Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Assalammualaikum 💕

HAPPY ANNIVERSARY MR HAZIQ & MRS NONIE 💕 Insyallah berkekalan hingga ke syurga. Pendek kata, short trip pengantin lama gitu ! 😂 Hari pertama kita orang gerak sekitar 3 petang pada 24 November dari Kota Kinabalu dan tiba sekitar jam 6 petang di Kundasang. Pilihan homestay ni last minute tau masa sampai Pekan Kundasang sebab kita orang nak acah-acah backpackers gitu kononnya. Nasib minggu ni bukan pilihan ramai pengunjung bercuti ke Kundasang, kalau tak confirm mereput cari homestay. Oleh kerana kita orang dah biasa dengan lokasi homestay dekat Kundasang ni, suami bawa pusing dulu ke homestay yang dia orang biasa menginap waktu outstation. Alhamdulillah dipermudahkan jumpa homestay yang bajet dan view cantik sesuai dengan kita orang berempat yang nak back to the nature 😎

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,  mata kau orang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis homestay dan papan tanda homestay di kiri dan kanan sepanjang jalan menuju ke Pekan Kundasang. Pelbagai pilihan homestay dekat sini bersesuaian dengan berapa pack kau orang datang. Juga salah satu sumber pendapatan bagi penduduk Kundasang selain dari berbakti kepada tanah dengan bercucuk tanam. Umum tahu persekitaran suhu Kundasang berupaya  mencecah 18 darjah celcius dengan keindahan pemandangan semula jadi menjadikan Kundasang salah satu lokasi tumpuan bercuti di Sabah. Apatah lagi dengan wujudnya beberapa tarikan pelancongan dekat sini, kiranya kewujudan homestay oleh penduduk tempatan sangat sesuai bagi para pengunjung yang nak suasana bagai berada dirumah sendiri. 

Dengan harga RM 200 semalam menerusi homestay milik Encik Hazim ni, rasa lengkap dengan  pemandangan menghadap Gunung Kinabalu dan tanaman sayur-sayuran, kemudahan 2 bilik, kelengkapan dapur, tandas, ruang tamu dan BBQ stand sangat sesuailah untuk kita orang berempat bermalam dekat sini. Nasib kita orang baik juga masa ni sebab cuaca sangat elok dan memudahkan perjalanan, Ju pun sempat juga tangkap gambar gunung kinabalu depan homestay Encik Hazim ni waktu senja tu.

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983

Pemandangan depan Homestay

Pemandangan sekitar Homestay


Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Seperti yang kau orang boleh lihat dari gambar Ju kongsikan ni, terdapat 2 pilihan rumah homestay disediakan oleh Encik Hazim kepada kita orang. Lepas tengok dekat dalam, kami berpuas hati untuk pilih homestay No. 4 dekat hujung tu. Kemudahan kedua-dua buah homestay ni sama cuma berbeza pada keluasan rumah dekat dalam tu. Perbezaan ketara pada ruang tamu dimana rumah no.3 kelihatan sedikit sempit berbanding rumah no.4. Harga semalam untuk Homestay No.3 ialah RM 150, bagi kau orang yang nak bajet dan tak berkira dengan keluasan ruang tapi nak rumah dengan 2 bilik dan kelengkapan seperti yang Ju tunjukkan dekat bawah ni, kau orang bolehlah pilih homestay no. 3 tu.

Menurut Encik Hazim, kedua buah homestay ni baru sahaja siap dan dibuka kepada pengunjung. Selain homestay ni,beliau juga memiliki beberapa buah  homestay yang dibuka disekitar kediaman milik beliau dimana salah satu homestay beliau tu, suami pernah tempah dengan rakan-rakan sekerja masa outstation sebelum ni dan memang berpuas hati.


Kemudahan Homestay Muhibah Lembah Permai, Encik Hazim

Bila holiday ni, antara benda yang membimbangkan Ju ialah seterika ! HAHA. Bukan semua homestay menyediakan seterika kepada pengunjung, ini yang Ju alami sebelum ni masa menginap di salah satu tempat penginapan di Kundasang. Nasib masa tu Ju terfikir untuk bawa memandangkan bercuti dengan ahli keluarga ramai, takut tunggu lama nak seterika baju baik bawa lebih. Rupanya memang pihak penginapan takda sediakan kemudahan seterika masa tu. Berbeza dengan homestay Encik Hazim ni, masa Ju checking bilik dah nampak berdiri gagah papan seterika dengan seterika sekali. Alhamdulillah hilang satu kebimbangan.

