Menarik di Sabah : Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau

Assalammualaikum πŸ’•

Check out dari Homestay Muhibah Lembah Permai sekitar 10:00 pagi, short trip Pengantin Lama membawa kita orang ke Fish Spa, Bombon Kampung Marakau dimana kali pertama Ju jejak kaki ke sini dan agak teruja sebab dari pondok daftar dah nampak sekumpulan ikan koi berenang ditepian sungai seolah-olah menyambut kedatangan kita orang !😍


Menarik di Sabah : Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau

Terletak 10 minit dari Pekan Ranau dan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk kita orang sampai sebab bertolak dari Pekan Kundasang. Keadaan jalan raya dan cuaca yang terik juga salah satu faktor perjalanan kita orang lancar dan tiba awal dekat sini, alhamdulillah. Usai parking kereta, suami ke pondok kaunter untuk bayar yuran masuk di mana cas yang dikenakan ialah

Yuran Masuk :

  • Dewasa RM 3
  • Kanak-kanak RM 2

Waktu Operasi :
  • Buka setiap hari (07:30 pagi - 06:30 petang)

Baja Ikan
  • PERCUMA 1 pek seorang semasa daftar
  • RM 1 setiap satu pek untuk tambahan

Sedap mata memandang bila tengok persekitaran yang bersih dekat sini. Masa kita orang sampai, suasana agak lengang mungkin sebab cuaca terik dekat waktu tengahari. Kita orang pula semangat datang dekat sini sementara tunggu masa nak check in jam 12:00 tengahari ke Dream World Resort. Selepas bayar masuk, dapatlah seorang 1 pek baja percuma. Jika kau orang nak lagi baja ikan tu, second purchase kena cas RM 1 untuk se pek. 

Kebanyakan ikan dekat sini yang Ju nampak lebih kepada jenis ikan koi yang berwarna, kelebihan air sungai yang jernih menampakkan keindahan dan kuantiti ikan-ikan tu. Saiz pun kebanyakannya agak besar ! Sebelum masuk ke sungai, kau orang kena tukar dulu kasut/sandal kau orang dengan selipar yang disediakan. Masa nak masuk tu, seorang guide ajar kita orang camana cara yang betul untuk beri ikan tu makan iaitu dengan genggam kuat baja ikan kemudian baru masukkan tangan kau orang tu dalam air. Ikan akan sedut baja tu melalui celahan genggaman kau orang. Serius Ju tak berani ! Try buat, terasa mulut ikan tu nak makan terus genggaman tangan Ju HAHA. Dah nampak saiz ikan yang besar, tentulah mulut-mulut ikan tu pun besar. Tapi kau orang jangan risau, ikan-ikan koi ni TAK ADA GIGI. Tak sakit sebenarnya cuma geli ! Guide maklumkan juga, semakin besar saiz ikan tu, semakin lembutlah mulut seekor ikan tu.

Menurut guide juga, cara nak kenal jantina ikan koi ni ada 2 cara. Kenalpasti melalui jenis sisik iaitu kau orang usap badan ikan tu. Jika terasa kasar, ikan tu jenis jantan dan jika sebaliknya pula adalah betina. Sekiranya dengan cara usapan masih tak dapat kenalpasti jantina ikan, bolehlah rujuk dekat "bawah" ikan tu 😁

Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM

Pondok Kaunter

Suasana Fish Spa Bombon Kg Marakau

Baja Ikan RM 1 se pek

Guna selipar yang disediakan 




Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM

Pelbagai saiz ikan koi

Antara saiz terbesar ikan koi dekat sini




Fish Spa Bombon Kg Marakau VS Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti

Jika kau orang baca entri Ju dekat sini Menarik di Sabah : Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau terdapat tawaran mandi dengan harga tertentu. Fish Spa Bombon pula tidak menyediakan pakej sedemikian memandangkan anak sungai kampung Bombon ni tak dalam berbanding Tagal Luanti. So, dekat sini kau orang cuma boleh duduk dekat tepian tu siap disediakan tempat duduk dan bagi makan dekat ikan koi yang datang.  Ikan koi bukan jenis ikan yang makan kulit-kulit mati kau orang, perbezaan ketara dekat situ berbanding ikan terapi yang ada dekat Tagal Luanti.

