Ohsem Giveaway by Mrs Pip

BismillahirramanirrahimšŸ’•

Perasan atau tidak, bulan November - Disember ni ramai blogger anjurkan giveaway. Mungkin sebab musim cuti hujung tahun lagi-lagi dengan perayaan yang bakal tiba iaitu Krismas. Mrs Pip antara salah satu blogger yang Ju kenal menerusi group Komuniti Sabahan Blogger juga menganjurkan giveaway hujung tahun dengan tema Krismas. Menariknya Ju tengok Giveaway dari Mrs Pip, bukan sekadar giveaway biasa bagi Ju tapi berkongsi pengalaman kau orang melalui detik-detik krismas jika ada. Kalau tak ada, jangan risau kau orang di beri pilihan untuk huraikan sebab mengikut kreativiti kau orang kenapa nak jadi salah satu pemenang Ohsem Giveaway by Mrs Pip

Ohsem Giveaway by Mrs Pip

"Pengalaman menarik saya sewaktu krismas ialah kejar anak ngongok (khinzir) peliharaan mendiang nenek keliling rumah. HAHA. Mendiang ada satu kawasan kandang dekat belakang rumah, dari saiz anak sampai besar gedebak pun ada khinzir tu. Salah satu sumber pendapatan mendiang lagi-lagi musim krismas. Kebiasaan kita orang sampai sehari sebelum krismas, banyak persediaan nenek buat, Ju masa tu kecil lagi taktau nak buat apa, seingat Ju sekitar umur 9 - 10 tahun. Memang anak-anak ngongok tu la Ju kerjakan, kejar dan buat bunyi "ngok ngok" HAHAHAH
Aduhai šŸ¤£"

"Kasih sayang sama rata, kebiasaan bertolak balik KK seawal jam 4 pagi dari kampung selepas merayakan krismas, mendiang nenek selalu tapaukan 3 - 4 botol coklat untuk kita orang adik beradik makan masa perjalanan balik. 
Rindunya saat tu"
-Rest in peace Nenek-

22 November - 06 Disember 2017  | Ohsem Giveaway by Mrs Pip


Ju pilih untuk berkongsi pengalaman semasa krismas sebab Ju ada memori tu šŸ’•Babah selalu bawa balik ke kampung untuk bersama-sama merayakan krismas dengan nenek yang beragama Kristian Katolik. Babah Ju convert Muslim semasa berkahwin dengan bonda, alhamdulillah keluarga nenek ok dan kebanyakan anak-anak buah babah juga convert sebab berkahwin dengan pasangan muslim. 

Sempena Ohsem Giveaway Mrs Pip ni, sis Pip menawarkan hadiah menarik yang beliau pilih dari www.simplyOhsem.com sempena Xmas "Shop & Win" Gift Campaign malah sis Pip sendiri pun ada hadiah special untuk kau orang tau !! Peluang untuk menang juga tinggi jika penyertaan mencecah 50 peserta, sebab Mrs Pip akan tambah senarai pemenang tau šŸ˜Tunggu apa lagi, jom sokong dan menang Ohsem Giveaway Mrs Pip šŸ˜˜

22 November - 06 Disember 2017  | Ohsem Giveaway by Mrs Pip

5 comments

  1. goodluck! jangan lupa join ga sha !

    ReplyDelete
  2. hehe, cute pula cerita Jun ni mengejar anak ngok ngok ...
    serius, ngok ngok ni walau kaki pendek, atpi berlari punya laju ..
    boleh semput ni kalau mengejar ngok ngok ...

    ReplyDelete