Menang 4D3N ke Manchester United Kingdom | Let's Go Manchester

Assalammualaikum 💕

Sukan bola sepak sentiasa menjadi sebahagian budaya rakyat Malaysia. Tua atau muda, lelaki mahupun wanita, semuanya meminati sukan ni malah ada sesetengah tu fanatik ibarat makan tak lalu, mandi tak basah. Part yang paling seronok ialah bila dapat tengok secara langsung dekat stadium, berbeza tau semangat tengok dekat rumah atau kedai mamak berbanding tengok live depan mata.

Apatah lagi bila dapat tonton sendiri secara langsung perlawanan bola liga Inggeris antara Manchester City Football Club (MCFC) vs Manchester United (MU) yang merupakan perlawanan liga kegemaran semua peminat sukan bola sepak termasuk Malaysia dengan mencatat jumlah pengikut paling tinggi. Part berharga bila  dapat jumpa dan sorak pemain bola kau orang di salah satu stadium terkenal. Ju bukan peminat fanatik tapi bayangkan perasaan kau orang dapat jumpa artis kegemaran kau orang secara live mesti havoc kan !  Ju rasa perasaan teruja tu lebih kurang sama 😁





Menang 4D3N ke Manchester United Kingdom | Let's Go Manchester

DASHING, jenama dandanan lelaki yang bukan asing lagi di Malaysia malah suami Ju sendiri pun guna brand Dashing ni sebagai pelengkap peribadi harian sebelum memulakan hari tau. Terkini, sempena tahun ke 3, Dashing melancarkan satu contest "Let's Go Manchester" di mana dia orang menaja perjalanan 4 hari 3 malam ke Manchester United Kingdom dan VIP tiket dengan mencari 6 peserta bertuah untuk menonton secara langsung MCFC vc MU ! Bukan ke seronok tu kena taja, fuh !

Bukan hanya menonton perlawanan langsung antara 2 kelab popular dari tempat duduk VIP di stadium Etihad, malah perjalanan ni juga termasuk penginapan, lawatan ke Muzium dan Stadium Bola sepak Antarabangsa seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, kau orang berpeluang berinteraksi dengan pemain lagenda MCFC tau. Jangan lupa ambil selfie dan autograf pula ! yela da teruja sangat kan haha. Tambahan tu, terdapat juga Magical Mystery Tour dimana kau orang akan dibawa ke lokasi berkaitan dengan kumpulan muzik terkenal, The Beatles. Peluang sekali seumur hidup kot ! fuh

Apa yang kau orang perlu buat untuk dapat semua yang Ju nyatakan di atas ni ? Semudah 1, 2, 3. Kau orang cuma perlu beli produk DASHING atau ELITE dalam satu resit dan Whatsapp

  • Gambar resit pembelian, 
  • Nama seperti dalam Kad Pengenalan, No IC atau No Pasport, 
  • dan nama outlet pembelian ke +6016 997 2373

Mudah kan ! Kau orang tunggu apa lagi, mana tahu rezeki kau orang jadi salah satu 6 peserta VIP bertuah menonton secara langsung kelab bola sepak kegemaran kau orang bersama 50,000 peminat lain. Semuanya FOC bersama DASHING, jenama dandanan lelaki the best dekat Malaysia. Kebiasaan Ju belikan untuk suami set Dashing Active sebab bau memang soft sangat ! Haruman segar dari pagi hingga petang melekat dekat badan suami. Alhamdulillah Ultimate Kick limited edition Body Spray dan Hattrick Limited edition EDT perfume ni Ju hadiahkan untuk suami Ju💋

Contest berakhir 31 Januari 2018 ni, jangan lupa hantar penyertaan kau orang tau.







Info Lanjut
hubungi  03-80238311

6 comments

  1. Sambil beli dashing boleh join contest. Untung2 terpilih ke Manchester kan ju. Bestnya.

    ReplyDelete
  2. aah betul sis semua percuma cuma kita purchase barang Dashing tu sebagai syarat terpilih jadi peserta bertuah tu =D

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya wangi-wangi mana tahu rezeki dapat pergi Manchester. Berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  4. Suka juga pakai dashing ni..kejap lagi mau survey ni barang..boleh join sekali..thanks Jun :)

    ReplyDelete