Featured

Monday, 27 February 2017

Yehuuu Dapat Gaji !

Assalammualaikum uols !


No automatic alt text available.

Yehuu Dapat Gaji || Rasa kaya dalam 15 saat dan tak sampai setengah jam dah jadi warga miskin bandar semula 😌 Hakikat hidup masa kini πŸ˜• Ju dengar 01 Mac ni, minyak petrol naik lagi 0.20 sen, betul ke ? 

Apa pun, mulakan hari kita dengan Bismillahirrahminirrahim, may Allah swt ease everything & Happy working uols ! πŸ’•
Kredit gambar : Beautifulnara.com

Friday, 24 February 2017

Tabung Travel Junzie : Menabung dengan not RM 20

Assalammualaikum uols !

Ju dan Mr H merancang untuk travelling hujung tahun ni, tak jauh ke mana pun masih dalam Malaysia juga. Nak travel ke luar negara dengan ekonomi sekarang ni agak sukar sedikit. Istilah romantik sebenarnya rancang untuk honeymoon sambil melawat keluarga kakak serta adik di Selangor dan Johor Bahru πŸ˜‚

Bagi menyelamatkan simpanan lain, Ju cadang untuk buka tabungan not RM 20 untuk permulaan. Contohnya, setiap kali antara kami ada not RM 20, kena derma dalam tabung tersebut dengan rela hati😁Dan kami mula secara rasmi pada 4 Januari 2017 lepas.

Tabung Travel Junzie : Menabung dengan not RM 20 || Alhamdullilah. Genap sebulan pada 4 Februari kami menabung, dapat kumpul sebanyak 30 not RM 20 (RM 600) 😲Terkejut juga dapat kumpul sebanyak itu tanpa sedar.

Memandangkan bulan Februari ni cuma 28 hari sahaja, pagi tadi Ju terdetik nak kira tabungan. Hasil nya ? Kami dapat kumpul 48 keping not RM 20 bersamaan dengan RM 960 setakat 23 Februari kelmarin. Oh my ! kali ni Ju bawa Mr H terkejut sekali 😁

Bulan Januari (04.01.2017 - 04.02.2017) = RM 600
Bulan Februari (04.02.2017 - 23.02.2017) = RM 960
Jumlah RM 1,560.00

Masih berbaki 8 bulan lagi untuk terus menabung. Alhamdulillah, Allah swt memudahkan rancangan kami dalam usaha untuk menabung setakat ini dan insyallah memenuhi misi travel bulan November atau December nanti jika tiada aral melintang πŸ’•


Hari pertama Tabung travel Junzie : 04 Januari 2017

Thursday, 23 February 2017

Giveaway Topup Percuma by Cik Candy

Bismillahirrahmannirahim πŸ’•


6 topup bernilai RM 5 mencari pemilik !
Hadiah bertambah jika penyertaan meningkat ke 100 ++😚

Menarik ?? 
Klik banner & Join bjemaah uols πŸ’•
Tamat Tempoh : 11 Mac 2017

Tuesday, 21 February 2017

Sleepless Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Hujung minggu baru ni, Mr H bawa berdating. Tergerak nak tengok "Syurga yang tak di rindukan 2" tapi kami takda follow yang pertama. So, matikan niat tu serta mertaπŸ˜–Nanti tak faham jalan cerita.

Since kitaorang peminat filem aksi dan masa tayangan Sleepless bersesuaian dengan perancangan masa kami berdua, nekad pilih filem tu, sekurang nya ada juga topik untuk di kemas kini untuk review filem dalam blog Ju 😁

Sleepless Review & Sinopsis || Filem berdurasi selama 1 jam dan 35 minit ini bergenrekan aksi, ngeri dan drama mengenai dunia jenayah, sesuai dengan klasifikasi filem 18 tahun ke atas. Berlatar belakangkan Las Vegas, Jamie Foxx membawa watak utama sebagai Vincent Down seorang pegawai polis bersama rakan setugas, Sean Cass (Clifford Josseph atau T.I) yang juga merupakan rakan karib beliau telah merancang untuk merompak satu perpindahan pakej kokain 25 kg oleh Stanley Rubino (Dermot Mulroney)  untuk satu kumpulan mafia terbesar yang di kendalikan oleh anak ketua mafia, Rob Novak (Scoot McNairy).

Dalam kejadian tembak menembak semasa rompakan, tanpa sengaja identiti Vincent Down terdedah apabila topeng yang di pakai terbuka. Keesokan nya, mayat dan kelongsong peluru berdaftarkan jabatan polis yang merata di kawasan jenayah tersebut menyebabkan campur tangan Penyiasat Hal Ehwal Dalam Negeri, Jennifer Bryant yang di bawa oleh Michelle Monaghan bersama rakan setugas beliau, Doug Dennison (David Harbour). Siasatan Jennifer dalam kes tembak menembak tersebut menyakinkan beliau bahawa Vincent Down antara pihak polis yang terlibat dalam mengambil rasuah.

