Tuesday, November 21, 2017
Makan-Makan : Sedapnya Ngiu Chap ! @ Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal
Hujung minggu kali ni Ju dan suami tak ke mana melainkan menghabiskan masa bersama di rumah, yela rutin harian kebiasaannya lebih kepada waktu bekerja dan bila duduk rumah seharian baru rasa banyak tak lengkap dengan barangan rumah. Ju ajak suami ke mall terdekat untuk cari stand jemuran mudah alih untuk diletakkan dibalkoni rumah memandangkan tempat jemuran rumah yang disediakan oleh pihak kuarters terletak dibahagian dapur yang tertutup dari cahaya matahari melambatkan pakaian untuk kering
Meronda kawasan beli belah untuk stand jemuran, Ju nekad kali ni mesti beli ! Mereput mata juga tengok harga yang dipamerkan kebanyakannya anggaran harga bermula dari RM100 sekali gus mematikan niat Ju serta merta 😂 bukan hanya kerana harga tapi saiz stand jemuran tu kebanyakan tak sesuai untuk balkoni Ju yang bersaiz sederhana. Bayangkan pindah masuk bulan September baru kali ni terfikir nak beli stand jemuran mudah alih 😌 dah lama rancang nak beli tapi asyik tertangguh sebab alasan "Nantilah beli bila ada masa". Akhirnya nak habis bulan November tak beli-beli lagi.
Waktu makan tengahari, suami ajak makan "Ngiu Chap" atau dikenali sebagai daging manis dekat Jalan Politeknik.
Makan-Makan : Sedapnya Ngiu Chap ! @ Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal
Menurut suami, Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2 dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina namun pekerja sepenuhnya terdiri dari pekerja muslim dan kedai makan ni merupakan cawangan kedua dibuka yang mana restoran pertama terletak di Penampang. Pendek kata, antara restoran pilihan suami dan rakan-rakan sekerja untuk singgah makan bila kebetulan berada dikawasan ni pada waktu bertugas.
Memandangkan ni kali pertama Ju dengar nama Ngiu Chap, Ju tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasa menu ni. Dari apa yang suami terangkan dalam perjalanan sebelum tiba di restoran, Ngiu Chap ni kiranya soto untuk perkataan lebih mudah. Ju kongsikan dengan kau orang sedikit sebanyak mengenai Ngiu Chap ni dari apa yang Ju dapat dari Google 😁
Ngiu chap (Cina : 牛什) adalah hidangan daging lembu sup dihidangkan dengan mi yang dipengaruhi unsur Cina, biasanya dicelup ke dalam sup dengan hirisan daging lembu rebus, bebola daging, punggung rebus, tendon, hati dan pelbagai bahagian organ. Hidangan ikonik Sabah, ngiu chap mempunyai banyak variasi yang berbeza, dari gaya Hainan yang ringan kepada perisa yang lebih enak gaya Hakka, malah ngiu chap gaya kampung juga disesuaikan untuk citarasa Sabah
Kebiasaan pilihan menu daging amat jarang Ju pilih bila makan diluar memandangkan daging ni sukar dikunyah jika cara masak tu tak betul dan paling Ju tak suka bila cebisan daging tu tersangkut dekat celah-celah gigi ! 😌 Oleh kerana Ngiu Chap ni menjadikan daging sebagai bintang utama dalam menu, Ju tak nak lepaskan peluang untuk merasai makanan tradisi kaum Cina Malaysia ni. Dari apa yang Ju dapat tahu dari suami, menu Ngiu Chap ni kau orang boleh juga order dengan mee kuning, kuey teow mee atau kalau nak order sup daging lembu tanpa mee pun boleh dimana kau orang boleh order dengan nasi putih.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, Ju hanya ikut rentak pesanan menu yang sama seperti suami iaitu dua mangkuk Ngiu Chap Mee Hoon dan dua gelas Chinese Tea untuk minuman. Suasana restoran yang lengang mempercepatkan pengambilan order makanan dan tak sampai 15 minit, Ngiu Chap atau Sup Daging Lembu siap terhidang dihadapan Ju. Sekali imbas, rupa memang sebiji dengan hidangan soto Melayu tapi apa yang ketara membezakan ialah dari segi bau dan kuantiti hidangan daging untuk seorang dalam mangkuk tu sangat banyak !
