
Facebook : @SISPERAPAT
Instagram : @SISPERAPAT

10 comments

  1. Produk yg bagus utk kaum hawa...

    ReplyDelete
  2. Best sebab halal dan dari bahan organik. Siapa yg nk jana side income boleh lah join kan ju.

    ReplyDelete
  3. Wah, first time saya dengar produk yang berkaitan dengan miss v wanita boleh jugak digunakan pada orang lelaki.. Good product..

    ReplyDelete
  4. lelaki dan perempuan boleh guna! memang bagus hehe

    ReplyDelete
  5. wahhh senang nye sekarang spray spray je kan ?
    senang bawak lak tu. lepas tu tak risau dah nak pakai apa utk miss V.

    ReplyDelete
  6. Boleh bawak p travel. Spray ke tuu ? Wahh senang laa lepas ni nak jaga miss V kite

    ReplyDelete
  7. dah lah boleh bawa travel.. wangi pula tu.. memang berbaloi

    ReplyDelete
  8. Produk dia comel.. senang nak bawa travel..

    ReplyDelete
  9. Produk comel, senang nak bawa travel =)

    ReplyDelete