Selain itu, berbanding dengan Tagal Luanti, Ranau yang terletak satu jam perjalanan dari Pekan Kundasang. Dapat Ju lihat juga  harga dekat sini lebih murah berbanding Tagal Luanti, malah TIADA HAD MASA ditetapkan kepada pengunjung untuk berada disini. Jika kau orang pernah ke Tagal Luanti pasti kau orang tahu kan pihak pengurusan dekat situ menekankan masa setiap 30 minit sahaja untuk setiap pengunjung berada disungai bersama ikan-ikan tersebut. Ada baiknya juga terhad masa yang diberi memandangkan Tagal Luanti merupakan salah satu lokasi tumpuan untuk pengunjung singgah. Dengan jumlah pengunjung yang sukar dijangka, tidak mustahil kesesakan untuk masuk tu akan berlaku.

Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM


Tarikan Labi-labi Gergasi, Adira si Pelanduk & Kucing Hutan - Fish Spa Bombon Kg Marakau, Ranau

Merentasi seberang sungai menggunakan titi buluh yang disediakan, Fish Spa Bombon Kampung Marakau juga menyediakan tarikan labi-labi, pelanduk, dan kucing hutan. Masa kita orang datang tengok kawasan labi-labi tu tak kelihatan labi-labi gergasi. Mungkin faktor cuaca, labi-labi tak naik dipermukaan. Kecuali seekor dua anak labi-labi bersaiz kecil

Disini juga kau orang boleh nampak laluan air sungai kecil yang siap dibahagikan dengan jaring disediakan untuk anak-anak ikan koi membesar. Bila saiz dan umur sesuai dengan tempoh matang, anak-anak ikan koi akan dilepaskan. Dalam satu sangkar pula, Ju lihat seekor kucing hutan yang sedang lena tidur dan bila Ju tengok lebih dekat, fizikal kucing ni menyerupai spesies kucing bakau dimana kebiasaan habitat kucing jenis ni berada dipinggiran sungai dengan menjadikan ikan, katak atau ular sebagai makanan. 


Kawasan labi-labi gergasi
Tempat pembiakan anak-anak ikan koi
Kucing Bakau


Paling mencuit hati Ju berada di Fish Spa Bombon Kg Marakau ni ialah tarikan seekor pelanduk atau payau dalam bahasa komuniti Sabah yang diberi gelaran "ADIRA". Automatik terimbas "ADIRA AF" tu ! πŸ˜‚ Dari nama, boleh agak dah "Adira" ni betina.  Kita orang try bagi  makan sayur kangkung kegemaran "Adira" yang dijual dengan harga RM 1 untuk seikat. Bila turn suami, cuba pula tinggikan jarak bagi makanan tu sebagai cara nak tengok "Adira" berdiri dengan dua kaki belakang. Yeayy, "Adira" sporting bagi kita nampak kelebihan dia ! πŸ’•

Jika kau orang tertarik nak ke sini, bolehlah rujuk Google Map yang Ju dah attach dekat bawah ni untuk memudahkan perjalanan kau orang. Selamat bercuti !

Adira si Pelanduk


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Bombon Kg Marakau
Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Assalammualaikum πŸ’•

HAPPY ANNIVERSARY MR HAZIQ & MRS NONIE πŸ’• Insyallah berkekalan hingga ke syurga. Pendek kata, short trip pengantin lama gitu ! πŸ˜‚ Hari pertama kita orang gerak sekitar 3 petang pada 24 November dari Kota Kinabalu dan tiba sekitar jam 6 petang di Kundasang. Pilihan homestay ni last minute tau masa sampai Pekan Kundasang sebab kita orang nak acah-acah backpackers gitu kononnya. Nasib minggu ni bukan pilihan ramai pengunjung bercuti ke Kundasang, kalau tak confirm mereput cari homestay. Oleh kerana kita orang dah biasa dengan lokasi homestay dekat Kundasang ni, suami bawa pusing dulu ke homestay yang dia orang biasa menginap waktu outstation. Alhamdulillah dipermudahkan jumpa homestay yang bajet dan view cantik sesuai dengan kita orang berempat yang nak back to the nature 😎

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,  mata kau orang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis homestay dan papan tanda homestay di kiri dan kanan sepanjang jalan menuju ke Pekan Kundasang. Pelbagai pilihan homestay dekat sini bersesuaian dengan berapa pack kau orang datang. Juga salah satu sumber pendapatan bagi penduduk Kundasang selain dari berbakti kepada tanah dengan bercucuk tanam. Umum tahu persekitaran suhu Kundasang berupaya  mencecah 18 darjah celcius dengan keindahan pemandangan semula jadi menjadikan Kundasang salah satu lokasi tumpuan bercuti di Sabah. Apatah lagi dengan wujudnya beberapa tarikan pelancongan dekat sini, kiranya kewujudan homestay oleh penduduk tempatan sangat sesuai bagi para pengunjung yang nak suasana bagai berada dirumah sendiri. 