Masa kerja yang tidak menentu menjadi punca perpisahan Vincent dan Dena (Gabriella Union) namun hak penjagaan anak tetap di bahagikan. Vincent di serang oleh orang upahan Stanley Rubino semasa dalam perjalanan menghantar anak beliau Thomas (Octavius J.Johnson)  ke latihan bola sepak sebagai galang ganti kepada kokain yang di curi.

Bertindak mengekori Vincent, Jennifer berjaya memperoleh separuh daripada kokain yang di sembunyikan oleh Vincent di kasino Luxus milik Stabley Rubino. Vincent yang sedia cedera semasa bergelut dengan penculik anak nya, berusaha mendapatkan baki kokain tersebut namun gagal. Tanpa di ketahui oleh sesiapa baik keluarga mahupun sahabat karib beliau, Sean, Vincent merupakan penyiasat Hal Ehwal Dalam Negeri yang sudah beroperasi selama 2 tahun mengumpul bukti untuk menangkap dalang penjual dadah dan mafia yang terlibat.

Bekas isteri Vincent Down iaitu Dena, watak yang di bawa oleh Gabrielle Union mula curiga apabila menerima panggilan dari jurulatih, anak mereka tidak hadir ke sesi latihan bola sepak sekolah. Cuba menghubungi Vincent beberapa kali, Dena tidak di ceritakan hal sebenar dan bertindak ke kasino Luxus bagi mengetahui keadaan anak mereka. Kegagalan Vincent menyerahkan separuh lagi kokain yang di sembunyikan sebagai cagaran untuk keselamatan nyawa anak beliau menyebabkan ketidakpuasan hati Novak lalu tercetus adegan tembak menembak di kasino tersebut.




Adakah Vincent dapat menyelamatkan anak nya dalam insiden tersebut ? Berjayakah Vincent membuktikan diri nya tidak bersalah ?

........................................................

Peminat filem aksi seperti kami ? korang kena tengok tau πŸ˜‰ Ju bagi 7/10 bintang untuk filem kali ini.
Kredit gambar : Google Image
Jom baca ini juga : Kung Fu Yoga Review & Sinopsis

Friday, 17 February 2017

Giveaway by Fatin Diana





Senarai Hadiah yang di tawarkan :
Portable Travel Bag & Bawal Pucci by Fatyn Diana
Pin shawl 10 Pcs x 3 Pemenang by Eymasu
Jogger Pants by Ezyra Clothing
Makeup set by Cik Chenta

Menarik kan ? πŸ˜„
Klik banner & Join bjemaah uols πŸ’•
Tamat Tempoh : 10 Mac 2017

Wednesday, 15 February 2017

Petua Mengenal Lubuk Ikan

Assalammualaikum uols!

Kaki pancing atau baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ? Memancing bukan hanya bergantung kepada umpan semata tapi kesabaran dan ilmu memancing juga perlu ada. Hasil memancing juga bergantung kepada rezeki tapi kita kena lah usaha untuk dapat yang terbaik kan, Insyallah 😁

Korang perlu ketahui beberapa petua mengenal lubuk ikan bagi mengelakkan korang menghabiskan masa yang lama di sesuatu tempat tersebut sekali gus meningkatkan hasil tangkapan korang 😁

Petua Mengenal Lubuk Ikan || Tidak kira muara, tasik, kolam sungai ataupun laut, korang boleh praktikan petua ini.


  • Kawasan anak sungai atau air terjun kecil menjadi kawasan anak ikan berkumpul. Ini kerana, di kawasan ini terdapat kandungan oksigen terlarut yang tinggi. Disebabkan itu, ikan pemangsa juga aktif di kawasan ini untuk mengejar anak ikan.
  • Paloh atau laluan ikan boleh diketahui sewaktu air surut yang mana laluan ikan ini merupakan kawasan yang masih bertakung airnya biarpun air surut sepenuhnya. 
    Bila air pasang sudah kembali, kenal pasti kedudukan paloh itu tadi, tadi dan campakkan umpan di kawasan tersebut.
  • Alur atau sungai kecil ini adakalanya membawa sisa makanan ke laut, yang mana ia menjadi tempat ikan tertentu berkumpul mencari makan.
  • Cari Boiling Ikan. Geng ‘casting’ gemar mengejar ‘boiling’ ikan untuk mendapatkan ‘strike’. Boiling ini membawa maksud ikan bermain di permukaan air.
  • Longgokan sampah yang terapung di permukaan air bukanlah tiada apa-apa, kerana pada dasarnya menjadi tempat ikan tertentu untuk bermain, seperti ikan pecah periuk, dan telinga gajah.


