Menarik di Kota Kinabalu : Akuarium & Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah

Assalammualaikum πŸ’•

Jumaat lepas mak mentua Ju tinggal bersama temankan Ju sebab suami dok outstation kursus ke Kundasang. Bila Ju kerja, mak seorang dekat rumah so terfikir nak bawa mak keluar hari sabtu ceriakan minda gitew. Ju set destinasi ke  Muzium Marin, UMS sebab dah lama Ju pasang niat ke sini tapi asyik delay. Perjalanan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni tak jauh pun dari tempat tinggal Ju, ambil masa 20 minit macam tu. Jika kau orang dari bandar Kota Kinabalu pula ambil masa 30 - 40 minit ikut kawasan dan keadaan lalu lintas.

Series tak pernah ke sini Ju singgah pondok pertanyaan pintu masuk utama untuk tanya lokasi Akuarium dan Muzium Marin. Rupanya tak jauh sangat pun tapi tetap kena guna kenderaan masuk sebab kawasan UMS ni memang sangat luas ! Dan dari amatan Ju ada sesetengah laluan jalan raya tu nampak sunyi dengan pokok-pokok besar, fuh !



Menarik di Kota Kinabalu : Akuarium & Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah

Siap bayar fee, kita orang masuk dalam Ju dah terpesona kejap dengan hasil dekorasi kreatif pihak institut marin. Ala-ala laut dalam tau selepas pintu masuk, series rasa macam berada dalam laut ! 😍 Akuarium dan Muzium Marin terletak didalam Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) iaitu berhadapan dengan Teluk Sepangar. Tujuan BMRI menggalakkan pendidikan, penyelidikan, dan latihan dalam pemuliharaan dan pembangunan mampan sumber marin serta rasional penggunaan bioteknologi. Antara kemudahan yang disediakan disini adalah tangka kaca pameran hidupan laut yang besar, Pusat Pameran Terumbu Karang terbuka, Pusat Pameran Terumbu Cetek, Pejalan kaki paya bakau, muzium maritim dan marin kontemporari.

Bagi pendapat peribadi Ju sendiri, kewujudan pusat penyelidikan macam ni merupakan satu pendekatan awam yang baik apatah lagi bila dibuka kepada pengunjung luar, sekaligus kita orang dapat lihat lebih dekat kepelbagaian biodiversiti hidupan laut.

Ada sesetengah kata, "baik pergi scuba diving baru real !" Eh awak tu, yala scuba tu best lagi rasa real tapi bukan semua dapat rasa kelebihan tu dan pastinya tumur terhad untuk guna service tu apatah lagi untuk anak-anak kecil. Betul dak ?

Bayaran masuk Warganegara
Dewasa & Kanak-Kanak RM 5 Per head




Life Spans of Marine Life
Bayaran masuk Warganegara
Dewasa & Kanak-Kanak RM 5 Per head

Tahu tak kau orang dugong boleh hidup sehingga 70 tahun ?? Ju tak tahu !!! Tempoh hayat hidupan laut ni kau orang boleh lihat juga dalam carta yang terdapat di Akuarium dan Muzium Marin ni.

Datang ke sini kau orang bukan sekadar melihat hidupan laut dalam tangka kaca tu kau orang juga dapat ketahui bidang penyelidikan yang ditekankan oleh pihak marin UMS iaitu

  • Pemuliharaan kepelbagaian marin : Hutan Bakau, rumput laut, terumbu karang, ikan, penyu dan mamalia marin
  • Pemantauan & Pengawalan Pencemaran Marin dan Alga Bahaya
  • Perikanan : Pengurusan, Penganalisis Tangkapan
  • Akuakultur Ikan Finfish : Pembiakan, Penghibridan, Penternakan larva, Formulasi makanan (Spesies sasaran adalah ikan kerapu, ikan mameng, ikan ketutu, tilapia dan keli)
  • Akuakultur Invertebrata : Operasi Hatceri, Pengurusan induk dan tumbesaran dalam tangki, Pembiakan dalam kurungan (Spesies sasaran adalah udang harimau, udang putih, ketam bakau, timun laut dan kupang)
  • Bioteknologi Marin 
  • Oceanografi Pesisir Pantai
  • Adaptasi Perubahan Iklim
Sepanjang berada dekat sini, kau orang boleh sertai aktiviti yang disediakan iaitu tayangan video mengenai habitat hidupan laut bermula dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Selain tu kau orang boleh ikut serta tengok sendiri sesi masa makan hidupan laut dalam tangka kaca tu sekitar 30 minit bermula jam 03:30 petang hingga ke 04:00 petang


Jeti Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Tahu tak kau orang, banyak lagi tempat menarik dibuka kepada pengunjung selain dari Akuarium dan Muzium Marin ni tau. Salah satunya Jeti UMS yang juga merupakan antara mercu tanda UMS ni terletak 15 minit dari Muzium marin tadi. Mula tu nak jalan kaki tapi rasa jauh lagi nak turun bukit, so Ju decide bawa kenderaan. Sampai dekat jeti ada pula tempat letak kenderaan disediakan dan Ju tengok ada kumpulan remaja dan warga emas yang memancing dekat situ. Jeti UMS ni antara sebahagian kemudahan yang disediakan kepada penyelidik dan pelajar yang membuat penyelidikan mengenai hidupan marin 

Buka kepada pengunjung luar, kau orang kena bayar fee masuk jeti ni dekat kaunter sama Akuarium dan Muzium Marin. Kemudian tiket masuk tu kena tunjukkan dengan abang Polis yang jaga jeti dihadapan pagar masuk utama. Apa yang kau orang boleh buat dekat sini ialah memancing dan beriadah dimana masa yang ditetapkan ialah
  • Bayaran per head aktiviti memancing : RM 10 (12 jam)
  • Bayaran aktiviti beriadah : RM 3 (Isnin - Jumaat : 4 pm hingga 7 pm) / (Sabtu - Ahad : 9 am hingga 7 pm)

Kalau kau orang datang saja nak selfie macam Ju ni dan hirup udara segar di sepanjang jeti ni kenalah bayar fee masuk dibawah aktiviti beriadah. Subhanallah, tenangnya mata dan minda dekat sini.




Lokasi ke tempat-tempat menarik dalam Universiti Malaysia Sabah


Waktu Operasi Akuarium & Muzium Marin :
Isnin - Jumaat (09:00 sehingga 04:0 petang)
TUTUP pada Ahad & Cuti Am 


Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Kredit Google Map

3 comments

  1. Kak pip pun few times pergi sana, seronok anak2 kak pip masuk tmpt tu...

    ReplyDelete
  2. walaupun d ums .. nda penah lgi pi cna hahaha xD

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Cantik betul.. Kalau bawa bebudak mesti best nie..

    ReplyDelete