Dengan harga RM 200 semalam menerusi homestay milik Encik Hazim ni, rasa lengkap dengan  pemandangan menghadap Gunung Kinabalu dan tanaman sayur-sayuran, kemudahan 2 bilik, kelengkapan dapur, tandas, ruang tamu dan BBQ stand sangat sesuailah untuk kita orang berempat bermalam dekat sini. Nasib kita orang baik juga masa ni sebab cuaca sangat elok dan memudahkan perjalanan, Ju pun sempat juga tangkap gambar gunung kinabalu depan homestay Encik Hazim ni waktu senja tu.

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983

Pemandangan depan Homestay

Pemandangan sekitar Homestay


Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Seperti yang kau orang boleh lihat dari gambar Ju kongsikan ni, terdapat 2 pilihan rumah homestay disediakan oleh Encik Hazim kepada kita orang. Lepas tengok dekat dalam, kami berpuas hati untuk pilih homestay No. 4 dekat hujung tu. Kemudahan kedua-dua buah homestay ni sama cuma berbeza pada keluasan rumah dekat dalam tu. Perbezaan ketara pada ruang tamu dimana rumah no.3 kelihatan sedikit sempit berbanding rumah no.4. Harga semalam untuk Homestay No.3 ialah RM 150, bagi kau orang yang nak bajet dan tak berkira dengan keluasan ruang tapi nak rumah dengan 2 bilik dan kelengkapan seperti yang Ju tunjukkan dekat bawah ni, kau orang bolehlah pilih homestay no. 3 tu.

Menurut Encik Hazim, kedua buah homestay ni baru sahaja siap dan dibuka kepada pengunjung. Selain homestay ni,beliau juga memiliki beberapa buah  homestay yang dibuka disekitar kediaman milik beliau dimana salah satu homestay beliau tu, suami pernah tempah dengan rakan-rakan sekerja masa outstation sebelum ni dan memang berpuas hati.


Kemudahan Homestay Muhibah Lembah Permai, Encik Hazim

Bila holiday ni, antara benda yang membimbangkan Ju ialah seterika ! HAHA. Bukan semua homestay menyediakan seterika kepada pengunjung, ini yang Ju alami sebelum ni masa menginap di salah satu tempat penginapan di Kundasang. Nasib masa tu Ju terfikir untuk bawa memandangkan bercuti dengan ahli keluarga ramai, takut tunggu lama nak seterika baju baik bawa lebih. Rupanya memang pihak penginapan takda sediakan kemudahan seterika masa tu. Berbeza dengan homestay Encik Hazim ni, masa Ju checking bilik dah nampak berdiri gagah papan seterika dengan seterika sekali. Alhamdulillah hilang satu kebimbangan.

Dari apa yang kami dapat tahu dari Encik Hazim, homestay beliau lebih mengutamakan pengunjung beragama Muslim bagi mengelakkan isu penggunaan makanan tak halal. Ini juga salah satu kebimbangan kami bila nak guna set BBQ, rasa ragu-ragu nak guna sebab risau pengunjung sebelum ni ada memanggang makanan tak halal. Tapi bila dengar penjelasan dari Encik Hazim, alhamdulillah kita orang senang hati nak guna peralatan dapur dan BBQ stand pihak homestay. Selain tu,  Ju dapat lihat disetiap bilik juga terdapat sejadah dan telekung disediakan kepada pengunjung homestay. Bagi
kau orang yang takda install apps penunjuk arah kiblat, jangan risau. Homestay Encik Hazim ni ada sediakan penunjuk arah kiblat, boleh rujuk dekat siling tu.

Saiz katil Queen dan kelengkapan selimut, bantal, kipas, meja mekap, cermin tersedia di bilik masing-masing. Bagi bahagian dapur pula, Ju boleh katakan sesuai untuk pengunjung gunakan kerana tersedia tempat masak, rice cooker, pemanas air, pinggan mangkuk, kuali, peti sejuk dan lain-lain. Kau orang cuma perlu beli barang masakan kau orang dan masak macam dekat rumah sendiri. Gitu ! 😍 Homestay dekat Kundasang WAJIB ADA HEATER. Homestay Encik Hazim bagi pendapat Ju memang lengkap. Heater berfungsi dengan baik walau pada mulanya tu Ju confuse camana nak guna πŸ˜…


Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983

Ruang Tamu

Ruang Tamu
Bilik 1

Bilik 2

Arah Kiblat

Dapur 

Tandas

Antara Kemudahan Yang disediakan


Aktiviti Waktu Malam - BBQ Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang

Sekitar jam 8 malam, Pekan Kundasang akan mulai lengang dan kebanyakan kedai tutup seawal jam 06:30 - 07:00 malam. Lepas check in homestay tadi, kita orang bergerak ke Pekan untuk beli beberapa barang masakan untuk sebelah malam. Aktiviti malam tak banyak dekat sini kalau kau orang nak jalan-jalan. So, kita orang buat barbeku pada sebelah malam sambil panaskan badan dekat bara api tu. Suhu masa ni dah mencecah 22 darjah celcius pada jam 08:30 malam dan semakin menurun menjelang tengah malam.

Tertarik dengan BBQ stand homestay Encik Hazim ni, bahagian bakar diletakkan kuali sebagai tempat bakar, rasa lawak dekat situ tapi pada masa yang sama kreatif juga dia orang ni πŸ˜…

Ju dah mula pakai stokin 3 lapis dengan sweater tapi masih rasa sejuk tu ! Apatah lagi bila cuci pinggan mangkuk dekat sinki, nampak meruap kepala paip tu sebab air sejuk sangat. Rasa beku jari jemari Ju nak cuci. Fuh ! Berbeza dengan suami, boleh pula pakai seluar pendek denga Tshirt nipis dengan keadaan sejuk masa ni ! πŸ˜‚ 


Kelengkapan BBQ

Aktiviti Malam

Pondok Rehat dihadapan Homestay

Ke mana kita orang lepas ni ? Follow entri Ju selanjutnya tau ! πŸ’•

Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983
Homestay Muhibah Lembah Permai, Kundasang || Encik Hazim || 014 5607 983

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

Bismillahirrahmanirrahim πŸ’•




DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA
25 November - 25 December 2017

Hadiah Menarik
Brand New Duck Scarves Satin Silk | Brand New Duck Whenever Planner (Pink Colour) + Tadabbur Book 

GIVEAWAY PHOTO POLAROID AZHAFIZAH.COM

BismillahirrahmanirrahimπŸ’•

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zDAzs5mb

" Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet "

BismillahirrahmanirrahimπŸ’•



Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

S.T.R.O.N.G.E.R

Assalammualaikum πŸ’•



"Sesuatu akan terlihat tidak mungkin sampai semuanya selesai"
-Nelson Mandela-

Makan-Makan : Sedapnya Ngiu Chap ! @ Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal

AssalammualaikumπŸ’•

Hujung minggu kali ni Ju dan suami tak ke mana melainkan menghabiskan masa bersama di rumah, yela rutin harian kebiasaannya lebih kepada waktu bekerja dan bila duduk rumah seharian baru rasa banyak tak lengkap dengan barangan rumah. Ju ajak suami ke mall terdekat untuk cari stand jemuran mudah alih untuk diletakkan dibalkoni rumah memandangkan tempat jemuran rumah yang disediakan oleh pihak kuarters terletak dibahagian dapur yang tertutup dari  cahaya matahari melambatkan pakaian untuk kering

Meronda kawasan beli belah untuk stand jemuran, Ju nekad kali ni mesti beli ! Mereput mata juga tengok harga yang dipamerkan kebanyakannya anggaran harga bermula dari RM100 sekali gus mematikan niat Ju serta merta πŸ˜‚ bukan hanya kerana harga tapi saiz stand jemuran tu kebanyakan tak sesuai untuk balkoni Ju yang bersaiz sederhana. Bayangkan pindah masuk bulan September baru kali ni terfikir nak beli stand jemuran mudah alih 😌 dah lama rancang nak beli tapi asyik tertangguh sebab alasan "Nantilah beli bila ada masa". Akhirnya nak habis bulan November tak beli-beli lagi.

Waktu makan tengahari, suami ajak makan "Ngiu Chap" atau dikenali sebagai daging manis dekat Jalan Politeknik.

Makan-Makan : Sedapnya Ngiu Chap ! @ Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal

Menurut suami, Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2 dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina namun pekerja sepenuhnya terdiri dari pekerja muslim dan kedai makan ni merupakan cawangan kedua dibuka yang mana restoran pertama terletak di Penampang. Pendek kata, antara restoran pilihan suami dan rakan-rakan sekerja untuk singgah makan bila kebetulan berada dikawasan ni pada waktu bertugas.