Bukan kaki pancing ? takpa, boleh hadamkan petua di atas sebagai bekalan masa hadapan. Manatau terniat di hati kelak mahu rasakan pengalaman memancing, bolehlah di praktikkan πŸ˜‰ 

Ju peroleh info ni dari Pages Siakap Keli dan Ju kongsikan dengan korang di mana Ju singkatkan dari 8 cara kepada 5 cara mengenal lubuk ikan seperti yang Ju nyatakan di atas. Bagi info penuh korang boleh layari pages Siakap Keli di bawah ini 
Kredit sumber : Siakap Keli - 8 Petua Mengenal Lubuk Ikan
Kredit picture : Google Image

Monday, 13 February 2017

(Gambar) Artis Wanita Malaysia Mom to be 2017

Assalammualaikum uols !

Bagi pandangan Ju kategori wanita comel & anggun adalah kumpulan mak-mak buyung ! 😁 Tak kisah artis atau bukan, asalkan dia seorang wanita yang tengah preggy, Makk comel nya Ju tengok ! Tapi yang pasti, status artis sekira nya bakal jadi mak ni pasti menarik perhatian kita πŸ˜€

Artis Wanita Malaysia Mom to be 2017 || Di bawah Ju kongsikan beberapa maklumat terkini perkembangan artis Malaysia yang tengah sarat mengandung untuk 2017 ni. Jom usha !


  • Ummu Shaikhah Stacy Anam : Juara AF musim 6 ini melangsungkan perkahwinan dengan Akim Ahmad pada 4 Februari 2016. Mereka memiliki seorang anak angkat yang di namakan sebagai Bella Valentine & kini Stacy sarat hamil anak sulung mereka yang di jangka bersalin sekitar Februari ini. Oh my ! tengah tunggu hari !πŸ˜„  Insyallah semoga di permudahkn πŸ’•
 

 
  •  Adira Suhaimi : merupakan bekas peserta realiti & juga naib juara AF musim 8 ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan atau lebih di kenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015. Adira kini tengah sarat mengandung anak sulung mereka yang di jangka bersalin pada bulan Mac ini.




  • Puteri Sarah Liyana : Isteri kepada Syamsul Yusof berumah tangga pada 8 Mac 2014 & mengesahkan mengenai kandungan isteri beliau pada 28 September 2016. Kini, Puteri Sarah sarat hamil anak sulung mereka yang di jangka bersalin pada bulan  April 2017




  • Sharifah Sakinah : Mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha (Juruterbang) pada 28 Mac 2015. Sharifah Sakinah berteka teki dengan peminat mengenai status kandungan beliau sama ada semasa di temuduga oleh pihak media atau pun di intstagram beliau. Tiada info Ju dapat mengenai usia kandungan tapi dah besar tu, mungkin lingkungan 7-8 bulan kot. Apa pun, semoga sihat sejahtera selalu hendak nya si ibu dan bayi, aminπŸ’•




  • Syatilla Melvin : mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 kini sedang hamil anak sulung mereka. Syatilla di jangka bersalin sekitar bulan Mei 2017 ini dan bakal menerima bayi lelaki, Auuuww😚



 
  • Lisa Surihani : Isteri kepada Yusry Kru mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Telah pun memiliki seorang cahaya mata, Yahaira Leanne, 1 tahun 6 bulan. Kini Lisa sedang hamil anak kedua mereka yang di jangka bersalin pada bulan Jun 2017 ini. 

Berseri-seri nampak nya wajah ibu mengandung ni kan, Ju suka tengok😁 alhamdulillah. Insyallah, semoga aura ibu mengandung tu tempias juga dengan Ju tahun ni amin!! πŸ˜… Semoga di permudahkan urusan mereka dalam persediaan menyambut insan baru dalam keluarga dan di kurniakan zuriat yang soleh & solehah, aminπŸ’•

Saturday, 11 February 2017

Status Facebook : Perempuan VS Lelaki

Assalammualaikum uols !



Image may contain: text


Tgeletek hati bila Ju tengok koleksi lawak ni dari group semalam πŸ˜‚ Fakta atau auta ? Ju tak pasti, yang pasti En. Aizat dalam gambar dah naik meroyan πŸ˜‚ 

Thursday, 9 February 2017

Kung Fu Yoga Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Sabtu lepas habis kerja hakiki sempat mendatingkan diri dengan Mr H. Menonton wayang sebagai aktiviti yang wajib bila berdua. Ju pilih Kung Fu Yoga di mana barisan pelakon terdiri daripada Jackie Chan, Disha Patani, Amyra Dastur, Aarif Rahman, Joel Adrian, Temur Mamisashvili, Fatih dan lain-lain.

