Banjir ?? Ambil Langkah 3S

Assalammualaikum 💕

Hujung tahun berpisah tiada dengan musim hujan, walau dimana keberadaan kau orang berhati-hati setiap masa kerana malang tak berbau. Banjir di pantai timur Semenanjung sekitar minggu lepas belum berapa reda lagi, terkini setakat Ju tahu di kawasan Sabah juga yang terlibat banjir ialah Membakut, Tuaran dan Kota Belud melibatkan 42 kampung yang mana penduduk terjejas telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Banjir ?? Ambil Langkah 3S

Banjir atau bah merupakan limpahan air yang menenggalami sesuatu kawasan yang mana melepasi dari tempat sepatutnya. Apabila musim banjir, kerosakan harta benda mahupun penularan penyakit berisiko dialami oleh komuniti terlibat malah turut menjejaskan perniagaan. Hujan tanpa henti yang melanda pantai barat Sabah adalah salah satu punca banjir terjadi, malah keadaan muka bumi dikawasan terlibat juga yang rendah turut mempengaruhi faktor banjir. 

Kerosakan harta benda sukar ditangani jika kau orang duduki kawasan yang mudah ditenggalami air namun, keselamatan nyawa dapat dipertingkatkan dengan mengambil langkah berjaga-jaga iaitu LANGKAH 3S : Sebelum Banjir | Semasa Banjir | Selepas Banjir

Langkah 3S

Langkah 3S

Langkah 3S

LANGKAH 3S : Sebelum Banjir | Semasa Banjir | Selepas Banjir 
disediakan oleh SESB SDN BHD 

Tambahan itu, Ju sarankan juga kau orang siap sedia simpan nombor kecemasan pihak berkuasa seperti Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan yang terbabit untuk persediaan keselamatan dan ambil tahu dengan cuaca dan keadaan semasa di kawasan kau orang.

Selamat berpindah dari kawasan banjir ? Alhamdulillah, kini kau orang berada di kawasan selamat yang telah disediakan untuk perlindungan sementara. Berada disini, kau orang juga perlu ambil langkah keselamatan iaitu :

  1. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
  2. Tutup makanan dan minuman, elakkan daripada terdedah
  3. Elakkan makan makanan mentah seperti sayuran ulam-ulaman
  4. Makan makanan yang dimasak sahaja
  5. Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
  6. Buang sampah ditempat yang disediakan
  7. Dapatkan suntikan vaksin jika perlu dan dapatkan nasihat daripada doktor
  8. Dapatkan rawatan segera jika kau orang mengalami muntah dan cirit-birit
  9. Ambil tahu keadaan semasa dan turuti arahan dari pihak berkuasa
  10. Guna kemudahan seperti tandas dan lain-lain yang disediakan dengan berhemat

BOMBA & POLIS  HOTLINE : 999 | sms 03 8888 0964 | Talian Bebas Tol 1800 888 994
JPAM HOTLINE 24 JAM mengikut negeri : Senarai Nombor
JABATAN SUKARELAWAN  mengikut negeri  : Senarai Nombor & Emel

7 comments

  1. Membakut banjir.. ada few kampung kena kerana kawasan rendah...
    Syukur juga tmpt kak pip ndak kena tp sedihlah beberapa kenalan rumah mmg tenggelam air....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis.. sedih juga tgk mangsa2 terlibat =(

      Delete
  2. Nice sharing sis.. Mencegah lebih baik..

    ReplyDelete