Memandangkan ni kali pertama Ju dengar nama Ngiu Chap, Ju tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasa menu ni. Dari apa yang suami terangkan dalam perjalanan sebelum tiba di restoran, Ngiu Chap ni kiranya soto untuk perkataan lebih mudah. Ju kongsikan dengan kau orang sedikit sebanyak mengenai Ngiu Chap ni dari apa yang Ju dapat dari Google 😁

Ngiu chap (Cina : 牛什) adalah hidangan daging lembu sup dihidangkan dengan mi yang dipengaruhi unsur Cina, biasanya dicelup ke dalam sup dengan hirisan daging lembu rebus, bebola daging, punggung rebus, tendon, hati dan pelbagai bahagian organ. Hidangan ikonik Sabah, ngiu chap mempunyai banyak variasi yang berbeza, dari gaya Hainan yang ringan kepada perisa yang lebih enak gaya Hakka, malah ngiu chap gaya kampung juga disesuaikan untuk citarasa Sabah





Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Blok 3 Jalan Politeknik | Buka Setiap Hari | 7 AM - 6 PM


Kebiasaan pilihan menu daging amat jarang Ju pilih bila makan diluar memandangkan daging ni sukar dikunyah jika cara masak tu tak betul dan paling Ju tak suka bila cebisan daging tu tersangkut dekat celah-celah gigi !  😌 Oleh kerana Ngiu Chap ni menjadikan daging sebagai bintang utama dalam menu, Ju tak nak lepaskan peluang untuk merasai makanan tradisi kaum Cina Malaysia ni. Dari apa yang Ju dapat tahu dari suami, menu Ngiu Chap ni kau orang boleh juga order dengan mee kuning, kuey teow mee atau kalau nak order sup daging lembu tanpa mee pun boleh dimana kau orang boleh order dengan nasi putih. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, Ju hanya ikut rentak pesanan menu yang sama seperti suami iaitu dua mangkuk Ngiu Chap Mee Hoon dan dua gelas Chinese Tea untuk minuman. Suasana restoran yang lengang mempercepatkan pengambilan order makanan dan tak sampai 15 minit, Ngiu Chap atau Sup Daging Lembu siap terhidang dihadapan Ju. Sekali imbas, rupa memang sebiji dengan hidangan soto Melayu tapi apa yang ketara membezakan ialah dari segi bau dan kuantiti hidangan daging untuk seorang dalam mangkuk tu sangat banyak ! 

Usai makan,Ju berpendapat Ngiu Chap atau sup Daging Lembu  bukan sahaja berbeza dari segi aroma dan kuantiti hidangan berbanding soto Melayu malah juga berbeza penggunaan jenis daging yang digunakan iaitu daging lembu yang terdiri dari bahagian paling dalam yang sememangnya manis tanpa perlu tambah lebih banyak rempah ! Jika kau orang tengok dari gambar yang Ju kongsikan, tekstur daging yang dipotong pun lebar dan memenuhi mangkuk Ju tu. Dah rasa puas hati dekat situ apatah lagi bila Ju makan hirisan daging Ngiu Chap ni sangat lembut dan tak perlu kunyah lama untuk ceraikan dalam mulut. Ju tertanya-tanya berapa lama agaknya proses menyediakan daging lembu selembut hidangan menu Ngiu Chap ni 😍 selama mana pun proses yang diambil, hasil masakan Ngiu Chap ni memang sangat berbaloi. Thumbs up !

Jika kau orang berada disekitar Kota Kinabalu, mencari lokasi kedai makan yang sedap dan berpatutan dengan harga yang kau orang bayar. Ju syorkan kau orang untuk singgah dan cuba sendiri kelazatan dan keistimewaan Sup Daging Lembu atau Ngiu Chap yang disediakan oleh Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal atau di Penampang. Apa yang Ju dapat lihat disini juga, penyediaan makanan sepenuhnya dari tenaga kerja muslim dan muslimah, istimewanya dimasak sendiri oleh pemilik restoran. Jadi tak perlu risau dengan status halal kerana selain tenaga kerja dari golongan muslim, pemilik restoran juga menggunakan konsep "Serve No Pork".