Filem ini berdurasi selama 1 jam 47 minit dan bergenrekan pengembaraan, aksi dan komedi. Dari tajuk filem sahaja dah nampak gabungan dua negara iaitu China dan India, begitu juga dengan barisan pelakon yang menjayakan filem ini πŸ˜‰

Kung Fu Yoga Review & Sinopsis || Sepanjang tengok filem ni, memang ada sesetengah part buat Ju sakan ketawa dengan gelagat barisan pelakon terutama Jackie Chan yang membawa watak sebagai Jack iaitu professor arkeologi dan watak Ashmita juga sebagai professor muda dari India di bawa oleh Disha Patani berganding bahu dalam mencari harta "Magadha" milik negara India yang hilang beribu tahun. Misi mereka di bantu oleh pembantu masing-masing iaitu Kyra, Xiaoguang, Nuomin dan Jonas Lee seorang pemburu harta karun dan juga merupakan anak kepada rakan karib Jack.

Dengan mengunakan petunjuk dan kemahiran masing-masing membawa mereka ke gua ais di Tibet sekaligus berjaya menemui kunci harta "Magadha" yang tersembunyi. Namun, mereka terpaksa berdepan dengan Randall, watak antagonis yang di bawa oleh Sonu Sood di mana Randall menuntut "Magadha" sebagai harta warisan keluarga mereka. Pergaduhan yang tercetus mengakibatkan Jack, Ashmita dan pembantu nya terperangkap di dalam gua ais manakala Jonas Lee berpaling tadah dari kumpulan Jack dengan bertindak mengambil "Eye of Shiva" iaitu Berlian seakan Ruby 212 karat, kunci kepada lokasi harta karun Magadha dan melarikan diri meninggalkan Jack dan yang lain terperangkap di gua ais tersebut.

Dengan memanfaatkan teknik Yoga yang di amalkan oleh Ashmita, mereka berjaya melepaskan diri dari gua ais, kemudian Ashmita dan Kyra kembali ke India. Manakala, Jack dan pembantu nya berangkat ke Dubai di mana berlian tersebut bakal di lelong oleh Jonas Lee.
Menghampiri klimaks jalan cerita, Ashmita dan Kyra merupakan adik beradik keturunan Kerajaan Magadha. Jonas dan Kyra di culik oleh Randall untuk beroleh pengetahuan Jack mengenai pencarian lokasi harta "Magadha". Jack yang terpaksa bersetuju, melakukan perjalanan bersama Randall dan pembantu nya ke Gunung Suci untuk menemukan harta tersebut.

Selebih nya, Bagaimana yoga dan kung fu bersatu ? Korang perlu tonton wayang ni πŸ˜‰


.....................................................


Di akhir cerita, korang akan di sajikan dengan tarian daripada barisan pelakon yang menari dengan konsep India. Ju tercuit hati melihat gaya Jackie Chan menari πŸ˜… Ju bagi filem ni 7/10 bintang. Susunan jalan cerita yang teratur, aksi yang menerujakan serta pengajaran dari cerita ini tidak mengecewakan penonton.

Rasa terharu kepada diri sendiri dapat taip review sepanjang ini 😭 Alhamdulillah😊
Kredit gambar : Google Image - Kung Fu Yoga with media conference Kuala Lumpur

Saturday, 4 February 2017

Giveaway Sephia by Nik Ainaa

Assalammualaikum uols !



http://nikainaa.blogspot.my/2017/01/giveaway-sephia-by-nik-ainaa_29.html?m=1


Klik Banner & Join bjemaah uols ! πŸ’•
Expired Date : 19 Februari 2017

Thursday, 2 February 2017

Lelaki Kacak Hampir Pupus

Assalamualaikum uols !

Sesiapa yang ada follow instagram Shahrol & Ajak Shiro, pasti korang ada nampak gurauan metal Shahrol Shiro kepada Ajak melalui group Whatsapp yang dibuat oleh Shahrol.

Lelaki kacak hampir Pupus || Selepas menambah Ajak sebagai ahli dalam group tersebut, Shahrol kemudian nya meninggalkan group & menjadikan Ajak satu-satu nya ahli yang tinggal. Reaksi Ajak di lihat menerusi caption yang di muat naik di instagram beliau 😁


A photo posted by Ajakshiro (@ajakshiro) on


Tidak lama kemudian, Shahrol menjawab soalan Ajak dengan  memuat naik caption di bawah melalui akaun instagram beliau :





Tergeletek hati Ju baca jawapan Shahrol haha πŸ˜‚
Copyright © 2015 Junzie || Life is a Beautiful Struggle
| Distributed By Gooyaabi Templates