Carian dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

AssalammualaikumšŸ’•


"Aktiviti membeli belah selalunya meningkat semasa musim perayaan dan Tahun Baharu Cina juga tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri  Tahun Baharu Cina yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan"
-Ian Ho | Pengarah Urusan Serantau Shopee-

Shopee terus meningkatkan prestasi platform dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan dengan pelbagai kategori produk seperti elektronik, keperluan rumah, kesihatan dan kecantikan, keperluan bayi dan permainan, fesyen dan alat kecergasan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini dengan memeberikan pengguna pengalaman membeli belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh

Shopee sebuah syarikat SEA mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. SEA merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, E-dagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi SEA adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Carian dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan trend E-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee, platform E-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang bersama Shopee pada 15 Januari lalu yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan bernilai lebih dari RM 1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena perayaan Tahun Baru Cina

Carian dan pembelian paling popular sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2018 ini kau orang boleh rujuk menerusi kategori berikut 




Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
  1. Pakaian Wanita : Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
  2. Mobil & Gajet : iPhone, Samsung, Jam Pintar, Xiaomi
  3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
  4. Kasut Wanita : Kasut, Kasut sukan, Kasut jenis Wedges, Sandal
  5. Beg Wanita : Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas





Pembelian Paling Popular 
  1. Kasut Wanita : Kasut Terbuka
  2. Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set pakaian bayi
  3. Perhiasan Rumah : Set hadiah Tupperware
  4. Kesihatan & Kecantikan : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
  5. Runcit & Haiwan Peliharaan : Kitkat Edisi Khas


Berita baik untuk kau orang, Kempen Wang Bersama Shopee dilanjutkan sehingga 25 Februari 2018 tau ! Yeah ada masa lagi nak join ni. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM 8,888




Seterusnya Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari 2018 yang akan menyediakan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, DELL dan LENOVO. Haa best kan ! 

Tunggu apa lagi ?? Jom layari WWW.SHOPEE.COM.MY ATAU muat turun aplikasi SHOPEE secara percuma menerusi App Store atau Google Play di tablet mudah alih kau orang sekarang !

7 comments

  1. Syok shopping di Shopee boleh dikatakan semua benda adašŸ˜

    ReplyDelete
  2. Tahniah shopee. Diskaun tinggi no wonder meningkat peratus tu. Ana pun dh jatuh suka dgn shopee.

    ReplyDelete
  3. bestnya shopping kt shopee..mcm2 ada kan.

    ReplyDelete
  4. daftar shopee last year, nak bukak balik lupe password.. hihi

    ReplyDelete
  5. shopee memang popular..

    lebih-lebih lagi untuk pengemar shopping maya..

    janji ada duit..semuanya ok

    ReplyDelete
  6. Sekali je sha membeli di shopee ini.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sy memang pengshoping shopee tegar, hehe. Kalau certain perayaan lg byk promo, sampai pening nk shopping, hehe

    ReplyDelete