Assalammualaikum 💕
Masih melekat dengan sambungan entri sebelum ini. Selesai dari Fish Spa Bombon Kg Marakau, Ranau , kita orang berempat bergerak menuju ke Dream World Resort untuk check in. Tempahan dekat sini dibuat menerusi aplikasi Agoda yang menawarkan pelbagai jenis resort seluruh Malaysia dengan perbandingan harga yang berpatutan, tapi pilihan resort ni bukanlah Ju yang pilih sebab Ju dan suami cuma follow saja Mr Haziq & Mrs Nonie punya plan 😁
Dream World Resort, Kundasang
Jika kau orang tengok rate Dream World Resort ni dekat mana-mana apps, paling murah pun RM 300 ++ semalam dimana harga asal ialah sekitar RM 400 ++ ikut jenis chalet yang kau orang tempah. Memandangkan kita orang tak pernah ke sini dan cuma bergantung pada feedback orang ramai mengenai kecantikan sekitar view resort ni, kita orang pun nak juga lalui sendiri perasan menginap ala-ala oversea tu 😁 Sekitar jam 12 lebih tengahari dah terpacak dekat kaunter untuk check in lepas sesat jauh setengah jam dari lokasi asal.
Chalet dekat sini terdiri dari lima jenis iaitu Ixora, Rosa, Canna, Mimosa dan Lantana. Kita orang stay dekat chalet Lantana yang mana rate harga adalah RM 380 semalam. Keistimewaan paling ketara berada di Dream World Resort ialah resort ni terletak 4101 meter dari kaki gunung Kinabalu menjadikannya pilihan pengunjung untuk ke sini terutama bagi mereka yang mencari lokasi sesuai untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu. Kekayaan alam semulajadi tak dapat dinafikan dekat sini, bagi kau orang yang mencari tempat untuk rehat dan mendambakan keindahan alam, Dream World Resort menanti kau orang.
![]() |
Lantana Chalet : View balkoni |
Dream World Resort
Jalan Mesilau Golf Club 89308, Kundasang
088 - 888 333
Email : Info@Dreamworldkundasang.com
![]() |
Lantana Chalet : View dari balkoni |
![]() |
Lantana Chalet : 1 tandas |
![]() |
Lantana Chalet |
![]() |
Lantana Chalet No.10 |
Meja dan kerusi dekat balkoni tu kita orang alih dari dalam chalet yang disediakan sebab rasa tersepit nak lalu ke balkoni dengan keadaan asal tempat letak meja kerusi tu. Memandangkan kita orang ni jenis suka BBQ agak kecewa jugalah sebab dekat sini tak dibenarkan untuk sebarang aktiviti BBQ tu sebab bimbang kejadian yang tak diingini dengan keadaan chalet yang rapat-rapat dan kelajuan angin yang sukar dijangka.
Jam 5 - 6 petang kita orang plan nak jalan-jalan sekitar resort untuk tengok kemudahan yang disediakan tapi sebaliknya pula bila gerimis menjadi hujan lebat. Sudahnya bermalam dekat sini asyik terperuk dekat bilik, kempunan Ju nak keluar tengok view petang dan malam sekitar resort. Tapi dari balkoni jelas nampak Pekan Kundasang dihiasi dengan sinaran lampu kediaman yang masih berjaga. Subhannallah, cantik dan tenang mata memandang.
Kemudahan yang ada dekat Dream World Resort ni dari apa yang Ju Google sebab tak banyak masa nak meronda kawasan sekitar iaitu Sky Room, Kundasang Restaurant, Buffet & Karaoke, Dream Gallery khusus penjualan cenderamata dan resort ni juga menawarkan kawasan ni sebagai lokasi yang sesuai untuk fotografi perkahwinan, aktiviti luar dan aktiviti kebudayaan kerana keluasan kawasannya.
Dream World Resort
Jalan Mesilau Golf Club 89308, Kundasang
088 - 888 333
Email : Info@Dreamworldkundasang.com
![]() |
Lantana chalet : View dari luar |
![]() |
Lantana chalet : View seawal 07:00 pagi cuaca agak berkabus |
![]() |
Dream World Resort : View disekitar tempat letak kenderaan |
![]() |
Kawasan parking lot dan restoran |
Sepatutnya view gunung Kinabalu dah boleh nampak jelas dekat belakang Ju tu tapi cuaca pagi yang tak berapa baik, lebih banyak kabus menutupi view gunung. Agak kecewa namun Ju masih berpuas hati dapat lihat view keindahan alam semulajadi dekat sini. Apa yang Ju dapat kongsikan dengan kau orang yang plan nak menginap dekat sini ialah, parking lot jangan risau sebab memang luas disediakan. Sekiranya kau orang plan nak bergambar ala-ala oversea macam Ju dekat atas ni, bolehlah bangun seawal 7 - 8pagi untuk jejak gambar berkabus, giteww. Insyallah jika cuaca memihak kepada kau orang, seawal 8 pagi dan ke atas pun dah boleh nampak keindahan Gunung Kinabalu. Jika kau orang jenis bajet macam kita orang bolehlah sedia pack makanan sendiri dari luar tapi jika kau orang jenis tak kisah, bolehlah menjamu selera di Kundasang Restaurant milik Dream World Resort ni. Bagi kau orang yang serupa dengan Ju pantang sejuk sikit lebih baik bawa sweater lebih, baju tebal dan stokin lebih sebab suhu dekat sini berupaya mencecah 15 - 16 darjah celcius ! Mungkin berpotensi boleh cecah kurang daripada itu kot ?? Mungkin.
Berbaloi tak bayaran RM 380 semalam dengan view dan kemudahan yang disediakan ? Bagi Ju, YES kerana keindahan view dan TIDAK untuk maintenance chalet 😣 Ada beberapa complain mengenai keadaan chalet yang mana Ju tak berpuas hati dan kerana itu rasa tak berbaloi bayar untuk menginap dekat sini. Ketidakpuasan hati Ju tu telahpun Ju hantar bersiap beberapa attachment untuk rujukan pihak resort, harap pihak dia orang ambil berat memandangkan bukan Ju seorang sahaja yang complain jika dirujuk dekat beberapa laman tempahan resort ni.
Dream World Resort
Jalan Mesilau Golf Club 89308, Kundasang
088 - 888 333
Email : Info@Dreamworldkundasang.com
MasyaAllah cantik view dr balkoni dan kawasan sekitar tu ju. Pernah cadang nk stay sini dulu tp full book. Harga mahal tp kalau kemudahan tak memuaskan tak best juga kan.
BalasPadamaah cntik sis =) tp bila rasa semua sempurna, tgk bilik Ya Allah hilang mood =D
Padamomg i love the view.
BalasPadamhii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Kan ! =D
Padaminsyallah join !
Honeymoon yang ke 20 kali pun boleh ni disini haha..
BalasPadamHAHAHAH inda buring debilang xD
Padamsyu pon stay kat sni jgk dulu.view dia mmg sgt cntik!
BalasPadamkan syu ! =D
Padam