Jika kau orang berada disekitar Kota Kinabalu, mencari lokasi kedai makan yang sedap dan berpatutan dengan harga yang kau orang bayar. Ju syorkan kau orang untuk singgah dan cuba sendiri kelazatan dan keistimewaan Sup Daging Lembu atau Ngiu Chap yang disediakan oleh Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal atau di Penampang. Apa yang Ju dapat lihat disini juga, penyediaan makanan sepenuhnya dari tenaga kerja muslim dan muslimah, istimewanya dimasak sendiri oleh pemilik restoran. Jadi tak perlu risau dengan status halal kerana selain tenaga kerja dari golongan muslim, pemilik restoran juga menggunakan konsep "Serve No Pork".
AMARAN : Kepada yang berisiko ada tinggi darah tu, tak digalakkan makan Ngiu Chap ni tau ! 😀😅
2 mangkuk Ngiu Chap Mee Hoon
1 Chinese Tea suam
1 Chinese Tea sejuk
RM 26.00
Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Blok 3 Jalan Politeknik | Buka Setiap Hari | 7 AM - 6 PM
Lebih kurang cam soto jugalah kan Jun tp dagingnya besar2 dan byk.
ReplyDeleteAah btl sis mia, dari rupa tu nampak sama kan 😀
DeleteNampak sedap ngiu chap tu ju. Macam bihun sup juga kan.
ReplyDeleteBtl sis. Sangat sedap dan highly recommend !
Deletewaahhhh sedapnyaaaa
ReplyDeleteSeries sedap dear ! =D
DeleteBaru kemarin lalu sini..tapi di nasi kuning sandakan tu jak..ada free esok nak singgah makan ngiu chap ni lah..mcm sedap jak hehe
ReplyDeleteWah nnti bole bookmark kan =D
DeleteTetus laparnya jadinya.. Sedappp
ReplyDeleteYa babe. Buli jadi igauan ni =D
DeleteSaya suka mkb ngiu chap ni. . hehe
ReplyDeleteWah favourite juga ya ? =D
DeleteSaya suka mkb ngiu chap ni. . hehe
ReplyDeletemakan ni kena order chinese teh ...kalau nda lemak haha
ReplyDeleteBetul ! Si laki pun cakap gtu haha
Deletengiu cap di inanam lagi ko try..sedap juga.
ReplyDeleteYaka ?? Ok soon !
Deletexpernh dgr namanya..nmpk sedap tu
ReplyDeleteAsalam..wah sedapnya di Manggatal ya tempat ni..salam kenal..terima kasih datang ke laman Etuza ya
ReplyDeleteWslm iya btl =D terima kasih juga lawat Ju
DeleteBebraloi sangat dengan harganya..
ReplyDeleteBtl sis ! =D
DeleteNice long review here! We gotta try it out!
ReplyDeleteAppreciate ur comment, yes ! Highly recommended ! 😄
DeleteYum yum mmg sedap ni. Dah try hari tu dan memang highly recommended lah!
ReplyDeleteWahh terima kasih visit ju =D
DeleteWah!.. bila melawat sabah , boleh la tuju kedai ni.. kena chop dl entry ni. Hihihi. Menyelerakanlah ju.-SALIZA SACHARI-
ReplyDeleteyg pertama di pekan manggatal,bkn penampang..di manggatal bini yg di politeknik yg jaga,di kolombong pun ada,mentua yg di politeknik jaga,dkt tuaran pun ada,ipar yg di politeknik yg jaga.di tmn khidmat kolombong pun ada,ipar dia jg..founder sebenar yg buka kedai di kolombong,mentua yg jaga kedai dkt politeknik.semua yg buka cawangan adik beradik kecuali yg di politeknik tu sj yg menantu. klu x silap la..hehe
ReplyDelete