AMARAN : Kepada yang berisiko ada tinggi darah tu, tak digalakkan makan Ngiu Chap ni tau ! πŸ˜€πŸ˜…




2 mangkuk Ngiu Chap Mee Hoon
1 Chinese Tea suam
1 Chinese Tea sejuk
RM 26.00

Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Blok 3 Jalan Politeknik | Buka Setiap Hari | 7 AM - 6 PM

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2

Water Balloon Aqua & Whitening Mask by Gobdigoun

Assalammualaikum πŸ’•

Kepelbagaian mask yang Ju dapat dari Gobdigoun tak pernah mengecewakan. Seperti Ju mention di entri review mengenai Gobdigoun sebelum ni, kali ni Ju kongsikan dengan kau orang 2 jenis mask yang Ju gunakan sepanjang bersama produk dari Gobdigoun iaitu Water Balloon Aqua Mask dan Water Balloon Whitening Mask

Jom Baca Sini :
3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdioun


Water Balloon Aqua Mask dan Water Balloon Whitening Mask 

Keistimewaan Water Ballon ni terletak pada kandungan dan jenis kepingan serat topeng, jika kau orang lawat laman Gobdigoun, pelbagai jenis mask kau orang boleh nampak tau. Bukan sahaja mementingkan kandungan yang berkualiti malah packaging setiap produk Gobdigoun juga sangat nampak high class😍

Water Balloon Aqua Mask
Jenis plastik bungkusan yang kedap udara dan diwarnai dengan turquoise dan kuning, seolah-olah guna mask dari laut dalam dengan sedikit animasi wanita sebagai ikan duyung bagi Ju rasa sangat menarik πŸ˜„ Satu packaging ni terdapat sehelai mask, bagi kau orang yang nak sekotak pun boleh dimana sekotak mengandungi 10 helai Water Balloon Aqua Mask. 

Berbeza dengan 3D Black Science Pore Tighetning Mask, Aqua Mask ni hanya cover bahagian muka sahaja manakala tekstur Aqua Mask ni sangat nipis dan mudah lekap dengan tepat dengan bentuk wajah Ju. Kebiasaan seperti mask yang lain, lebihan cecair dari mask memenuhi dalam packaging tu. Tak mahu bazirkan, Ju suka sapu lebihan tu di bahagian leher. Aqua Mask menjanjikan kelembapan selama 48 jam disamping meremajakan kulit serta mengecilkan liang pori dengan penggunaan konsisten. Penggunaan tencel fiber sebagai serat topeng sangat membantu ekstrak menyerap lebih dalam dibawah lapisan kulit kau orang tau. Tencel fiber di perbuat daripada pohon kayu eucalyptus. Pemprosesan yang berkualiti menjadikan tencel fiber ni memiliki daya serat lebih tinggi dan sangat lembut berbanding sutra dan linen. 

Witch Hazel Flowers Water, Portulaca Olearcea ExtractArnica Flower Extract, Sodium Hyaluronate

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9



HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9

Water Balloon Whitening Mask
Tekstur serupa dengan Aqua mask namun berbeza dari segi kandungan dan kelebihan. Whitening Mask mengandungi Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3 membantu proses pemutihan dan mengurangkan tona tidak sekata secara berperingkat. Namun fungsi seperti membekalkan kelembapan wajah sama seperti Aqua mask. Bagi pembungkusan pula juga sama dengan Aqua mask dari segi animasi wanita duyung cuma berbeza warna dimana Whitening Mask lebih kepada warna merah jambu.

Cara pemakaian sama seperti mask yang lain, bersihkan wajah kau orang dahulu dan tekap mask Gobdigoun ni diwajah kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lebihan cecair dari kepingan mask tu kau orang biarkan sahaja hingga betul-betul menyerap di kulit.

Harga bagi kedua jenis mask Gobdigoun ni bernilai 45 000 Won untuk sekotak iaitu sebanyak 10 keping mask. Kiranya bersamaan RM 170 jika ikut nilai kadar matawang terkini. Kalau kau orang nak grab masa promosi, kenalah sentiasa up to date dengan Gobdigoun. Jom follow Gobdigoun menerusi Facebook/Instagram/laman rasmi dibawah ni 

Sodium Hyaluronate, Arnica Montana Extract, Milk & Honey Extract, Niacinamide

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9



Siapa yang sesuai guna mask dari Gobdigoun ? Jika kau orang si hawa dan adam yang jenis menjaga kulit wajah, kau orang patut cuba dan rasai perbezaan tu sendiri seperti Ju. Tak kira wanita atau lelaki sesuai gunakan mask ni apatah lagi kandungan pun jelas terdiri dari ekstrak semula jadi. Nak jadikan hadiah untuk yang tersayang pun sangat rekomen oleh Ju. Selain fungsi yang sangat baik dengan penggunaan konsisten, packaging pun sangat eksklusif.