Dari apa yang kami dapat tahu dari Encik Hazim, homestay beliau lebih mengutamakan pengunjung beragama Muslim bagi mengelakkan isu penggunaan makanan tak halal. Ini juga salah satu kebimbangan kami bila nak guna set BBQ, rasa ragu-ragu nak guna sebab risau pengunjung sebelum ni ada memanggang makanan tak halal. Tapi bila dengar penjelasan dari Encik Hazim, alhamdulillah kita orang senang hati nak guna peralatan dapur dan BBQ stand pihak homestay. Selain tu,  Ju dapat lihat disetiap bilik juga terdapat sejadah dan telekung disediakan kepada pengunjung homestay. Bagi
kau orang yang takda install apps penunjuk arah kiblat, jangan risau. Homestay Encik Hazim ni ada sediakan penunjuk arah kiblat, boleh rujuk dekat siling tu.

Saiz katil Queen dan kelengkapan selimut, bantal, kipas, meja mekap, cermin tersedia di bilik masing-masing. Bagi bahagian dapur pula, Ju boleh katakan sesuai untuk pengunjung gunakan kerana tersedia tempat masak, rice cooker, pemanas air, pinggan mangkuk, kuali, peti sejuk dan lain-lain. Kau orang cuma perlu beli barang masakan kau orang dan masak macam dekat rumah sendiri. Gitu ! 😍 Homestay dekat Kundasang WAJIB ADA HEATER. Homestay Encik Hazim bagi pendapat Ju memang lengkap. Heater berfungsi dengan baik walau pada mulanya tu Ju confuse camana nak guna 😅


Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983

Ruang Tamu

Ruang Tamu
Bilik 1

Bilik 2

Arah Kiblat

Dapur 

Tandas

Antara Kemudahan Yang disediakan


Aktiviti Waktu Malam - BBQ Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Sekitar jam 8 malam, Pekan Kundasang akan mulai lengang dan kebanyakan kedai tutup seawal jam 06:30 - 07:00 malam. Lepas check in homestay tadi, kita orang bergerak ke Pekan untuk beli beberapa barang masakan untuk sebelah malam. Aktiviti malam tak banyak dekat sini kalau kau orang nak jalan-jalan. So, kita orang buat barbeku pada sebelah malam sambil panaskan badan dekat bara api tu. Suhu masa ni dah mencecah 22 darjah celcius pada jam 08:30 malam dan semakin menurun menjelang tengah malam.

Tertarik dengan BBQ stand homestay Encik Hazim ni, bahagian bakar diletakkan kuali sebagai tempat bakar, rasa lawak dekat situ tapi pada masa yang sama kreatif juga dia orang ni 😅

Ju dah mula pakai stokin 3 lapis dengan sweater tapi masih rasa sejuk tu ! Apatah lagi bila cuci pinggan mangkuk dekat sinki, nampak meruap kepala paip tu sebab air sejuk sangat. Rasa beku jari jemari Ju nak cuci. Fuh ! Berbeza dengan suami, boleh pula pakai seluar pendek denga Tshirt nipis dengan keadaan sejuk masa ni ! 😂 


Kelengkapan BBQ

Aktiviti Malam

Pondok Rehat dihadapan Homestay

Ke mana kita orang lepas ni ? Follow entri Ju selanjutnya tau ! 💕

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983
Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983

12 comments

  1. Cantiknya kawasan homestay... Tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah btl sis.. sedap mata mmandang kan =) trima kasih dtg lawat Ju sini

      Delete
  2. Nice one ! lepas balik KK mesti rindu Kundasang kan... hehe ^^ Happy wed. anniversary to both of you !

    cheers xxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnks babe ! Wedding anniversary c kawan, siurang terampit join ni haha

      Delete
  3. cantik dr luar tu ala2 overseas

    ReplyDelete
  4. Nanti next year akan ke sini jugak. Boleh masuk list utk pilihan homestay nanti.

    ReplyDelete
  5. wishlist mama ni. bilalah nak gi kundasang ni ye.. best gak homestay ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah dimurahkan rezeki selalu =D sangat2 best

      Trima kasih lawat jun sini =)

      Delete
  6. Cantiknya view dekat sana. Rindunya nak ke KK. Bila nak sampai ke sana lagi niii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan =D insyallh bole tu sampai nanti

      Delete