10 Easy Ways to Identify a Sabahan

Assalammualaikum💕

Mengenali komuniti Sabah bukan sahaja dari dialek pertuturan namun kau orang boleh juga kenali ciri-ciri seseorang Sabahan ni dari perilaku dia orang. Kita digalakkan untuk saling kunjung mengunjungi dan tidak memilih latar belakang dalam mengeratkan sillaturahim sekali gus kau orang pun dapat belajar perkara mengenai budaya yang berbeza dari rakan-rakan kau orang. Belek-belek whatsapp semalam Ju nampak satu perkongsian dari seorang rakan Ju ni mengenai tips mengenali seseorang tu Sabahan. Ju berasal dan lahir di Kota Kinabalu, Sabah. Jadi bila ada tips macam ni kira menarik hati juga nak baca 😂


10 Easy Ways to Identify a Sabahan

  1. "BAH" is the trademark for any Sabahan
  2. They use their lips to point for direction 😘
  3. "ANU" is a popular vocabulary
  4. Every main meal must be eaten with a soup 
  5. It's a common for a lady to be called "Amoi" or "Mandak" 👩
  6. Psssssstttt .. is how you call the waiter/waitresses at a Kedai Kopi
  7. THE BOSS is anyone. They address someone as "boss" out of respect or if they're unsure what to call a person 😎
  8. If people ask for direction, they would say "Just go straight ahead" 👉
  9. They measure distance by stretching the word e.g "Saaaaanaaaa Ranau" 
  10. They all love to sing karaoke. Well most of them 

KREDIT : GOOGLE IMAGE

Baca senarai di atas buat Ju senyum sendiri dan YES ! Ju sokong untuk point 1,2,3,5,7,8,9,10 berbanding point 4. Sebut point 8 tu ikut juga mulut Ju muncung memanjang ! 😂 Ini memang fakta, satu masa dulu memang trend sebut tunjuk arah macam ni.
Sabah sahaja terdiri dari 19 etnik yang Ju tahu dimana majoriti ialah Kadazan/Dusun yang mana kebanyakannya telah pun berkahwin campur, memperkembangkan lagi etnik yang sedia ada di Sabah. Etnik yang pelbagai ni juga berbeza dialek mengikut daerah kau orang tinggal. Bukan semua sama dialek tau. Perkahwinan etnik antara babah Ju dari Dusun Kuala Penyu dan bonda dari Bisaya Beaufort, jadikan kita orang 4 beradik berbagi etnik iaitu kakak dan abang ikut etnik bonda manakala Ju dan adik bongsu ikut etnik sebelah babah. Tapi sayangnya komunikasi tradisional bahasa dusun dan bisaya  kita orang tak pandai cuma faham sebab dekat rumah 100% kita orang gunakan bahasa pasar sebagai bahasa komunikasi. Antara etnik yang kau orang perlu tahu di sini ialah :

  • Dusun
  • Kadazan
  • Rungus
  • Bisaya
  • Lotud
  • Kadayan
  • Iranun
  • Bajau
  • Lun Bawang
  • Orang Sungai
  • Minokok
  • Idaan
  • Dumpas 
  • Rumanau
  • Brunei-Malay
  • Mangka'ak
  • Kwijau
  • Tambanuo
  • Maragang


Kau orang Sabahan ? Etnik mana satu, share jom !

13 comments

  1. Wah dapat belajar term sabah. Fatin sendiri suka sangat kalau dengar orang Sabah cakap. Unik dan special.

    Fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awk =D ju dtg follow kejap lagi

      Delete
  2. No 3 tu orang2 tua kat tempat ana selalu juga guna word tu. Its like addressing someone. Kadang kelakar rasanya bila dengar.

    ReplyDelete
  3. terbaik lah ni mandak..terima kasih infor seperti ini...dapat ilmu baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih =D #PROUDTO BE SABAHAN

      Delete
    2. terima kasih =D #PROUDTOBESABAHAN

      Delete
  4. Loghat Sabah paling comel bhaa.. Hihihi Saya suka!

    ReplyDelete
  5. rasanya satu lagi yang selalu orang guna untuk panggilan respek orang tua,
    liau atau si baliau...

    ReplyDelete