Presented by Gobdigoun.com | Made & Processed from Korea

Jom Baca Sini :

The Signature Food Fest 4th Year Edition Awards Night 2017 @ Grandis Hotel, Kota Kinabalu

AssalammualaikumπŸ’•

Elevanth Avenue Media Marketing sekali lagi telah menjayakan acara " The Signature Food Fest 2017 " edisi ke - 4 baru baru ini dengan pembukaan secara rasmi digedung Suria Sabah Shopping Mall pada 29 - 30 September dan 1 Oktober 2017.
Ju berpeluang menghadiri The Signature Food 4th Year Edition Awards Night 2017 pada 31 Oktober lalu bersama beberapa rakan blogger Sabah, yang mana acara ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat Y.B Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaran Sabah.

The Signature Food Fest 4th Year Edition Awards Night 2017 @ Grandis Hotel, Kota Kinabalu

The Signature Food Fest 2017 menampilkan 12 restoran termasuk hotel dari serata Kota Kinabalu dengan memperkenalkan hidangan utama restoran mereka sebagai "Signature Menu" untuk dinilai dan bersaing antara satu sama lain.

Antara 12 restoran yang mengambil bahagian untuk edisi ke - 4 ini ialah :
  • Borneo Fried Chicken
  • BTC Restaurant
  • Dart Bistro
  • Ebizou Japanese Restaurant
  • Hard Rock Cafe - Kota Kinabalu
  • Little Melaka
  • Mosaic - Hyatt Regency Kinabalu
  • Rosea Cafe - Grandis Hotels & Resorts
  • Sakagura Japanese Restaurant
  • Shoney's Dining & Bar
  • Tanjung Ria Kitchen - Hyatt Regency Kinabalu
  • The Glass Grill & Bar 
Bagi pendapat Ju dari apa yang Ju lihat pada malam anugerah ni, The Signature Food Fest ini diadakan tidak lain dan tidak bukan untuk memaparkan kepelbagaian menu yang terdapat di Kota Kinabalu, Sabah sekali gus melihatkan kebolehan yang terdapat pada para peserta yang terlibat dengan acara The Signature Food Fest. Bukan hanya perisa menu yang diadili malah barisan juri juga mengetengahkan kreativiti dan usaha yang di curahkan untuk restoran dan  menu yang dipertandingkan. 






The Signature Food Fest juga memperkenalkan "Dine, Win & Vote" dimana pelanggan yang berkunjung dan memesan hidangan Signature boleh memilih untuk "Undi & Menang" bagi restoran kegemaran mereka. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pelanggan bertuah yang mana cabutan dibuat pada hari terakhir, malam penganugerahan iaitu 31 Oktober yang mana hadiah utama merupakan penginapan percuma tajaan Phoenix Hotel Forest City - Johor Bahru

Acara The Signature Food Fest 4th Year Edition Awards Night 2017 mengetengahkan 8 anugerah pada malam tersebut dan senarai penerima anugerah ialah
  • Best Signature Menu - Sakagura Japanese Restaurant
  • Best Ambiance - Tanjung Ria Kitchen
  • Best Customer Service - Sakagura Japanese Restaurant
  • Outstanding Chef 
  1. Shoney's Dining & Bar
  2. Tanjung Ria Kitchen, Hyatt Regency Kinabalu 
  • Facebook Most Popular 
  1. Rosea Cafe, Grandis Hotels & Resorts
  2. Shoney's Dining & Bar
  3. Little Melaka
  • Blogger's Choice Award
  1. Borenos Fried Chicken
  2. Little Melaka
  3. Sakagura Japanese Restaurant
  • Best Plate Presentation - BTC Restaurant
  • Morefun Best Award - Grandis Hotels & Resorts

Selain daripada kategori anugerah yang diketengahkan, pihak penganjur juga turut memberikan anugerah penghargaan kepada barisan juri terlibat dan pihak penaja dimana turut disampaikan oleh tetamu kehormat, Y.B Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaraan Sabah

Menu-menu restoran yang bersaing telahpun dicuba dan dinilai oleh hakim jemputan iaitu Datuk Gordon Leong sebagai ketua hakim diikuti Encik Rory Ricardson, Pengarah Urusan The English Tea House (Sandakan) yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pemakanan dan pengurusan makanan. Juri seterusnya ialah Cik Evon Foo, berpengalaman selama 20 tahun dalam pengurusan hotel termasuk hotel 5 bintang. Kategori pilihan blogger pula dinilai oleh Encik Joehairi dan Lan dari www.curiostraveller.com. Manakala, penganjur utama acara ini ialah Encik Alfred Allen Ginsos - "Food Blogger" dari www.mejarasakk.blogspot.com yang telah berkecimpung dalam penulisan blog selama 6 tahun

