Water Balloon Aqua & Whitening Mask by Gobdigoun

Assalammualaikum πŸ’•

Kepelbagaian mask yang Ju dapat dari Gobdigoun tak pernah mengecewakan. Seperti Ju mention di entri review mengenai Gobdigoun sebelum ni, kali ni Ju kongsikan dengan kau orang 2 jenis mask yang Ju gunakan sepanjang bersama produk dari Gobdigoun iaitu Water Balloon Aqua Mask dan Water Balloon Whitening Mask

Jom Baca Sini :
3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdioun


Water Balloon Aqua Mask dan Water Balloon Whitening Mask 

Keistimewaan Water Ballon ni terletak pada kandungan dan jenis kepingan serat topeng, jika kau orang lawat laman Gobdigoun, pelbagai jenis mask kau orang boleh nampak tau. Bukan sahaja mementingkan kandungan yang berkualiti malah packaging setiap produk Gobdigoun juga sangat nampak high class😍

Water Balloon Aqua Mask
Jenis plastik bungkusan yang kedap udara dan diwarnai dengan turquoise dan kuning, seolah-olah guna mask dari laut dalam dengan sedikit animasi wanita sebagai ikan duyung bagi Ju rasa sangat menarik πŸ˜„ Satu packaging ni terdapat sehelai mask, bagi kau orang yang nak sekotak pun boleh dimana sekotak mengandungi 10 helai Water Balloon Aqua Mask. 

Berbeza dengan 3D Black Science Pore Tighetning Mask, Aqua Mask ni hanya cover bahagian muka sahaja manakala tekstur Aqua Mask ni sangat nipis dan mudah lekap dengan tepat dengan bentuk wajah Ju. Kebiasaan seperti mask yang lain, lebihan cecair dari mask memenuhi dalam packaging tu. Tak mahu bazirkan, Ju suka sapu lebihan tu di bahagian leher. Aqua Mask menjanjikan kelembapan selama 48 jam disamping meremajakan kulit serta mengecilkan liang pori dengan penggunaan konsisten. Penggunaan tencel fiber sebagai serat topeng sangat membantu ekstrak menyerap lebih dalam dibawah lapisan kulit kau orang tau. Tencel fiber di perbuat daripada pohon kayu eucalyptus. Pemprosesan yang berkualiti menjadikan tencel fiber ni memiliki daya serat lebih tinggi dan sangat lembut berbanding sutra dan linen. 

Witch Hazel Flowers Water, Portulaca Olearcea ExtractArnica Flower Extract, Sodium Hyaluronate

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9



HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9

Water Balloon Whitening Mask
Tekstur serupa dengan Aqua mask namun berbeza dari segi kandungan dan kelebihan. Whitening Mask mengandungi Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3 membantu proses pemutihan dan mengurangkan tona tidak sekata secara berperingkat. Namun fungsi seperti membekalkan kelembapan wajah sama seperti Aqua mask. Bagi pembungkusan pula juga sama dengan Aqua mask dari segi animasi wanita duyung cuma berbeza warna dimana Whitening Mask lebih kepada warna merah jambu.

Cara pemakaian sama seperti mask yang lain, bersihkan wajah kau orang dahulu dan tekap mask Gobdigoun ni diwajah kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lebihan cecair dari kepingan mask tu kau orang biarkan sahaja hingga betul-betul menyerap di kulit.

Harga bagi kedua jenis mask Gobdigoun ni bernilai 45 000 Won untuk sekotak iaitu sebanyak 10 keping mask. Kiranya bersamaan RM 170 jika ikut nilai kadar matawang terkini. Kalau kau orang nak grab masa promosi, kenalah sentiasa up to date dengan Gobdigoun. Jom follow Gobdigoun menerusi Facebook/Instagram/laman rasmi dibawah ni 

Sodium Hyaluronate, Arnica Montana Extract, Milk & Honey Extract, Niacinamide

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9



Siapa yang sesuai guna mask dari Gobdigoun ? Jika kau orang si hawa dan adam yang jenis menjaga kulit wajah, kau orang patut cuba dan rasai perbezaan tu sendiri seperti Ju. Tak kira wanita atau lelaki sesuai gunakan mask ni apatah lagi kandungan pun jelas terdiri dari ekstrak semula jadi. Nak jadikan hadiah untuk yang tersayang pun sangat rekomen oleh Ju. Selain fungsi yang sangat baik dengan penggunaan konsisten, packaging pun sangat eksklusif.

Presented by Gobdigoun.com | Made & Processed from Korea

Jom Baca Sini :

10 comments

  1. Replies
    1. btl sis =D insyallag dengan penggunaan konsisten, lebih dari seri wajah boleh naik =D nasib stokmsikit ja dengan Ju xD

      Delete
  2. Best pulak tgk mask ni tp harga dia boleh tahan juga ye.

    Asal ana tengok terletak elok je mask dekat muka ju. Bila ana pakai rasa macam apa je. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereput mata harga dia sis ana xD tapi Ju rasa sangat berbaloi untuk guna.
      kelebihan mask dari Gobdigoun ni design btl2 ikut struktur muka kita, sb tu nampak melekat dengan sempurna dan rasa slesa bila pakai =D

      Delete
  3. best juga ni.. selalu beli mask di watson ja.. mau try jugala yg ni

    ReplyDelete
  4. Nak cuba jugak la, sebab saya memang suka pakai mask..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom ! =D terima kasih tau visit blog ju =D

      Delete
  5. i rarely wear mask but this one looks good.
    hai followed you here #243.
    do come visit n follow my new blog as well.

    ReplyDelete
  6. Wow.. nampak Segar lepas pakai mask tu

    ReplyDelete