Sesi Kehadiran Para Media, Tetamu Jemputan, Peserta, Penaja & Tetamu Kehormat | 31 Oktober 2017 | The Signature Food Fest 4th Year Edition Awards Night 2017
Kredit dan sumber gambar FB : The Signature Food Fest 2017


Kiri dalam gambar : Mr Alfred Allen Ginsos


"Kota Kinabalu is a city filled with so many interesting attaractions. It is the heart of a state that is home to so many cultures and religions yet everyone lives in complete HARMONY. Its my hope that The Signature Food Fest will grow and eventually become of Sabah's Signature annual events, something that will appeal to foreign visitors as much as it will appeal to the people of Kota Kinabalu"

By : Alfred Allen Ginsos
Event Creator | Blogger | Editor


Barisan Tetamu Kehormat/Penaja dan Juri | 31 Oktober 2017 | The Signature Food Fest 4th Year Edition Awards Night 2017
Kredit dan sumber gambar FB : The Signature Food Fest 2017





Organised by : 11th Eleventh Avenue | Official Venue : Suria Sabah Shopping Mall | Official Apps : More Fun | Official Photographer : Manch Photography | Official Printing : JC Printer

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu" sesuai dengan pepatah, TAHNIAH sekali lagi blogger dan Founder Le Zaara, terpilih menjadi salah satu pengunjung bertuah memperoleh tajaan percutian 3 hari 2 malam ke Forest City Country Garden, Johor Bahru bernilai RM 1500 sekali gus tanpa disangka terselit juga rezeki kami turut sama peroleh peluang tersebut. Dari apa yang Ju difahamkan, voucher penginapan dan pengangkutan selama berada di sana nanti ditaja sepenuhnya dan kita orang cuma perlu sediakan tiket kapal sendiri dan perbelanjaan. Tarikh yang disediakan pula terbahagi kepada bulan November dan Disember, kita orang diberi peluang untuk memilih tarikh yang disediakan oleh pihak Phoenix Hotel Forest City. So kalau serius nak join kena godek-godek tiket kapal dari sekarang !!

Selain dari tajaan penginapan dan pengangkutan, pihak Forest City juga menyediakan jadual kepada kita orang selama 3 hari berada disana, so kira ekstravaganza berbaloi lah kan. Berada disana bukan sahaja untuk merehatkan mata dan minda malah padat dengan aktiviti yang disediakan

Ju tak tahu lagi dapat turut serta atau tidak percutian ni sebab Ju dah apply cuti tahunan untuk bulan November dan baki 3 hari lagi untuk tarik ke tahun baru. Ju cuba check up tiket penerbangan ke Johor Bahru untuk persediaan tapi semuanya harga melambung naik. Yelah dah hujung tahun kan, lagi-lagi dengan musim cuti sekolah dan perayaan. Semestinya harga tiket tu mereput mata. Google mengenai forest City ni memang kawasan yang high standard dan kiranya ini peluang sekali seumur hidup kot untuk jejak kaki ke sana siap dengan tajaan ! Tapi yela Ju nak sangat pergi cuma situasi dan tarikh tu tak bersesuaian. Insyallah jika ada peluang lain kali dan bersesusaian dengan masa, pasti tak lepaskan peluang untuk turut serta.


Kau orang yang berada di sekitar Kota Kinabalu atau bercadang ke Kota Kinabalu, Sabah. Ju cadangkan kau orang rasai dan alami sendiri menu-menu yang dihidangkan oleh para peserta The Signature Food Fest 4th Year Edition 2017 kali ini dengan menggunakan aplikasi  MoreFun untuk memudahkan kau orang cari restoran diatas dengan lebih pantas dan tepat.  Aplikasi "MoreFun" ni kau orang boleh muat turun melalui playstore secara percuma. Bukan sahaja pencarian menerusi aplikasi MoreFun ni menjimatkan masa malah juga terdapat pelbagai informasi platform gaya hidup dan travel yang kau orang boleh rujuk.

Organised by : 11th Eleventh Avenue | Official Venue : Suria Sabah Shopping Mall | Official Apps : More Fun | Official Photographer : Manch Photography | Official Printing : JC Printer

Hard Rock Cafe, Kota Kinabalu - Penaja Rasmi sidang akhbar | Grandis Hotels & Resorts - Penaja Penutupan